Disclaimer

:: Declaration of images are the intellectual or personal property, image usage is strictly prohibited without the written consent the blog owner, Failing which may result in possible legal action against the involved party using the image::

sebarang penggunaan gambar atau entry peribadi di dalam blog ini tanpa keizinan untuk tujuan peiklanan atau jualan adalah dilarang sama sekali

Monday, January 15, 2018

WELCOME 2018

Assalammualaikum readers



Selamat Tahun Baru 2018 
belum terlambat lagikan aku nak wish 
Di ambang tahun baru ni
Start dari cuti sabtu hari tu aku rasa tenang sangat
masa tu suami balik awal...pastu sabtu dia cuti sampai lah hari isnin dia cuti
mahu tak tenang ? rasa damai je sebab dapat bersama family
rasa happy,anak-anak pun happy mak apak dorang ada je depan mata sebab tak pergi kerja kan
mak nya pun dalam kepala macam-macam rencana nya
naseb baik dapat suami baik tak kisah melayan isteri & anak-anak
Sabtu tu kami just keluar makan-makan kat jusco tebrau ,petang kami singgah Ikea pulak sampai ke malam huhu 
misi nak mencari perabot nak deko bilik bacaan dengan buku-buku yang banyak tu
tapi kami dah terlalu letih kami tak beli hari tu jugak
Ahad tu kami pergi sekali lagi.
Gigih ke idok?
Dah lah hujan dah berapa hari lebat selebat nya lah
syok tengok hujan
mendamaikan jiwa lentok je mata

Cuti 3 hari ritu banyak misi.Tapi tak semua nya sukses hehe
Ada misi cari water heater , misi cari rak buku, barang deko ,baju swimming baru marissa,beg sekolah dia
Ni misi perabih duit ke apa huhu
takdelaaa...
semua nya ada masa-masanya
dah duduk lama pun baru nak pasang water heater
bukan masuk rumah baru semua nak ada kan

baru-baru masuk awal tahun ni
di duga dengan kesihatan marissa n medina
medina haritu batuk-batuk berjangkit marissa
marissa batuk tak baik-baik
on off on off
so hari sabtu hari tu dia mengadu sakit perut
bila petang dalam pukul 5 dia dah menjerit tak tahan
kami syak dia minum air teh O masa dinner kat luar malam tadi
kot angin ke kan..
tanya nak buang air besar ke
marissa cakap tak
ahad siang ok je
malam nak tidur dia cakap sakit lagi
sekejap bangun merengek sakit
pastu pukul 4 bangun batuk-batuk
aku dah macam zombi pergi kerja sebab tidur tak lena duk pantau keadaan marissa
doktor cakap perut dia ok..tapi doktor dengar dada dia ada asthma
so marissa kena ambik neb
perot dia maybe cramp ke lebih kurang camtulah

Baru-baru ni aku order essential oil young living
nak cuba other solution untuk family aku supaya sihat ,ceria n positif
nanti dah cuba any outcomes aku akan share kan dengan korang ye
I'm so excited ! (^_^)

Salam Sayang
Sulinda



Tuesday, December 26, 2017

Annual dinner 2017 - Rockstar Theme

Assalammualaikum 

Dah habis cuti 3 hari 
Hari tu annual dinner tempat kerja aku setelah 2 tahun aku tak dapat hadir 
tahun ni aku teringin pulak nak pergi
memandangkan dekat dengan rumah aku
untuk tahun ni aku teringin sangat nak make up cantik-cantik
tahun-tahun sebelum ni aku make up sendiri je simple-simple
semua nya dalam last minit 
beli baju dinner,tempah contact lens,booking MUA
MUA (make up artist)
nak pilih MUA pun aku agak cerewet jugak
aku risau jadi macam make up masa aku kawen 5 tahun lepas
tebal,capok dengan kening kena cantas
masa tu make up bridal still macam orang dulu-dulu
tak macam make up sekarang
mostly orang sekarang suka ambil personal MUA even untuk majlis kahwin
so aku fikir boleh ke muka aku nampak cantik ni..
lega sangat saat akhir dapat MUA yaya saby
muda lagi rupanya dari aku
awal-awal tu aku macam risau jugak
tapi tadah jela...
lepas dah siap tu baru la aku lega sikit
Tengok la gambar kat bawah ni
dari muka makcik-makcik transformasi macam kat bawah ni huhuhu


