Disclaimer

:: Declaration of images are the intellectual or personal property, image usage is strictly prohibited without the written consent the blog owner, Failing which may result in possible legal action against the involved party using the image::

sebarang penggunaan gambar atau entry peribadi di dalam blog ini tanpa keizinan untuk tujuan peiklanan atau jualan adalah dilarang sama sekali

Friday, August 13, 2021

SEMBANG SANTAI "GUARANTEE LETTER"

Hai Assalamualaikum readers 




Kali ini saya nak kongsikan tentang sesi sembang santai malam tadi 

berkenaan Guarantee Letter untuk kemasukan ke wad menggunakan kemudahan Medical Card.

Dr Mohamad Aminul Faezi berkongsi pengalaman dan tugasnya menguruskan kemasukan pesakit ke hospital swasta.

Nak masuk hospital ada prosedur yang perlu di ikut.



Pelanggan perlu faham dan tahu kos-kos yang terlibat yang tidak termasuk di dalam manfaat kad perubatan.

Seperti deposit hospital , co- takaful , deductible , co- payment dan sebagainya.

Ada kes-kes tertentu yang memerlukan pelanggan pay and claim juga.

Oleh sebab itu jika ada kad perubatan yang anda dah ambil lama tu sila review semula sementara masih sihat walafiat.

Kadang ada yang had tahunan cuma 

RM 50,000 sahaja.

Berdasarkan perkongsian Dr Aminul, kos-kos seperti kanser memerlukan anggaran kos 

RM100,000-RM200,000.

Maka sila semak had tahunan kos kad perubatan anda ya.

Untuk yang sedang mencari-mencari kad perubatan, yang terbaik carilah yang 

had tahunan 1 juta ke atas.

InsyaAllah ada yang mampu milik.

Ini kerana kos-kos perubatan yang tinggi menyebabkan had kos rawatan kad perubatan anda tidak cukup untuk menanggung kos rawatan tersebut dan terpaksa menambah duit simpanan sendiri.

Sebagai info tambahan,so far syarikat takaful yang offer untuk cover kos rawatan covid di hospital swasta adalah Etiqa takaful, AIA public takaful dan PruBSN takaful.

Tapi semuanya pay and claim basis ya.

Thank you Farkam Kamarul Ariffin Hussin sebagai moderator yang membawakan topik yang menarik ni sebagai persediaan consultants di TSI untuk memberikan servis yang terbaik kepada pelanggan-pelanggan.

Sulinda

Approved Financial Adviser Rep.(FAR)

Whatsapp saya untuk konsultasi lanjut

http://wa.me/60197296063

https://www.facebook.com/su.linda.9

https://www.instagram.com/sulinda_sulihan?r=nametag

#ambiltahujangankeliru 

#TheSophisticatedInvestor

1 comment:

Designed by UMIESUEstudio 2014