Assalammualaikum w.b.t.
Ada yang tertunggu-tunggu update entry dari aku tak ? hehe
terperasan pulakkk hehehe
Dah masuk bulan 2 dah kan
terasa masa terlalu cepat berlalu
tahun ni aku banyak plan sebenarnya
apa plan aku nanti aku share lah eh...
masih awal lagi untuk dikongsi kan hehe
Hari ni hari isnin
kepala tengah sakit sikit dengan perut rasa tak berapa selesa
senang cakap lah aku lapor sebenarnya hehehe
nak tunggu jam berdetik waktu breakfast so aku mengarang dulu
Saja nak update dah sebulan aku jadi pengguna esssential oil young living
bulan 1 tu marissa n medina batuk-batuk teruk dengan selsema
nasib baik medina tak sampai demam macam sebelum ni
aku duk sapu-sapu lemon dengan RC kat dada n belakang medina
keluar hingus lendir putih dari hidung dia
pastu dia mudah nak muntah kan lendir bila dia batuk
macam sebelum ni dia punya hingus kuning pekat likat
pastu dia tak pandai nak keluarkan kahak dia bila batuk
Tapi kali ni aku memang ikhtiar untuk guna EO ni sebelum ikhtiar bawak pergi klinik
dari bulan 1 sampai masuk bulan 2 marissa n medina on off batuk selsema
Tapi dorang aktif je aku tengok
kalau tak kadang sampai lembik ,demam pulak tu
kadang kadang silap makan yang gatal tekak macam keropok memang menjadi-jadi batuk dorang tu
So hari tu aku terfikir nak bawak dorang pergi klinik lah..
risau pulak kan
tak nak lah feeling2 doktor kan
lepas balik kerja terus bawak anak-anak pergi klinik
sementara tunggu turn tu marissa n medina tak reti diam..
ke sana sini berlari
masuk bilik doktor
doktor check dorang pastu aku tanya doc kena neb tak doktor
doktor cakap tak perlu sebab lung dorang clear
just batok n selsema biasa je
marissa just ada bengkak tonsil sebab kerap batuk n muntah
nanti aku nak sapu copaiba kat area leher marissa
ini 1st time medina tak perlu amek nebulizer
ye 1st time
legaaa rasa masa tu
so aku akan teruskan guna EO ni sebagai rawatan alternatif sebelum bagi anak-anak ubat doktor
tapi sebagai langkah berjaga-jaga aku kena jugak refer doktor
tak boleh lah nak hentam jek kan
EO ada macam-macam jenis
aku beli Premium set ni memang basic lengkap
harga lagi murah kalau beli satu-satu EO walaupun korang rasa macam mahal tapi aku rasa berbaloi
bila beli premium set ni automatik korang akan jadi member
so bila jadi member harga member sangat murahlah compare harga non member
berbaloi la bila korang rasa nak restok EO tu dah dapat harga member
ritu medina selsema dah rasa badan dia macam nak dedor (demam)
so aku sapu peppermint,lemon,RC
sapu thieves kat tapak kaki dia
alhamdullilah tak jadi demam
so far marissa n medina enjoy sapu EO dari kena makan ubat
kalau bagi makan ubat memang susah budak dua ni
meraung-raung macam kena dera pun ada.
bila start pakai EO ni lepas mandi nak sapu dorang tadah je mintak sapu
anak-anak lepas mandi je aku sapu RC kat dada
diffused tu memang kalau kat rumah aku buat sentiasa
4 jam diffuse EO lavender,thieves,purification
ikut mood aku lah kan
so far aku puas hati
cuma nak restok EO ni kena melabur duit n menabung lebih sikit lah
huhuhu
tapi aku fikir kalau anak-anak aku asyik pergi klinik kena neb,kena makan ubat tu aku risau jugak
kalau terpaksa dah tak boleh cakap apa lah kan
tapi since EO ni serasi dengan anak anak aku
aku akan cuba teruskan ikhtiar cara camni
sampai dorang dah tak bergantung pada nebulizer
baru aku rasa lega sangat
oklah sampai situ dulu eh
nanti bebel lagi (^_^)
Salam Sayang
Sulinda
No comments:
Post a Comment