Masa aku pergi hotel untuk dinner
nak cari ballroom nak register takde orang kenal aku
langsung takde
bila dorang dengar suara dan tengok gigi besi aku baru lah dorang tahu
so aku rasa macam aku pakai topeng masa tu hahahaha
jenuh aku nak kenal kan diri aku
dahla tema rock lagu brutal kapak nak cakap pun susah
kuat sangat nak cakap susah nak dengar
orang cakap pun aku tak faham


Mungkin style aku macam rock muslimah giteeewww hehehe
boleh lah kan..
malam sebelum tu aku mintak suami aku pakai kan inai kat kuku
nak nampak brutal kononnya
cari inai hitam tak tahu nak cari mana

Contact Lens
Contact lens aku beli yang daily punya ada 30 pasang
free 5 pasang 
harga RM 240 expired 2020 pakai buang 
so kalau ada event aku boleh lah pakai kan
sebab aku tak biasa pakai lens untuk harian
awalnya aku memang nak make up dengan pakai cermin mata
sebab nya aku teringat masa aku kahwin 5 tahun lepas aku pakai contact lens tak terang
lepas tu migrain ,last-last sebelum bersanding aku bukak contact len tu
lega rasa 
memang tak nampak orang masa tu tapi sekurang-kurangnya kepala aku tak sakit
4 hari sebelum dinner tu aku pergi kedai cermin mata baru dekat dengan rumah
Dia punya konsultasi dari aku datang bukan nak beli nak tanya harga je
tapi aku jadi terus nak beli huhu
konsultasi dia meyakin kan huhu
dia kata aku boleh pakai 98 % nampak jelas cuma mata aku silau tinggi tak boleh pakai contact lens berwarna
so aku pun beli lah
3 hari siap ok ..puas hati huhu





Tengok member rock ke idok hehehe


Malam tu aku membawa balik duit sempena dapat tempat kedua cipta 5s Slogan
Dann...dapat Lucky draw TV 32 inci lucky draw tempat ke 8 bernilai RM700
kalau ikutkan setiap kali aku pergi annual dinner aku mesti dapat lucky draw
last time dah dapat Samsung Tab , penah dapat HP lenovo 
sebelum-sebelum tu tak ingat dapat apa
Kawan aku cakap lain kali dinner aku tak yah datang hahaha
pada aku percaya pada rezeki
Allah nak bagi
menakjubkan jugak setiap kali dinner aku dapat cabutan bertuah



Ok la lagi berapa hari je dah nak tahun baru
See you then..(^_^)


Salam Sayang
Sulinda


Friday, December 15, 2017

PERKEMBANGAN MEDINA 2 TAHUN

Assalammualaikum 



Kali ni aku nak update tentang perkembangan tumbesaran Medina pulak
30/11/2017 hari tu genap medina 2 tahun
baby hujung tahun tak sama macam baby yang lahir awal tahun
anak kawan aku sebaya medina tapi lahir awal tahun nampak lebih cerdik dan nampak besar
medina dah boleh cakap tapi macam baby lagi bagi kami huhu
So far dia banyak jadikan kakak dia marissa sebagai mentor
dia banyak ikut perlakuan marissa
kalau marissa tengah baca dia pun ambil buku ikut sebutan marissa



Nama penuh Medina Suraya
Medina bermaksud kota madinah
Suraya pulak yang cantik
Dari dulu aku memang suka kan nama suraya tu
Agak susah nak letak nama medina sebenarnya
sebab nak ikut pada keserasian sebutan dan makna nya
Sekali tu kami mintak marissa sebut nama Medina Suraya
marissa terus suka dan dia bagitahu orang nama adik dia Medina Suraya


Medina susah nak mengalah...
tapi tu kalau marissa berkeras dengan dia 
Kalau bila kena kongsi gula-gula atau mainan
Marissa yang kena cakap lembut-lembut dengan medina bagi dia paham
like "Adik kita main sama-sama eh?"
Adik kita tengok kartun sama-sama eh?
slowly medina akan lembut sikit

