Disclaimer

:: Declaration of images are the intellectual or personal property, image usage is strictly prohibited without the written consent the blog owner, Failing which may result in possible legal action against the involved party using the image::

sebarang penggunaan gambar atau entry peribadi di dalam blog ini tanpa keizinan untuk tujuan peiklanan atau jualan adalah dilarang sama sekali
Showing posts with label PRODUCT. Show all posts
Showing posts with label PRODUCT. Show all posts

Thursday, October 30, 2014

SOLE-GARAM MINERAL

Sole ialah air pati kristal garam mineral yang berusia 252 juta tahun dari banjaran Himalaya.Setiap titis sole mengandungi 84 mineral yang diperlukan tubuh manusia. Ia diambil berdasarkan kajian Dr pakar Dr.Linus Pauling (penerima anugerah Nobel 2 kali).Ia 100% semulajadi,bersih,halal dan suci dikilangkan secara Islamik (IMP) oleh bumiputera Islam.

Sole sesuai untuk semua peringkat umur bagi menampung kekurangan mineral dalam tubuh akibat pencemaran racun serangga dalam sayur dan buah. Ia juga berfungsi untuk kesihatan menyeluruh tubuh, menyahtoksik,awet muda,menguatkan sistem imun tubuh,menyembuhkan penyakit tertentu seperti sakit jantung,sakit buah pinggang,fibroid,ekzema,resdung,darah tinggi,kencing manis,gout dll.

Sole sangat berkesan jika digunakn bersama Qaseh. Qaseh adalah pembekal nutrient. Sole pula 100% mineral. Mineral diperlukan tubuh untuk menyerap nutrient. Jadi jika ingin kesan maksimum penyerapan Qaseh, amalkan bersama Sole agar lebih efektif.


Sebotol sole 170ml,hanya gunakan 5ml dituang dalam 1.5L air dan diminum sebagaimana air biasa.Harga sebotol rm52.Pos rm6 (sem). Jumlah rm58.

Saturday, May 31, 2014

APA ITU MINUMAN SUNNAH QASEH GOLD?






Minuman kesihatan berasaskan ramuan yang diiktiraf sebagai Makanan Sunnah seperti KurmaMadu, Za’faranHabbatus Sauda’Buah TiinZaitun & Air Zam-zam. Diperkaya dengan kehebatan herba tradisi seperti Gingko & Sireh. KINI DENGAN KHASIAT DELIMA & ARABIC GUM.

RUMUSAN TAMBAHAN KHUSUS UNTUK LELAKI:
Qaseh GOLD KEKANDA dengan rumusan khas untuk golongan lelaki diperkaya dengan herba khusus seperti Guarana, Tribulus & Ashwaganda.

RUMUSAN TAMBAHAN KHUSUS UNTUK WANITA:
Qaseh GOLD ADINDA dengan rumusan khas untuk golongan wanita diperkaya dengan herba khusus seperti Passiflora, Pegaga & Manjakani

PENYEDIAAN SECARA AMALAN PENGILANGAN ISLAMIK (IMP):
Diperkasakan dengan bacaan Al-Quran dan doa-doa khusus oleh kakitangan yang sentiasa di dalam keadaan berwudhu yang Insya-ALLAH menghasilkan produk yang bertaraf HALALAN THOYYIBA (HALAL LAGI BAIK).

"Dapatkan keberkatan puasa anda dengan jus QASEH GOLD..."

Kehebatan QASEH GOLD - gabungan pemakanan SUNNAH yang penuh dengan keberkatan dan kelebihan herba tradisi serta penyediaannya secara Amalan Pengilangan Islamik (IMP).


KEBAIKAN & KHASIAT QASEH ADINDA GOLD @ QASEH KEKANDA GOLD
:: Memberi tenaga tambahan dan menambah stamina badan
:: Meningkatkan daya imuniti semulajadi badan
:: Menyegarkan badan dan mengurangi rasa mengantuk
:: Menghilangkan letih lesu badan
:: Mengatur tekanan darah dan melancarkan pengaliran
:: Membantu memberi ketahanan badan dari penyakit seperti kardiovaskular dan kanser
:: Melegakan tekanan perasaan, sakit kepala dan migraine
:: Menghalang makan berlebihan dengan mengurangi rasa lapar serta selera makan
:: Mengandungi anti oksida untuk mempertahankan badan daripada dirosakkan oleh radikal bebas
:: Memberi tenaga sepanjang harian
:: Merawat 1001 jenis penyakit
:: Cara pengambilan yg mudah 2 sudu pagi semasa perut kosong dan 2 sudu malam sblm tidur..
:: Diikuti dengan niat...


