Disclaimer

:: Declaration of images are the intellectual or personal property, image usage is strictly prohibited without the written consent the blog owner, Failing which may result in possible legal action against the involved party using the image::

sebarang penggunaan gambar atau entry peribadi di dalam blog ini tanpa keizinan untuk tujuan peiklanan atau jualan adalah dilarang sama sekali

Wednesday, June 15, 2016

Marissa's 1st day school

Assalammualaikum...

Hari ni hari ketiga Marissa sekolah
Alhamdullilah nampak dia ok dah dari 1st day hari tu
Sekarang umur marissa 3 tahun 6 bulan..
Bulan 12 nanti baru dia cukup 4 tahun
Marissa secara fizikal memang nampak chubby n besar sikit dari kawan sebaya dia
Aku masukkan marissa sekolah pertengahan tahun ni sebab awal tahun ritu berpantang medina
masih nak menyesuaikan diri dengan masa dan suasana baru beranak dua..
Aku rasa dah sampai masa marissa belajar sambil bermain
Kalau ikutkan hati aku ni memang malas aku nak fikir pagi-pagi nak pergi hantar Medina rumah pengasuh..lepas tu hantar marissa sekolah pulak
Tengahari ambil marissa balik sekolah hantar rumah pengasuh pergi kerja balik
lebih-lebih lagi ni bulan puasa...
Tapi alhamdullilah Allah permudahkan semua urusan aku
Suami aku sibuk kerja travel pergi kerja pagi-pagi dah pergi kerja
so hantar anak-anak dah jadi urusan aku..
1st day marissa sekolah memang agak mencabar jugaklah..
lebih-lebih aku ni nervous nak sekolah kan anak huhuhu
berdebar-debar pulak tu...kemain kan..haha
pagi-pagi marissa dah bangun masa kami sahur
dia merengek jugakla tak nak mandi,tak nak pergi sekolah
sepanjang jalan aku cuba sedaya upaya pujuk dia
kejap dia ok kejap dia tak nak hahaha
aku teman kan marissa kejap je
bila kelas dah nak start pukul 8.30 pagi
Teacher dia minta aku beredar sebab kelas dah nak start
marissa mula menangis...
aku pun kesian jugak kat dia
tapi aku percaya ini untuk kebaikan dia jugak
jadi aku lepaskan dia untuk berdikari
hati mak mana tak keruan
sayang nak tinggalkan dia berdikari
Kenapa aku hantar marissa sekolah awal?
Sebab aku rasa kesian marissa duk umah pengasuh asyik tengok tv je..
cerita korea la..aku rasa dia boring takde kawan..
jadi pada aku kalau dia pergi sekolah boleh bermain sambil belajar
bergaul dengan kawan-kawan..
lepas balik dari play school 
balik-balik dia mintak nak susu...
lepas tu dia tertidur..
petang pengasuh hantar pergi mengaji iqra' kat belakang rumah dia
kejap je dalam 15 minit camtu je

Tapi ada jugak anak - orang lain sekolah lagi awal..
jadi tak pelik la kan =)


Aku suka marissa sibuk dengan aktiviti camtu
jadi bila waktu berehat dia tidur kejap
kalau tak memang dia tak tahu nak berehat..
malam pun tidur lewat..
ni sejak dah start sekolah...
malam dia tidur awal..bangun awal..
alhamdullilah aku suka dia disiplin macam ni..
waktu main boleh main...waktu berehat dia berehat...
jadi kalau kami berdua cuti kerja,waktu tu kami akan bawa marissa n medina pergi playground
pergi swimming....bawak beli toys..jalan-jalan..
buat dorang happy

Ok...itu saja entry untuk kali ni...(^_^) 

Salam Sayang,

Sulinda

Designed by UMIESUEstudio 2014