Medina ada sedikit keras hati tapi other side sangat manja dan loving
kadang marissa tengah tidur aku perasan dia usap-usap rambut dan cium marissa
dia suka cakap "Sayang kakak..." cair kalau dengar dia cakap camtu
ye tu masa sayang
kalau waktu gaduh masing-masing hempuk masing-masing
bercakaran tapi yang selalu kalah kakak..
Marissa bukan kalah tapi mengalah..kadanag kalau aku denda medina
Marissa pulak yang sedih...
delima kakak sulung memang camtu lah
Kalau merajuk tu memang kalah orang tua
mata menjeling dengan diam aje tak makan langsung
Medina ni paling suka baby
Sayang baby
Suka main dengan anak patung baby 
tolak stroller baby
berangan-berangan lah....
pantang nampak baby kalau kat luar
dia dah jerit dulu excited sangat
"Baby!!!baby!! ummi baby!! papa baby!!
macam jumpa artis K-pop gitewww
Dia ada bantal busuk yang paling dia sayang
actual ada 2 warna 1 pink 1 biru
1 marissa 1 medina
awalnya  dua-dua marissa punya
tapi bila  medina dah pandai nak bantal jugak dia pilih pink tu dia punya
even kalau gelap pun kalau salah bagi dia boleh tahu
dia tak nak bantal lain
kalau basuh tu lepas siap terus ambik kering kan gosok guna iron
huhuhu tak boleh tido malam takde bantal dia
malam bangun minta susu dalam 2-3 kali

Lagi medina suka salam dan cium kalau disuruh
kalau marissa selalu macam berat kalau disuruh
macam dipaksa gitew
maybe dah rasa besar sangat kot


Medina ada habit kalau makan malam makan main-main tak kenyang
atau dia tidur lama sebelum tiba waktu tidur 
Mesti dia akan berjaga awal
kalau dia bangun pukul 3.30 pagi sampai ke pagi boleh tahan tak nak tidur
Kadang pagi buta mintak nak makan
aku pun zaaasss masak lah makaroni sup telur bagi dia makan
dia suka mintak handphone
bukan kami biasa kan bagi dia handphone
memang kena marah kalau dia mintak-mintak camtu
sedangkan nenek dia jaga dia pun takde bagi handphone 
then kakak nya marissa masa sebaya medina tak pernah suka handphone sangat 
seboleh-boleh kami tak nak bagi marissa atau medina kerap main dengan gadjet

Gambar kat atas ni medina dengan awra sepupu dia
Medina dengan Awra sebaya (^_^)


Dari segi kesihatan
Medina sebelum-sebelum ni mudah batuk ,kena jangkitan paru-paru
kena cirit birit muntah-muntah
dari tembam jadi  susut badan dia 
Tapi alhamdullilah dah lebih kurang 3 bulan nenek dia jaga dia 
kesihatan dia nampak baik
mungkin jugak nenek dia rajin bersihkan kerak susu kat atas lidah dia
sebelum ni kami kurang perasan.
kerak susu tu bila basi kan jadi kuman
masuk tekak masuk perut jadi tu dia mudah dapat sakit
Itu teori aku buat masa ni huhu

Actually aku ingat nak sekolah kan medina tahun depan 3 tahun
tapi tengok dia kecik lagi
maybe aku akan masuk kan dia pertengahan tahun nanti
jadi medina boleh join konsert day dengan kakak dia marissa
sekali dengan graduation day marissa pre-school
takdela masa orang semua buat performance macam masa konsert day sekolah marissa hari tu meraung-raung dia nak join sekali huhuhu
tahun depan jugak dah boleh start kelas iqra 
InsyaAllah..kami cuba sedaya upaya untuk beri yang terbaik untuk kebaikan dunia akhirat anak-anak
Doakan untuk Marissa dan Medina jugak ye
Terima Kasih

Salam Sayang
Sulinda







Wednesday, December 13, 2017

MY BRACES JOURNEY OCT/2016-DEC/2017

Assalammualaikum w.b.t 


Gambar ihsan pakcik google


Tiba-tiba terasa nak update proses pakai braces dah masuk setahun ni
Actually susah nak menjelaskan "sakit" nya pakai braces ni
Sebab Ia nya bergantung pada umur , kekuatan mental dan fizikal orang tu sendiri
Lagi muda lagi mudah kot pada aku
sebab rata-rata budak-budak muda cakap dorang tak sakit sangat
Ada orang ok je takde banyak hal ,tak sakit ..happy je
sedangkan ada orang lain yang tak sabar-sabar nak braces off ye
Ada pulak pakai braces selama 11 tahun lamanya
Pernah budak despatch aku kenal ni dia pakai braces
Pastu tup tup aku tengok dah braces off
aku tanye : Eh? dah bukak braces ke? Dia ckp " tanggalkan sendiri kak,pakai penyepit kuku"
Aku pun tak tanya lebih la kenapa...sebab tengah sibuk masa tu
Maybe ade beberapa faktor jugak budak tu bukak belum sampai due date dia..
like.. bulan-bulan nak bayar treatment gigi tu terasa berat pada dia 
atau...maybe memang dia rasa tak bebas atau tak selesa pakai braces.
Dah hilang sabar mungkin
Kalau korang baca orang lain punya cerita mesti lain-lain pengalaman
mungkin ada yang cakap suffer ,ada yang cakap not bad atau just fine.

