Disclaimer

:: Declaration of images are the intellectual or personal property, image usage is strictly prohibited without the written consent the blog owner, Failing which may result in possible legal action against the involved party using the image::

sebarang penggunaan gambar atau entry peribadi di dalam blog ini tanpa keizinan untuk tujuan peiklanan atau jualan adalah dilarang sama sekali

Wednesday, December 31, 2014

ASSALAMMUALAIKUM 2015


Salam Rabu..



Esok 01/01/2015 tahun baru 
Tertiba rasa macam nak celoteh sikit
Setiap tahun mesti fikir apa azam tahun baru kan
padahal azam bila-bila je boleh buat
cuma nak mencantikkan azam tu je nak mulakan dari tahun baru
walaumacam mana pun kita kena tetap ada azam.
itu yang buat kita punya matlamat untuk di capai

Dari zaman sekolah,ke zaman remaja,ke zaman anak dara azam tiap-tiap tahun berbeza ikut kesesuaian 

Apa azam aku tahun baru ni?






Azam yang lepas pun belum dapat di capai lagi
dah kena renew  balik azam

Antara azam-azam yang aku dah niat adalah aku nak lebih berjimat cermat dan tambah simpanan untuk masa hadapan.
Ni dari segi pengurusan kewangan 
aku bukan jenis suka shopping kalau pegi shopping mall
tapi aku giler online shopping !!
ini tabiat aku sejak 2 tahun ni.
bila aku semak balik resit-resit online payment aku banyak beli online
ini masalah pembaziran pasal tu aku kena mengawal tabiat ini
Ok,tahun ni aku nak lebihkan saving
sebagai persediaan hari susah jugak
kita tak tahu jugak kan sekarang kita happy2 ada duit je shopping
lebih shopping kehendak sendiri dari menyimpan 
aku akan asingkan dulu duit saving lepas dapat gaji
nak beli apa-apa kena fikir kehendak atau keperluan ?

Dari aspek kerohanian pulak
solat kena awal waktu,didik anak belajar solat dan mengaji 
dari segi ni kita nak ajar anak 
kita kena jadi contoh dan tauladan yang baik kat anak-anak
kena perbaiki bacaan al-quran dan bacaan dalam solat.
memperbanyak kan bacaan2 ilmiah dan kerohanian

Dari aspek kekeluargaan dan perancangan masa hadapan
kami nak tambah lagi anak 
doakan kami..Amiin
kesian marissa main sorang2 takde adik..
Tak kisah la anak lelaki ke perempuan kan
yang mana rezeki tu terima dengan rasa syukur
Aku nak lebih masa untuk keluarga
aku nak happy dengan keluarga dan lebih menghargai masa dengan mereka

Apa lagi azam kena renew ?
yang lain-lain tu biarlah dalam diari 2015 jer ... (^_^)
banyak lagi masterlist azam aku ni
walaupun ini blog tempat nak celoteh
tapi bukan semua hal peribadi kita nak cerita
betul tak?

Doa aku...
Moga Allah permudahkan urusan kita di dunia dan di akhirat,
dimurahkan rezeki,diberi kebahagiaan...
juga diberikan kesihatan yang baik..
Dan moga aku menjadi muslimah,isteri,anak dan ummi yang lebih baik 

Amiin..

Salam Sayang,
Sulinda


Monday, December 29, 2014

MACAM-MACAM CERITA ADA


Assalammualaikum..