Untuk konsultansi atau tempahan:

Email :sulinda84@gmail.com
Whatsapp / SMS :019-7296063

Monday, December 16, 2013

Nak Simpan Wang? Ketahui Rahsia Wang Sebenar

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Apa khabar pembaca sekalian? Saya harap anda sihat dan ceria adanya… maklumlah, kita baru melangkah ke tahun baru.
Ada buat matlamat tahun baru tak? Saya pasti anda ada matlamat tahun baru..
Adakah menyimpan wang merupakan salah satu daripada azam anda?
 Jika jawapan anda adalah Ya… tahniah!
Sebelum anda menyimpan wang, ada baiknya kita berkongsi maklumat tentang rahsia wang. Hehehehe… wang pun ada rahsianya… anda tau tak?
Kalau anda dah mengenali wang yang sebenarnya.. sudah pasti anda akan jatuh cinta dengannya :)
Well, artikel kali ini menyentuh tentang wang,
kalau dalam bahasa Inggerisnya = Money

Rakyat Malaysia dan Wang.

Bagi rakyat Malaysia, bila bercakap tentang wang, maka di dalam minda kita akan terbayang wang kertas Ringgit Malaysia (RM).
Betul tak?
maklumlah.. celik-celik mata ajer… wang kertas inilah yang kita gunakan hari-hari.
Kita sangkakan inilah wang yang sebenarnya… hmmm… betul ker?

Ringgit Malaysia – wang kertas kita
Tahukah anda, bila anda memahami tentang wang dan fungsi-fungsi wang, anda akan teperanjat!
Anda akan tahu apakah itu wang yang sebenarnya.
Adakah wang kertas yang kita gunakan merupakan wang yang benar-benar berfungsi sebagai wang?

Fungsi-Fungsi Wang.

Wang mempunyai 4 fungsi yang utama:
1. Sebagai unit nilai:
    Wang perlu berfungsi sebagai pengukur nilai bagi barangan dan perkhidmatan.
    Contohnya, kesemua barangan dan perkhidmatan di Malaysia dijual di dalam
    Ringgit Malaysia (RM). Unit nilai bagi negara kita ialah ringgit dan sen.
2. Media Pertukaran:
    Wang perlu berfungsi sebagai media pertukaran. Ia membolehkan kita menukarnya
    dengan barangan dan perkhidmatan yang diperlukan.
    Contoh, jika anda hendak ke pasar malam dan anda hendak membeli 10 barangan,
    anda cuma perlu membawa Ringgit Malaysia yang mencukupi.
    Anda tahu semua peniaga pasar malam menerima RM sebagai media pertukaran
    dengan barangan yang mereka jual.
3. Sebagai Piawai Bayaran Tertunda:
    Wang perlu memainkan berfungsi sebagai piawai bayaran tertunda.
    Ini membolehkan urusniaga secara kredit atau bayaran tertunda dilakukan.
   Contohnya, jika anda membuat pinjaman bank dengan kadar keuntungan sekian %,
   maka jumlah pembayaran pada masa hadapan boleh dikira dengan mudah.
4. Sebagai penyimpan nilai:
    Wang perlu menjadi penyimpan nilai yang unggul.
    Dengan kata lain kita boleh menyimpan wang dan menggunakannya pada masa
    hadapan/bila diperlukan tanpa perlu risau wang tersebut kehilangan nilainya.
    Sebab itulah benda-benda yang mudah rosak seperti buah-buahan tidak boleh
    menjadi penyimpan nilai yang baik.
Jika wang gagal memenuhi mana-mana fungsi ini, maka wang tersebut bukanlah merupakan wang terbaik.

Wang Fiat Ringgit Malaysia.