Aku punya progress ialah Just fine hehehe but sometimes suffering also hahaha
Semua bergantung pada mind set dan body kita
Lepas dah pakai braces tu fasa kena ulser tu jangan cakap lah...
nak makan pun macam nak menangis wa cakap sama lu..hahaha
kena pakai braces wax...kena letak bonjela...semua tu kena stand by dalam handbag
setiap kali treatment tu memang doktor ada siap-siapkan ubat tahan sakit
so far aku memang simpan je ubat tu
in case aku tak bleh handle sakit nya tu
tapi buat masa ni last aku makan ubat tahan sakit gigi tu masa 1st time pasang separator
sebelum pakai braces
masa tu memang fasa "menderita" bagi aku
separator tu bukan main-main sakit nya
kalau orang lain aku tak tahulah

Paling tak best setiap kali appoinment kena tightening braces la...kena pakai spring la
kalau setiap kali appoinment tu aku jadi resah 
sebab nya seminggu aku susah nak makan
Doktor ketat kan getah braces tu buat rasa ketat sangat gigi tu
ini akan menyebabkan alignment gigi macam tak matching antara satu sama lain
macam korang nak gigit makanan tu...
terasa susah nak gigit sebab gigi atas dengan gigi bawah tak matching bila nak gigit makanan
Korang boleh bayangkan tak ? 
Kalau tak boleh takpelah huhuhu
Tapi lepas seminggu dua insyaAllah ok
tak boleh layan sangat rasa " sakit" tu
bab makan aku belasah jela gigit guna gigi yang mana boleh gigit makanan
macam jagung tu memang taklah bagi aku
Mak mertua aku bawak Jagung manis dari Perlis
Dia tengok aku tak makan-makan jagung dia rebus tu
Dia hiris-hiris ko....Terharu ke idok ko rasa huhu
Sedap wehhh macam makan nasi je pakai sudu


Sepanjang proses ni jugak aku jadi kurus
Masa awal-awal tu memang struggle nak makan
aku hilang selera makan
makan tu macam tak "feel" macam sebelum pakai braces
Pastu nak senyum macam susah sangat bagi aku 
Pipi aku dah jadi kempis pulak
Orang yang aku kenal semua cakap Aku kurus sangat-sangat
macam kesian kat aku je
aku pulak rasa kesian kat diri sendiri
Padahal lepas-lepas tu bila gigi ok
Aku melantak aje
Betul kot orang cakap pakai braces boleh kurus
Tapi itu bukan tujuan aku
Aku pakai sebab nak gigi yang sihat
gigi aku ada ruang tempat gigi yang aku cabut dulu-dulu
pastu gigi aku goyang dan berjarak lepas proses scaling
jadi atas sebab-sebab itulah aku kuatkn semangat
kalau ikut hati atau ada pilihan lain aku tak nak buat braces ni
dia punya "journey" menduga kesabaran jugak

Pastu kalau kena langgar dengan anak-anak tu biasa...
rasa nak mengamok jugak sakit nya huhu
Tapi lama-lama ok boleh belajar mengelak huhu
macam elak kungfu gitewww

Kadang tu gigi ok tapi dia tangkap kat kepala aku ni
ape lagi migrain lahhh
doktor cakap kalau orang ada migrain memang camtu
aku tak tahu lah sama ada related tak pakai braces ni dengan kepala dengan urat-urat tengkuk ni
huhuhu
sakit urat leher ngan tengkuk jugak kadang
sebab tu aku tiap 2 atau 3 bulan berurut
korang yang pakai braces camne?
Ke badan aku yang lembik sangat huhuhu
Selain dari itu kebersihan braces mesti diutamakan
at least lepas lunch mesti kena cuci gigi atau sekurang-kurangnya berkumur-kumur
atau pun stand by berus ortondontik kecik dalam handbag manalah tahu bila makan ada sisa melekat kat gigi kita
masa awal-awal tu malas giler aku nak ambil kisah
lepas 6 bulan kena scaling gigi doktor aku dah bising
lepas scaling tu lah aku mula jaga kebersihan gigi
sampai sekarang aku maintain je disiplin jaga.