Salam Isnin...4 hari dah cuti
fuh berat rasa nak pegi kerja
Seronok sangat cuti kali ni...
Adik-adik dan ipar balik rumah,..dapat spend time dengan ayah & Ibu...
Overkan..semua orang pun ada family hehe
tapi kes aku lain..
ayah ngan ibu dah berpisah.
jadi kami jarang dapat bersama..
Seronok kemain dapat berkumpul ramai-ramai 















Masa cuti ni keadaan sana sini banjir
Terutama kat Kelantan dan area pantai timur
Tup tup pulak 28/12/14 berita kehilangan kapal terbang Air Asia dari Surabaya ke Singapura
Fobia weh nak naik flight
Lagi-lagi kalau time raya nak balik Utara (Perlis) tu kami prefer naik flight turun Penang
Sebab nak elak jalan jam dan tak nak keletihan memandu.
Raya lepas tu dalam flight duk fikir pasal MH370 gigil jugak kepala lutut ni
Tawakal jela masa tu...
Raya tahun depan ni tak tahula kalau hubby bagi green light balik kampung naik flight tak.

Ooo ye sebelum terlupa pasal banjir ni
Aku tiba-tiba duk fikir-fikir nasib mangsa banjir
aku fikir macam mana kita semua boleh buat persediaan  untuk bencana alam macam ni
Ramai mangsa yang tak dapat bantuan kesejukan dan kelaparan sementara menunggu bantuan tiba
Dah tiba masanya kita buat persediaan macam ni 
apa yang aku fikirkan ialah setiap rumah perlu mempunyai 1 sampan / bot serta baju keselamatan .
Serta sediakan kit khas seperti beg persediaan seperti ubat-ubatan,barang keperluan,makanan jangka panjang.cth makanan dalam tin ke,
Hospital dan mana-mana badan atau bangunan juga perlu sediakan bot / sampan,baju keselamatan,ubat-ubatan,barang keperluan,makanan yang boleh di simpan lama yang mencukupi.
Terutama di kawasan-kawasan yang pernah mengalami banjir.serta wujudkan pasukan  kesedaran untuk persediaan ketika banjir atau ketika keadaan darurat.
Korang rasa boleh pakai tak idea aku ni hehe

Ini cuma sekadar pendapat aku sahaja
Boleh jadi ada pendapat yang lebih bernas lagi.
Ini untuk mengelakkan panik ketika banjir dan juga sebagai persediaan sementara menunggu pasukan bantuan tiba.

Ok la panjang lebar pulak kan karangan aku 
Cukupla entry untuk kali ni..
Seronok ada,letih pun yer jugak
letih berjalan gitu,,,hehe

Salam Sayang

Sulinda





Wednesday, December 24, 2014

SPLASH POOL BIRTHDAY PARTY ! !


Assalammualaikum...


Harap semua sihat-sihat selalu..
Minggu ni memang kepenatan.
Sabtu attend annual dinner
Ahad buat birthday party

Gigih la kan ummi ngan papa kamu ni marissa oiii...(^_^)
Birthday party ni aku plan dengan family 
So masing-masing dah bagi-bagi tugas masing-masing la
jadi takdela pening kepala sangat
Alhamdullilah masing-masing komited pada tugas masing2
(eh berapa banyak masing2 daaa..huhu.)

Aku nye part sediakan pool,ayam rempah,buah-buahan dan dekorasi
Yang lain ada yang masak-masak,sediakan candy booth,dekorasi dan macam2 lagi lah
Marissa sambut birthday dengan pakcik sedara dia yang kecil-kecil jugak
Ahmad ngan Aqeef.

Marissa tak faham apa-apa lagi
Masa suruh dia tiup lilin..,dia terpinga-pinga
1 lilin pun tak berjaya di tiup nye..hehe
takpe la nak..

Sebelum bagi green light kat budak-budak ni semua
yang dah tak sabar nak terjun pool
ada games disertakan
lepas habis games
baru lah kami bagi dorang main air..=)
suka kemain dorang semua hehe





Yang pic kat atas ni marissa dengan baby batrisyia


































Belum habis cerita lagi ni.....huhuhu (amboi kepoci kan..hehe) 
Then lepas dari birthday party tu marissa muntah-muntah
Itu tanda dia nak demam
Well...(sambil tutup muka hehe)
Lepas majlis tu marissa memang nampak letih sangat
Tapi dia dapat banyak hadiah.
Alhamdullilah..rezeki kamu la nak
malam tu marissa muntah-muntah lagi
dah nampak tanda-tanda nak selsema pun yer
Sepanjang malam dia selsema dan muntah-muntah
isnin kami suami isteri ambil cuti jaga marissa
tak sampai hati nak pergi kerja anak tak sihat
Masa ni tak bawa dia pergi klinik lagi.

