Disclaimer

:: Declaration of images are the intellectual or personal property, image usage is strictly prohibited without the written consent the blog owner, Failing which may result in possible legal action against the involved party using the image::

sebarang penggunaan gambar atau entry peribadi di dalam blog ini tanpa keizinan untuk tujuan peiklanan atau jualan adalah dilarang sama sekali

Tuesday, August 10, 2021

KENALI PERLINDUNGAN TAKAFUL ANDA


Hai Assalamualaikum readers



Ok saya nak share sikit

Kenali perlindungan takaful anda:

Takaful ada 2 jenis :

1) Takaful Am

2) Takaful keluarga

Pilihan produk dalam takaful Keluarga:

a) Takaful Asas - menyediakan manfaat pampasan jika kematian, hilang upaya kekal disebabkan penyakit atau kemalangan.

b) Takaful perubatan - perlindungan terhadap kos perubatan akibat penyakit atau kemalangan.

c) Takaful pendidikan: menyediakan manfaat perlindungan simpanan pendidikan contoh simpanan pendidikan yang menyediakan perlindungan jika ayah tiada dapat secara tiba-tiba dapat pampasan untuk meneruskan pendidikan.

Sebagai contoh :Simpanan pendidikan di SSPN ada perlindungan takaful untuk penjaga

(Ayah atau ibu)

d) Takaful kemalangan (Personal Accident/PA)

Menyediakan perlindungan dan dapat pampasan kematian atau hilang upaya kekal HANYA untuk KEMALANGAN sahaja.


e) Takaful pelaburan ( investment link) , Pelan yang menggabungkan elemen perlindungan + pelaburan.

Yang ni kena faham betul-betul yang takaful adalah untuk melindungi.

Pulangan pelaburan adalah tiada jaminan.

Yang dijamin adalah pampasan kematian/ hilang upaya kekal.


Pilihan produk dalam Takaful Am


a) Takaful untuk kediaman atau bangunan - melindungi kediaman/ bangunan dan isi rumah daripada kerugian akibat contoh banjir,kecurian dan kebakaran.


b) Takaful untuk kenderaan- menyediakan perlindungan pihak ketiga atau menyeluruh merangkumi perlindungan terhadap kerosakan kenderaan akibat kemalangan.


c) Takaful pembiayaan - menyediakan perlindungan terhadap pinjaman bank dengan tujuan untuk melangsaikan hutang jika penghutang meninggal atau hilang upaya kekal.contoh perlindungan pinjaman perumahan (MRTT)

d ) Takaful perubatan kelompok- menyediakan perlindungan pekerja dengan kos perubatan di hospital.

Untuk pengetahuan,financial adviser representative (FAR) boleh tawarkan perkhidmatan dan produk-produk di atas.

Whatsapp saya untuk maklumat lanjut.

Jemput ke IG / FB saya untuk maklumat kewangan yang menarik

Sulinda

Financial Adviser representative (FAR)

http://wa.me/60197296063

https://www.facebook.com/su.linda.9

https://www.instagram.com/sulinda_sulihan?r=nametag



No comments:

Post a Comment

Designed by UMIESUEstudio 2014