Tadi aku  balik dari appointment braces
doktor cakap kalau next appointment gigi atas tak boleh match gigi bawah
gigi bawah kena cabut
berbraces memang macam tu
kadang ada orang beruntung tak perlu cabut gigi dia
ada yang awal-awal doktor dah nasihat cabut
macam aku gigi atas 1 aku cabut dulu sebab gigi berlubang teruk
dah sakit sangat aku redho jela masa tu
lepas treatment tadi tu aku balik drive thru Mcd beli bubur dengan aiskrim
aku dah bagitahu kan lepas appointment memang susah sikit nak makan
bergantung pada orang jugak
sekali tu baru makan aiskrim aku rasa macam ada benda tertanggal
getah gigi bawah tertanggal
terus aku patah balik pergi klinik tadi
tapi klinik tu memang ramai
kerana nak pasang balik aku nya getah 1 ni aku kena menunggu jugak
stress jugak pasal aku dah tunggu lama sebelum turn aku
pastu kena menunggu lagi
aku terjah je bilik doktor mintak tolong pasal aku kena masuk kerja balik lepas tu
doktor kata tunggu 5 minit
nasib baiklah
lepas tu berdesup la aku drive ke office balik

Perkara-perkara macam dawai terkeluar dari bracket atau getah tanggal tu perkara biasa
pernah bracket gigi aku tertanggal
yang ni doktor siap pesan "Puan tolong makan yang lembut-lembut dulu ye buat masa ni ..."
lembut tapi tegas bunyinya hahaha
Ok paham doktor paham...(^_^)

Baiklah buat masa ni itu saja lah cerita nya
tak sabaarrrr nak tunggu result braces off
maybe tahun depan kot
sebab gigi aku dah tua kan
jadi progress nya mungkin lambat sikit
Ok see you again (^_^)


Salam Sayang
Sulinda



















Monday, December 11, 2017

2017 STORIES

Assalammualaikum w.b.t.


Rasanya entry kali ni akan agak panjang jugak lah
pasal nak menghimpunkan "Throwback tahun 2017" kan 
Sedar tak sedar dah nak masuk tahun baru 2018 kan ?
tahun ni walaupun terasa sekejap tapi banyak yang berlaku
Saja nak throwback peristiwa tahun ni
yang boleh share aku share
yang personal matter aku simpan dalam diari sudah lah hehehe
  • Masa awal tahun tu aku masuk hospital sebab sakit kepala teruk akibat sinus.Aku dari zaman belajar memang mudah kena sakit kepala.masa aku kena admitted ni.Doktor dah scan dah check darah semua ok je.Tapi sakit yang aku tanggung tu memang buat aku rasa tak happy. Pasal menghad kan apa yang aku nak buat.Contohnya macam aku tak boleh buat kerja lebih atau tak boleh tak cukup tidur.Tak bleh minum kopi ke..Cahaya terlalu terang ke.Mudah je nak tangkap kat kepala aku ni.Doktor yang rawat aku tu cakap kerana sinus . Sinus aku ni bukan macam kat hidung tapi lebih kepada radang kat area dahi tu. Aku pasrah.Sehingga sekarang rawatan alternatif yang aku buat adalah berurut dan buat rawatan akupuntur.Selain dari itu aku cuba jaga solat selain cuba buat solat-solat sunat.Aku kena pantau power cermin mata aku jugak.Dalam beberapa bulan lepas rawatan pertama aku buat akupuntur tu alhamdulilah aku rasa sihat kuranglah kena sakit kepala.Happy sangat so aku nak pergi berjalan pun best je sebab sakit kepala tak mudah kena.Nak kemas rumah buat kerja lebih sikit pun masih ok lagi tak mudah sakit kepala.pastu dalam 5 bulan sakit lagi aku buat lagi rawatan akupuntur ok balik..
  • Kejadian kereta aku kena sondol dengan forklift driver kat tempat kerja , dekat 10k jugaklah bikin kat Mazda . kereta baru lak tu nasib baik boss bangla tu nak tanggung kerugian dengan bayar cash masa tu sebelum cuti raya cina.
  •  Bulan February Medina admitted sebab batuk teruk akibat jangkitan paru-paru.Masa ni waktu magrib medina batuk teruk sampai susah nak nafas aku sendiri bawa dia ke ER regency hospital.Suami aku balik lewat masa ni.Risau betul. Nak baca boleh klik link ni  http://sulindasulihan.blogspot.my/2017/08/anak-ohanak.html
     
