Disclaimer

:: Declaration of images are the intellectual or personal property, image usage is strictly prohibited without the written consent the blog owner, Failing which may result in possible legal action against the involved party using the image::

sebarang penggunaan gambar atau entry peribadi di dalam blog ini tanpa keizinan untuk tujuan peiklanan atau jualan adalah dilarang sama sekali

Wednesday, December 24, 2014

SPLASH POOL BIRTHDAY PARTY ! !


Assalammualaikum...


Harap semua sihat-sihat selalu..
Minggu ni memang kepenatan.
Sabtu attend annual dinner
Ahad buat birthday party

Gigih la kan ummi ngan papa kamu ni marissa oiii...(^_^)
Birthday party ni aku plan dengan family 
So masing-masing dah bagi-bagi tugas masing-masing la
jadi takdela pening kepala sangat
Alhamdullilah masing-masing komited pada tugas masing2
(eh berapa banyak masing2 daaa..huhu.)

Aku nye part sediakan pool,ayam rempah,buah-buahan dan dekorasi
Yang lain ada yang masak-masak,sediakan candy booth,dekorasi dan macam2 lagi lah
Marissa sambut birthday dengan pakcik sedara dia yang kecil-kecil jugak
Ahmad ngan Aqeef.

Marissa tak faham apa-apa lagi
Masa suruh dia tiup lilin..,dia terpinga-pinga
1 lilin pun tak berjaya di tiup nye..hehe
takpe la nak..

Sebelum bagi green light kat budak-budak ni semua
yang dah tak sabar nak terjun pool
ada games disertakan
lepas habis games
baru lah kami bagi dorang main air..=)
suka kemain dorang semua hehe





Yang pic kat atas ni marissa dengan baby batrisyia


































Belum habis cerita lagi ni.....huhuhu (amboi kepoci kan..hehe) 
Then lepas dari birthday party tu marissa muntah-muntah
Itu tanda dia nak demam
Well...(sambil tutup muka hehe)
Lepas majlis tu marissa memang nampak letih sangat
Tapi dia dapat banyak hadiah.
Alhamdullilah..rezeki kamu la nak
malam tu marissa muntah-muntah lagi
dah nampak tanda-tanda nak selsema pun yer
Sepanjang malam dia selsema dan muntah-muntah
isnin kami suami isteri ambil cuti jaga marissa
tak sampai hati nak pergi kerja anak tak sihat
Masa ni tak bawa dia pergi klinik lagi.

Hari kedua tengok dia dah start batuk-batuk baru kami bawa gi klinik

Berdasarkan sessi konsultasi dengan doktor
Kemungkinan paru-paru dia masuk kuman
yela dari yang dia mandi kat pool tu
terminum air paip ke
bila dah ramai-ramai budak-budak
memang mudah untuk terkena jangkitan penyakit dari budak-budak lain yang kurang sihat
Tapi doktor cakap takdela serius sangat.
2-3 hari InsyaAllah dia pulih la
cuma aku mintak pandangan doktor tentang Vitamin C
Doktor cadangkan instead of bagi buah orange
Lebih baik gantikan dengan buah jambu batu
Vitamin C dalam jambu batu lebih tinggi dari orange
Lagi 1 doktor cakap orange sekarang bukan macam yang dulu-dulu
Dulu-dulu masih original dan orange asli
yang sekarang punya lebih kurang dah kena cucuk perasa atau pengawet

So balik dari klinik kami pergi cari buah jambu batu hehe
demi mu anak
Baiklah,cukup dulu cerita tentang birthday party ni
tunggu sampai tahun depan punya celebration pulak
kalau ada rezeki,insyaAllah buat lagi

Nak cuti panjang ni cuti krismas ni
Nak spend time dengan famili


Salam Sayang
Sulinda



No comments:

Post a Comment

Designed by UMIESUEstudio 2014