Wang kertas RM yang kita gunakan sekarang sebenarnya wang fiat.
Wang fiat merujuk kepada wang yang tidak disandarkan kepada sesuatu yang bernilai seperti emas dan perak, sebaliknya digunakan kerana arahan pemerintah.
Wang fiat mempunyai kelemahan yang sangat ketara:
1. Tidak mempunyai nilai intrinsik.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir dalam ucapan Hari Raya Aidilfitri 18/1/1999 telah mengakui bahawa wang kertas sebenarnya tidak berharga.
Ini adalah petikan daripada ucapan Tun Dr. Mahathir
11.   “Sebenarnya  matawang tidak berharga  melainkan  jika Kerajaan  memberi  nilai kepadanya.   Wang  kertas  RM1.00  bukan  bernilai RM1.00 daripada segi harga kertasnya.   Ia  bernilai  RM1.00 kerana itulah nilai yang ditetapkan  oleh  Kerajaan.  Jika Kerajaan mencetak angka lima atau  sepuluh  maka   nilai  kertasnya  tidak  naik  kepada  RM5.00  atau  RM10.00.   Hanya  pengakuan  dan  jaminan  Kerajaan   yang menjadikannya bernilai sebanyak mana yang ditentukan”  (petikannya di sini)
Nah, lihatlah pengakuan daripada bekas Perdana Menteri Malaysia. Sudah terang lagi bersuluh…
2. Wang kertas adalah penyimpan nilai yang lemah.
Satu fungsi utama wang yang gagal dimainkan oleh wang kertas adalah penyimpan nilai yang baik. Dengan kata lain, nilai wang kertas akan menyusut dalam jangka masa yang panjang. Inflasi akan memakan nilai wang anda, menyebabkan nilai wang kertas ditangan anda sekarang tidak akan sama dengan nilainya pada masa hadapan.
Contohnya amat mudah:
Katakan anda menyimpan wang kertas bernilai RM1000 di bawah bantal. 10 tahun akan datang, adakah nilai RM1000 tersebut boleh membeli barangan yang sama seperti sekarang? jawapannya, sudah pasti tak boleh.
Nilai wang kertas RM1000 itu akan menyusut akibat inflasi. Betul tak?
Jadi bagus ke tak bagus menyimpan wang kertas nie?
Memang sah tak bagus :(
Cuba bayangkan jika anda menyimpan emas bernilai RM1000 di bawah almari. 10 tahun dari sekarang, apa yang akan terjadi kepada nilai emas berkenaan? Sudah pasti nilainya akan naik.

Harga emas 10 tahun naik dari USD280 kepada USD842
Inilah yang dikatakan penyimpan nilai terunggul, terbaik dan tepat.
Tanpa perlu membuat sebarang pelaburan pun.

Emas sebagai penyimpan nilai terunggul:

Professor Roy W. Jastram, di dalam bukunya yang terkenal “The Golden Constant” yang diterbitkan pada tahun 1977 menyebut “Emas mengekalkan kuasa membeli dalam jangkamasa yang panjang, contohnya setengah abad”.
Di dalam buku tersebut, beliau telah mengkaji peranan emas sebagai pelindung inflasi dan deflasi dalam jangkamasa 400 tahun.

Kesimpulan:

Pembaca sekalian, emas adalah wang yang sebenarnya. Jika anda hendak menyimpan wang, simpanlah dalam bentuk emas.
Sejarah telah membuktikan bahawa emas adalah wang yang terunggul dan tiada bandingannya. Dulu..kini dan selamanya.. :)
Wang kertas gagal berfungsi sebagai wang. Ia mempunyai kelemahan yang sangat besar kerana tidak mempunyai nilai intrinsik yang tersendiri. Ia gagal menyimpan nilai untuk jangkamasa panjang dan akan merugikan penyimpannya. Musuh utama wang kertas ialah inflasi yang menghakis nilai wang kertas ini.
Menyimpan kekayaan di dalam bentuk emas akan memberikan ketenangan jiwa kepada penyimpannya. Kita tidak perlu takut kehilangan nilai dalam jangka masa panjang dan juga kita tidak perlu bergantung kepada pengakuan dan jaminan kerajaan mengenai nilai wang kita.
Jadi mulai hari ini, saya berharap anda semua belajar suatu perkara yang sangat penting
Wang =  Emas
Simpan wang = Simpan emas








Wednesday, May 22, 2013

Crocs shoes

Entry kali ni nak story tentang kasut.
Excited sgt sbb baru beli kasut baru since last time pkai sandal scholl sbb pregnant.da pkai almost few months.da servey hush puppies, scholl, camel..etc tp xbnyk yg berkenan..tibe2 terfikir crocs..kasut yg cute n comfy...finally dpt jgk yg menarik hati..plus dpt 30% diskaun sbb birthday month..hik3..suke2 (^_^)

Tuesday, May 21, 2013

SET BERPANTANG SHAKLEE

**Kekal Bertenaga Selepas Bersalin Dengan Set Bersalin Shaklee**
<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<



~Khasiat dan kebaikan set bersalin Shaklee~
============================
Nak pilih set Bersalin memang pening kepala. sebab tak tahumana yang betul-betul sesuai. Masa saya berpantang dulu, saya pilih herba tapi kena stop kerana anak ada mild jaundice. Sikit je tapi masih kena pantang herba. Nak makan macam-macam banyak pula pantang larang tok nenek kita dulu. betul tak?