  • Join kawan-kawan berniaga kat Pesta Layang-layang Pasir Gudang .Aku jual Pre-love baju Marissa dan Medina dan minyak wangi Sugarbelle.Just untuk tambah pengalaman saja sebenanrnya.Penat tu jangan cakap lah.Tapi alhamdullilah kawan-kawan happening Huhu
  • Marissa berjangkit kutu dari kawan-kawan .Sudah nya kami potong rambut elsa kesayangan dia . buat rawatan rambut dan pakaikan ubat kutu.Alhamdullilah settled
  • Bulan April kami bercuti ke Sand & Sandals Desaru Beach Resort.Aku malas nak buat entry masa ni huhu.Tapi kalau rajin aku story
  • Bulan April jugak Arwah kak leha meninggal dunia.Which is sangat memberi kesan pada diri aku ,dalam hidup aku juga.Banyak perkara berlaku  untuk cari pengasuh Marissa dan Medina. Pernah terdetik juga kat hati aku sampai bila agaknya kak leha boleh jaga anak-anak aku.Anak-anak aku kak leha jaga dorang ok.Marissa dari 2 bulan kak leha jaga sampai lah masuk 4 tahun lebih.Lepas tu hantar rumah pengasuh berdekatan rumah kak leha.Aku anggap je anak aku maybe tak serasi.Akak tu ok..kadang memang camtu,anak kita serasi dengan orang ni tapi anak orang lain tak serasi pulak,biasa lah  hati mak2 ni.Lepas medina discharge hospital.Mak aku jaga sekejap sebab nak bagi perhatian lebih-lebih lagi ubat2 medina.Tapi akk pengasuh tu tak berapa sabar nampak nya.Baru tak datang hantar berapa hari dia dah macam-macam perkara berbangkit.Aku pun terpaksa redho hantar medina rumah ibu walaupun agak jauh tapi yang penting anak-anak aku sihat dan happy.Aku rasa ada hikmah jugak disebalik semua yang berlaku.Allah nak mudahkan urusan aku mungkin.Allah tahu yang terbaik untuk kami. Nak baca boleh klik link ni   http://sulindasulihan.blogspot.my/2017/05/al-fatihah.html

  • Hari Raya medina demam panas dan batuk teruk,muntah-muntah.Marissa pun batuk-batuk jugak.Masing-masing kena amek nebulizer.Medina muntah lendir setiap kali minum susu.muntah macam air paip.Aku ingat lagi masa orang pergi beraya ,kami duduk je rumah mak sebab medina demam panas dan batuk-batuk muntah.  Nak baca boleh klik link ni   http://sulindasulihan.blogspot.my/2017/07/hari-raya-aidilfitri-2017.html
  • Open house during Hari Raya.Aku memang suka buat open house kalau aku rajin.Tapi jemput-jemput kenalan rapat ,jiran-jiran,kawan sekerja dan keluarga dekat sahaja.
  • Medina admitted kerana cirit birit dan muntah-muntah bulan 8 sebab virus doktor cakap.5 hari jugak kat hospital.Malam medina admitted marissa muntah-muntah jugak.Tapi doktor dah check bukan rota virus.2 hari marissa lembik akibat muntah-muntah.Dia recover sendiri.Tahun ni agak mencabar bagi medina asyik tak sihat je kena admit.Tapi lepas mak aku jaga medina.mak aku cakap lidah medina ada kerak susu.Kami agak maybe itu punca dia mudah sakit.mudah batuk-batuk,mudah jangkitan kuman,sebab lidah dia kotor dengan kerak susu.Lepas mak aku bersihkan lidah dia,ye memang sakit lah bagi medina,tapi kena buat jugak..alhamdullilah dalam beberapa bulan dia tak mudah jatuh sakit.Tapi kami masih lagi dalam keadaan berjaga-jaga sebab medina kalau demam panas tinggi kalau sekali kena.  Nak baca boleh klik link ni                                             http://sulindasulihan.blogspot.my/2017/02/anak-oh-anak.html
  • Bulan 9 adik-adik aku 2 orang bersalin anak perempuan

Tahun ni macam ter rajin pulak aku update blog kan
Harap-harap  tahun depan pun rajin jugak la ye
Dalam banyak-banyak perkara yang menjadi harapan aku untuk akan datang
Yang paling  utama bagi aku adalah kesihatan yang baik
Aku mohon sihat dari Allah yang maha kuasa
Banyak impian ,rancangan dan harapan yang perlu aku laksanakan sebagai seorang Hamba Allah, Isteri,anak dan sebagai seorang Ummi .

Aamin Ya Rabbal Alamin

Salam Sayang
Sulinda




Friday, December 8, 2017

Perkembangan Marissa 5 tahun

Assalammualaikum...