Hari kedua tengok dia dah start batuk-batuk baru kami bawa gi klinik

Berdasarkan sessi konsultasi dengan doktor
Kemungkinan paru-paru dia masuk kuman
yela dari yang dia mandi kat pool tu
terminum air paip ke
bila dah ramai-ramai budak-budak
memang mudah untuk terkena jangkitan penyakit dari budak-budak lain yang kurang sihat
Tapi doktor cakap takdela serius sangat.
2-3 hari InsyaAllah dia pulih la
cuma aku mintak pandangan doktor tentang Vitamin C
Doktor cadangkan instead of bagi buah orange
Lebih baik gantikan dengan buah jambu batu
Vitamin C dalam jambu batu lebih tinggi dari orange
Lagi 1 doktor cakap orange sekarang bukan macam yang dulu-dulu
Dulu-dulu masih original dan orange asli
yang sekarang punya lebih kurang dah kena cucuk perasa atau pengawet

So balik dari klinik kami pergi cari buah jambu batu hehe
demi mu anak
Baiklah,cukup dulu cerita tentang birthday party ni
tunggu sampai tahun depan punya celebration pulak
kalau ada rezeki,insyaAllah buat lagi

Nak cuti panjang ni cuti krismas ni
Nak spend time dengan famili


Salam Sayang
Sulinda



Friday, December 19, 2014

MARISSA'S 2nd BIRTHDAY

Assalammualaikum...


Salam Jumaat,Salam Barakah...


Hari ni 19/Dec/2014 Harijadi anak ku Marissa Safiyyah...
2 tahun sudah umur kamu..
Memiliki kamu dalam hidup ummi dan papa ibarat mimpi jadi kenyataan.
Ibarat sinar dalam hidup kami.
Hari-hari kita lalui dengan gembira,penuh emosi kasih sayang.
Kami menikmati setiap saat bersama kamu..
melihat kamu membesar..

Aku percaya semua ibu bapa pun begitu juga kan.
Dari dia lahir sampai ke hari ini 
Aku duk belek-belek muka dia,memikirkan nanti wajah dia berubah-ubah dari kecil ke dah besar.
bila masa dia membesar pun kita memang tak perasan kan.
Tup tup dah 2 tahun je kamu.

Bila kita jadi ibu bapa ni..
Apa-apa kita fikir kan keperluan anak dulu sebelum diri kita.
Kadang-kadang bila kita excited kongsi tentang hal anak kita
 rupanya ada yang tak suka juga bila kita terlalu berkongsi tentang anak kita
atau pun mungkin orang fikir anak baru sorang memang la suka.
cuba kalau dah berderet.
tak larat nak layan dah.
betul ke ?

Hmmm itu sekadar fikiran aku jer.
memang ada orang yang sinis jugak cakap macam dia sorang je ada anak
Tapi aku cuba berfikiran positif.
Kalau kita terlalu memikirkan apa orang lain nak kata.
Atau kalau kita terlalu beremosi memikirkan apa orang cakap.
kita akan jadi sensitif dan tak happy.
jadi diam jela kita yer.
Susah untuk kita buat orang lain happy dengan apa yang kita rasa happy.
kita tak boleh nak suruh orang lain suka apa kita buat kan
Tak perlu berdebat jika tidak memberi manfaat atau kebaikan pada mana-mana pihak
tak perlu ada pemenang dalam berhujah..
Just tutup mulut
sebab lain manusia lain hati dan perasaan nya.
kita tak boleh expect orang akan sentiasa suka dekat kita kan..
So just senyum tak perlu kata apa-apa (^_^)

Masih teringat kenangan melahirkan marissa 2 tahun lepas
Unexpected delivery orang putih kata hehe

Due sepatutnya bulan 1 tapi aku dah tak boleh nak angkat punggung
Kebetulan masa malam tu ada check up appointment
Bagitau doc aku dah sakit belakang berapa hari tak boleh bangun.
So doc check bawah tu then bagitau dah ada jalan 2cm.
Ok automatik kena masuk labour room.