Sebagai alternatif, Set Bersalin/Berpantang Shaklee telah terbukti selamat dan terjamin untuk kedua-dua ibu dan bayi. Set ini boleh dimakan sejurus selepas bersalin kerana ianya adalah vitamin semulajadi. Tidak memudaratkan malah memberikan kesihatan dan nutrisi yang baik untuk ibu dan bayi.Malah kalau tak sempat habiskan semasa berpantang, ibu-ibu boleh sambung sampai habis. Jimat bukan.

~Jom kita baca khasiat dan kebaikan set bersalin Shaklee ini...~
=======================================

Vita-Lea
++++++++++
Ibu yang sedang berpantang digalakkan mengambil vita lea kerana semasa dalam pantang banyak makanan yg kita dilarang makan jadi tenaga kita akan berkurang.
Ibu banyak kehilangan darah semasa dan selepas bersalin,Oleh itu ibu perlu mengambil makanan yang seimbang dan berkhasiat bg menggantikan semula darah yang hilang.
Mengandungi zat besi yang sangat penting dalam pembentukan sel darah merah.
Kekurangan zat besi boleh menyebabkan ibu pucat,letih dan lesu serta tidak bermaya.
Pengambilan zat besi adalah sangat penting untuk penyusuan bayi.
Vita lea tidak boleh diambil bersama minuman bersusu kerana ia akan mengurangkan kadar penyerapan zat besi oleh badan.

B Complex
++++++++++++
Membantu menstabilkan hormon badan
Kekurangan B complex, boleh menyebabkan ibu dalam pantang mengalami gangguan emosi..
Membantu kita lebih bertenaga dan emosi lebih seimbang.
Menukarkan makanan kepada bentuk tenaga

Zinc Complex
+++++++++++++
Sesuai untuk Ibu2 yg tiada selera makan ikan haruan atau pati ikan haruan, zinc complex adalah pengganti yg tepat kepada makanan tersebut.
Galian yg sgat penting dalam membantu proses pemulihan luka dalam.
Membantu proses pembaikan luka dalam badan kita terutama luka dalaman (rahim).
Pengambilan zink bagi ibu yg menyusu akan membantu anak yg disusukan membesar dengan baik.
Mengurangkan masalah rambut gugur
Membantu masalah KEDINGINAN selepas bersalin.

Energizing Soy Protein (ESP)
++++++++++++++++++++++
Memberi tenaga dan membantu melancarkan penghasilan susu
Penting untuk kelenjar dan tumbesaran,
Mencantikkan kulit si ibu, dan membantu kawal paras kolesterol
Memberikan rasa kenyang kepada ibu ibu
Sangat bagus untuk perkembangan dan tumbesaran bayi kerana khasiat ESP ini dapat mengalir kepada bayi melalui susu ibu.
Apa bezanya soya Shaklee ini dengan soya lain yang berada di pasaran? Soya Shaklee adalah non GMO soy. Ia juga dibasuh bukan menggunakan alkohol. Diproses dengan suhu yang sangat sederhana agar enzim didalamnya tidak musnah. Kualitinya sangat tinggi.

Ostematrix
+++++++++++
Membekalkan nutrien-nutrien harian termasuk kalsium yang dapat membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi.
Mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga dan manganese untuk membantu dalam memelihara kesihatan yang baik.
Membantu dalam masalah sembelit ibu semasa berpantang.







Nak Order?Best price promise!
Sila PM/Call/SMS/Whatsapp @ 012-7968695

Friday, May 17, 2013

Esp Shaklee memang Best!

ESP Shaklee untuk semua.
Apa yang best tentang ESP ni?
Boleh cantik kan kulit,boleh kurus,kulit glowing, pulihkan pigmentasi, memberi tenaga,kulit lebih anjal!
Macam mana nak order?
Boleh hubungi saya di:
Call/sms/whatsapp@ 022-7968695
FB:Mom's Healthcare & Beauty
Email:sulinda84@gmail.com
Diskaun hebat! Best price promise (^_^)
Designed by UMIESUEstudio 2014