Hari ni aku nak update perkembangan marissa 5 tahun
19/12/17 marissa genap 5 tahun
kalau ikut fizikal marissa agak besar macam budak darjah 1 
orang lah yang selalu cakap
nak masuk 6 tahun ni aku  rasa happy dan lega marissa dah boleh membaca


Agak terharu sebab aku harapkan dia boleh membaca seawal 4 tahun 
tapi semua nya perlukan usaha,doa dan tawakal
dannn....kesabaran yang tinggi
kadang boleh hilang sabar jugak sebenarnya
yela kita parent pun tak sempurna
bergantung pada keupayaan kanak-kanak itu sendiri jugak sebenarnya
Agak sukar sebab marissa pada mulanya tak suka membaca
nak main je
itu memang naluri kanak-kanak kan
mungkin silap aku jugak agak keras pada awal nya dengan marissa
sampai kan aku terpaksa "stop" dari  mengajar marissa membaca
just nak bagi dia ruang supaya dia tak sakit hati dengan aku
sebab ummi nya kurang sabar dengan dia.

aku minta bantuan  teacher marissa untuk ajar dia membaca 
dan bagi sokongan supaya marissa minat membaca
Alhamdullilah mula menampakkan hasil
so far  setiap hari waktu malam aku teruskan mengajar marissa membaca
untuk bahasa malaysia aku ajar guna buku bacalah anakku
untuk english aku suka buku peter and jane 

Tapi ada caranya jugak untuk bagi dia minat membaca tanpa paksaan
Untuk "tricky" marissa membaca aku kena pandai ambil hati dia
setiap hari aku peluk cium dia bagi kata-kata semangat kat dia
waktu malam aku bagi dia tengok rancangan kegemaran dia untuk setengah jam sebelum mula membaca
makan malam dulu
kemudian  membaca dalam 15-20 minit
lepas tu dia boleh sambung tengok rancangan dia semula
aku buat rutin membaca setiap malam
selang seli baca buku bahasa melayu dan english
alhamdullilah dia dah boleh ikut rutin
dugaan marissa setiap kali nak buka buku medina kacau nak jugak perhatian
kesian jugak marissa tak dapat fokus

Untuk persediaan marissa  sebelum darjah 1
Sejak marissa dah boleh membaca ni
aku dah boleh susun atur plan untuk marissa tahun depan
antara nya aku dah masuk kan marissa ke kelas mewarna dan art 
(MUZART ART LEARNING CENTRE) kat seri alam
Marissa suka melukis
itu yang aku perasan
so aku nak asah skill tangan dia dengan kemahiran mewarna
dan juga aku nak marissa belajar fokus bila buat sesuatu

Target aku sebelum darjah 1 marissa mesti mahir menulis dan membaca jawi
sekurang-kurangnya asas mesti ada
Aku juga daftarkan marissa kelas swimming untuk tahun depan
bukan apa...
berenang macam terapi bagi dia
nanti kata asyik belajar je kan
so aku bagi dia enjoy (^_^)
Kelas seni kat Muzart tu pun nak bagi dia enjoy jugak sebenarnya
sambil itu teacher dekat muzart tu mostly speaking english
so macam bonus jugak marissa pergi kelas tu
dia boleh dengar dan praktis english jugak



Secara personal aku rasa penting nya persediaan anak dari segi mental danfizikal sebelum ke darjah 1
sangat penting bagi anak-anak kita merasa "yakin" dengan kebolehan dan keupayaan diri sendiri
seperti kemahiran membaca,mengira,menulis,mewarna dan melukis
aku takde mention supaya anak jadi genius
bukan ye harap jangan salah faham ye (^_^)


Untuk kemahiran mengira buat masa ini
aku dan suami mungkin akan bimbing dia
so far aku tengah servey kelas kemahiran matematik macam kumon
tapi aku belum buat keputusan lagi