Masa tu pkl 11 mlm 18/12/12 admitted.
Aku bersalin pkl 1 petang 19/12/12 selepas berapa jam menahan sakit
pagi tu pukul 7 lebih aku terpaksa mintak epidural

Sebak uiii lepas anak dah keluar tu...
2.75 kg berat marissa masa tu
Tak tau nak kata apa..
Sebak jiwa..
Dah jadi mak orang dah aku...

Harapan kami sebagai ibu bapa kepada anak-anak
Haruslah kata anak-anak kan.. (^_^)
Kami sentiasa mahu beri yang terbaik untuk anak-anak
Kami mahu anak-anak yang penyayang,yang saling berkomunisasi secara baik
Saling bantu membantu,beramal soleh,jangan tinggalkan solat,Amalkan membaca al-quran.

Anak...kita tidak sempurna..
Kita manusia biasa..
Kami tak berjanji hidup ini akan indah dan mudah sentiasa.
Hidup adalah proses pembelajaran sepanjang hayat.
Kamu perlu merasai jatuh dan gagal untuk bangkit semula dan berusaha
Kamu perlu merasai kehilangan untuk menghargai
Kamu perlu merasai kesusahan hidup 
supaya kamu lebih berusaha untuk mengubah masa depan kamu
dan tidak bergantung pada orang lain.
Proses menjadi insan yang baik juga akan sentiasa di uji oleh Allah
Sekiranya kamu di  uji, Redha la dan bangkit semula....
Maknanya Allah sayang dengan kamu.
Dia ingat pada kamu.
Ambil la nasihat yang baik-baik dan pedoman hidup dari insan lain.
Hidup ini ada pelbagai pancaroba.
Walaubagaimana pun,
kami..
Ummi & Papa 
akan sentiasa ada untuk kamu
akan selalu menghulurkan tangan membimbing kamu
akan memeluk mu tika kamu memerlukan kekuatan..
Akan sentiasa mendoakan kejayaan,keselamatan dan kesejahteraan hidup kamu..
Amiin...

Sehingga hujung nyawa
Sehingga ke syurga..
Ummi & Papa sayang kamu..

Selamat ulang tahun kelahiran anak ku
Marissa Safiyyah bt Masuki



Salam Sayang 
Sulinda









Wednesday, December 17, 2014

This week is going to be hectic!

Assalammualaikum...

Minggu ni terasa berlalu begitu pantas.
Last minute nak prepare birthday party Marissa ahad ni 
Sabtu ni ada company Annual Dinner jugak.
Gigih sangat kan nak buat jugak birthday party.
Mesti ahad tu lepak giler.


Biasanya kalau Annual dinner memang sakan sikit la nak cari baju ikut tema.
Tahun ni tema nya Tradisional.
Apa nak pakai?
Tunggu la nanti aku update share pasal dinner tu.

So far berdasarkan pengalaman aku attend dinner tiap-tiap tahun macam-macam gaya nak kena fikir
Di sebabkan aku ni pakai cermin mata
Susah bagi aku nak sesuaikan mata dengan kanta lekap
Konon nak make up cantik-cantik,bulu mata lentik tak kan nak pakai cermin mata pulak...
nak glamour jugak..hehehe
Boleh nak pakai kanta lekap tapi tak pernah ada yang serasi dengan mata.
Kalau pakai mesti tak jelas dan lama-lama migrain.
Pastu pulak pakai kasut 3 inci
Migrain..