Personaliti Marissa
Marissa maksud nya yang lemah lembut
Safiyyah pulak sahabat yang baik
Marissa seorang yang periang kadang-kadang pendiam jugak
suka berkawan ,suka aktiviti kejar-kejar
Mudah dipujuk
Baru-baru ni marissa tengok cerita "Sekali lagi"
Lakonan mia sara,shaheizy sam dengan lisa surihani
sekali tu aku tengok marissa bergenang airmata,menangis hiba sebab dia sedih tengok cerita tu
ye hati dia sensitif huhu
Marissa memang seorang yang aktif suka menari
dia juga sayang medina tapi kadang dia marah medina dia naik tangan jugak hihi
kadang kalau medina buat salah
aku marah medina
so acah-acah nak pukul medina or nak letak medina kat bilik sorang-sorang
ala aku acah-acah aje lahh hehehe
marissa pertahan kan adik dia
pernah dia menangis merayu jangan hukum medina
medina pulak sejenis muka selamba huhu
marissa cakap kalau adik kacau kakak takpe biar je
dia kecik lagi dia tak paham huhu
tapi bila dia hilang sabar dia marah jugak hehehe
lagi marissa mudah mengalah dengan adik dia
aku selalu cakap " play together,share your toys"
dah macam motto pulak dah sebab tiap kali aku ulang
marissa pun ulang jugak hahaha
nasib baik dia paham
medina ni tengah nak bagi dia paham
sebab dia baru 2 tahun


Baru-baru ni marissa suka tengok you tube Rachel and Kaycee
aku pun suka tengok jugak
lagi satu marissa dah mula speaking kat rumah disebabkan Rachel and Kaycee ni
Speaking Rachel and Kaycee sangat mudah difahami
Which is good right?
marissa suka cakap depan kamera handphone cerita la pasal apa-apa yang dia suka
yang penting dia yakin diri
Baiklah itu sahaja untuk kali ini
just nak cakap ni , maaflah
blog aku kadang mungkin membosankan untuk dibaca
Tapi blog ni amat bermakna bagi aku
tempat aku mencurah hati , pengalaman , serta simpan kenangan
harapan aku kalau korang rasa blog aku takde "isi"
maafkan la ye (^_^)
Ini belog "mak-mak" hehehe
See you then....


Salam Sayang
Sulinda













Monday, November 27, 2017

Marissa & Medina birthday celebration



Assalammualaikum readers

Hari ni hari isnin terasa lemau sikit
Tapi aku ok je
Sebab sabtu ahad dah syok cuti kan
rasa nak cuti lama je
Tapi AL nak habis 
tinggal nak tunggu hujung tahun habis jek

Nanti ingat nak ambil cuti weekday nak pergi Ikea
tak boleh pergi Ikea during weekend
sesak ya ampun

Hari Sabtu hari tu aku secara drastik & pada saat akhir aku plan buat kenduri doa selamat & kesyukuran
persiapan dalam berapa hari je
Sempena ulang tahun kelahiran Marissa & Medina 

Actually birthday medina 30/11 , marissa 19/12
tapi aku awalkan sebab adik-adik aku yang kat KL nak balik Johor ,yang sorang lagi cuti sekolah
balik rumah aku
So ada jugak lah yang membantu kan
Tapi aku buat kecil-kecilan & secara sederhana saja
jemput kumpulan hawa dari masjid
baca yassin,doa selamat,selawat atas nabi
pastu jamuan

Maaf lah pada yang aku tak dapat nak jemput tu sebab nya aku cuma jemput orang masjid,keluarga terdekat,jiran-jiran,kawan-kawan rapat je
jangan kecil hati eh...
Menu kenduri Nasi beriani ,mee hoon sup,kuih tako,slices kek,dadih
Nasi beriani tu masa tengah-tengah panas makan sedap weh
fuhhh! jiran aku yang masak kan





Adik aku tolong-tolong packing kan doorgift malam sebelum majlis
Aku baru packing sikit dah kena tidur kan anak-anak
dengan aku ke laut tidur sama





Deko simple jek dari adik aku dengan ipar aku
tu pun sebab asyik jatuh belon nya
gam tak kuat huhu





Kenapa kek ada 2 ?
1st sebab suami aku cakap kecil risau tak cukup
pastu suami aku memang sejenis baik hati beli lagi 1 kek letak nama awra & tiara sepupu marissa & medina 



tak terfikir kena potong kek camni
suami pun baju warna lain hahaha
tak macthing semua
aku pun lupa nak pakai lipstik
so nampak pucat 
mak pengantin sibuk sangat la konon nya hehehe







Hari tu marissa tak berapa sihat
dia sakit perut cirit birit
kesian nak senyum pun kelat
nampak letih je

Alhamdullilah majlis selesai awal
makanan cukup 
ada baki makanan aku bagi-bagi kawan-kawan adik aku
luckily dorang ada tolong-tolong mengemas lepas majlis tu
lega yang amat
lepas majlis dah boleh rehat
majlis simple kecil camtu pun letih nya masih terasa
Apa pun syukur alhamdullilah 

Salam Sayang
Sulinda

Designed by UMIESUEstudio 2014