Hahaha 
Terasa serik pun ada
So tahun ni mungkin aku lebih simple dan selesa tapi elegan.
Elegan ker ??? hehehe 

Ni gambar dinner tahun lepas.
Tiap-tiap tahun ahli commitee
Pernah dulu tema rock & roll
Sanggup free hair nak naik kan jambul dan bagi spray colour
make up tebal kalah  mak nyah
Serik betul..hahaha
lepas-lepas ni biar la pakai baju simple je
make up light2 je cukup.
tak yah gaban sangat membazir
ingat lagi aku beli baju dinner 200 lebih
kasut dinner 100
pakai sekali je..kasut tu sakit kaki aku pakai
padan muka aku..hehe
Ini semua pengajaran dan pengalaman.
Supaya kita tak membazir dan berpada-pada bila membeli




Ok lah..sampai sini dulu yer..

Salam Sayang
Sulinda



Monday, December 8, 2014

End Year Housekeeping of 2014


Assalammualaikum...


Hai...Selamat Hari isnin...Alhamdullilah masih di peluang bernafas lagi di bumi Allah.
Hari ni aku nak kongsi progress housekeeping..Sejak-sejak 2 minggu ni husband aku rajin pulak mengemas bahagian stor bawah tangga rumah...bahagian dapur..habis semua di punggah nya..
banyak jugak lah barang-barang kering yang dah expired rupanya..
habuk,debu,lipas punya tak tahu la kalau nak aku yang buat..tak tahula bila..
kudrat ni tak terlarat...sungguh...
aku cepat give up buat benda camtu..at least kena ada yang tolong.
Memang ada perancangan nak panggil cleaner office datang tolong buat kan tu semua.
Tapi syukur hubby dah buat kan dulu..
Dia organize barang-barang untuk di simpan..Upah orang bersihkan laman belakang rumah,cuci dapur...aku pulak yang letih terlebih-lebih tolong sikit-sikit apa yang patut.

Lepas ni aku kena maintain pulak apa yang hubby dah bersihkan..dah susun atur..
yela sebagai tanda aku kena la hargai bantuan dia tu kan.





Actually banyak lagi ruang kosong dalam kitchen kabinet tu..
Tapi kalau boleh semua nya mestilah di simpan di dalam bekas plastik.
Tak boleh dalam kotak..kang lipas suka datang.




rak tu hubby beli nak letak barang-barang yang jarang guna.
beli kat tesco je..

\



Untuk yang bawah tangga tu kalau boleh tutup jadi kan store ok jugak kan.
takdelah nampak sangat barang-barang bawah tu.
Tapi hubby cakap nanti dulu..1st thing 1st dia cakap.
Kalau ada bajet lebih baru buat..
Aku cadangkan buat langsir .
Tapi tak tahulah dia nak layankan tak idea aku ni huhu








Tu dia...barang-barang bersepah macam tu boleh buat aku migrain..huhu
Nasib baik lah hubby nak tolong...
Masih banyak lagi nak kena buat sebenarnya.
Almaklum masing-masing bekerja.
Kalau malam kalau rajin nak buat,kami buat..
Kalau tak kami stop dulu...
weekend baru sambung..
Begitula rutin kami...
Siapa kata mengemas tak memenatkan.
Tapi kalau nak rumah bersih dan teratur macam hotel tu
Memang kena la terlebih rajin yer...


Ok lah..sampai situ dulu untuk kali ni...
Sampai jumpa lagi


Salam Sayang,
Sulinda

Wednesday, December 3, 2014

MY FLOWER GIRL

Assalammualaikum....

Hari ni nak update majlis Perkahwinan mak cik hari Sabtu 29/11 lepas.
Marissa jadi flower girl dengan pakcik-pakcik & makcik dia...
Pakcik marissa still kecik2 lagi yer..
Baik lah..tak banyak nak di cerita.

So let the picture do the talking hehe eceh..






Ok nak throwback picture ummi masa bertunang dulu2 tahun 2010 hehe..



Tu jela...sampai sini dulu yer..

Salam Sayang..
Sulinda 


Designed by UMIESUEstudio 2014