Assalammualaikum w.b.t
Tiba-tiba terasa nak update proses pakai braces dah masuk setahun ni
Actually susah nak menjelaskan "sakit" nya pakai braces ni
Sebab Ia nya bergantung pada umur , kekuatan mental dan fizikal orang tu sendiri
Lagi muda lagi mudah kot pada aku
sebab rata-rata budak-budak muda cakap dorang tak sakit sangat
Ada orang ok je takde banyak hal ,tak sakit ..happy je
sedangkan ada orang lain yang tak sabar-sabar nak braces off ye
Ada pulak pakai braces selama 11 tahun lamanya
Pernah budak despatch aku kenal ni dia pakai braces
Pastu tup tup aku tengok dah braces off
aku tanye : Eh? dah bukak braces ke? Dia ckp " tanggalkan sendiri kak,pakai penyepit kuku"
Aku pun tak tanya lebih la kenapa...sebab tengah sibuk masa tu
Maybe ade beberapa faktor jugak budak tu bukak belum sampai due date dia..
like.. bulan-bulan nak bayar treatment gigi tu terasa berat pada dia
atau...maybe memang dia rasa tak bebas atau tak selesa pakai braces.
Dah hilang sabar mungkin
Kalau korang baca orang lain punya cerita mesti lain-lain pengalaman
mungkin ada yang cakap suffer ,ada yang cakap not bad atau just fine.
Aku punya progress ialah Just fine hehehe but sometimes suffering also hahaha
Semua bergantung pada mind set dan body kita
Lepas dah pakai braces tu fasa kena ulser tu jangan cakap lah...
nak makan pun macam nak menangis wa cakap sama lu..hahaha
kena pakai braces wax...kena letak bonjela...semua tu kena stand by dalam handbag
setiap kali treatment tu memang doktor ada siap-siapkan ubat tahan sakit
so far aku memang simpan je ubat tu
in case aku tak bleh handle sakit nya tu
tapi buat masa ni last aku makan ubat tahan sakit gigi tu masa 1st time pasang separator
sebelum pakai braces
masa tu memang fasa "menderita" bagi aku
separator tu bukan main-main sakit nya
kalau orang lain aku tak tahulah
Paling tak best setiap kali appoinment kena tightening braces la...kena pakai spring la
kalau setiap kali appoinment tu aku jadi resah
sebab nya seminggu aku susah nak makan
Doktor ketat kan getah braces tu buat rasa ketat sangat gigi tu
ini akan menyebabkan alignment gigi macam tak matching antara satu sama lain
macam korang nak gigit makanan tu...
terasa susah nak gigit sebab gigi atas dengan gigi bawah tak matching bila nak gigit makanan
Korang boleh bayangkan tak ?
Kalau tak boleh takpelah huhuhu
Tapi lepas seminggu dua insyaAllah ok
tak boleh layan sangat rasa " sakit" tu
bab makan aku belasah jela gigit guna gigi yang mana boleh gigit makanan
macam jagung tu memang taklah bagi aku
Mak mertua aku bawak Jagung manis dari Perlis
Dia tengok aku tak makan-makan jagung dia rebus tu
Dia hiris-hiris ko....Terharu ke idok ko rasa huhu
Sedap wehhh macam makan nasi je pakai sudu
Sepanjang proses ni jugak aku jadi kurus
Masa awal-awal tu memang struggle nak makan
aku hilang selera makan
makan tu macam tak "feel" macam sebelum pakai braces
Pastu nak senyum macam susah sangat bagi aku
Pipi aku dah jadi kempis pulak
Orang yang aku kenal semua cakap Aku kurus sangat-sangat
macam kesian kat aku je
aku pulak rasa kesian kat diri sendiri
Padahal lepas-lepas tu bila gigi ok
Aku melantak aje
Betul kot orang cakap pakai braces boleh kurus
Tapi itu bukan tujuan aku
Aku pakai sebab nak gigi yang sihat
gigi aku ada ruang tempat gigi yang aku cabut dulu-dulu
pastu gigi aku goyang dan berjarak lepas proses scaling
jadi atas sebab-sebab itulah aku kuatkn semangat
kalau ikut hati atau ada pilihan lain aku tak nak buat braces ni
dia punya "journey" menduga kesabaran jugak
Pastu kalau kena langgar dengan anak-anak tu biasa...
rasa nak mengamok jugak sakit nya huhu
Tapi lama-lama ok boleh belajar mengelak huhu
macam elak kungfu gitewww
Kadang tu gigi ok tapi dia tangkap kat kepala aku ni
ape lagi migrain lahhh
doktor cakap kalau orang ada migrain memang camtu
aku tak tahu lah sama ada related tak pakai braces ni dengan kepala dengan urat-urat tengkuk ni
huhuhu
sakit urat leher ngan tengkuk jugak kadang
sebab tu aku tiap 2 atau 3 bulan berurut
korang yang pakai braces camne?
Ke badan aku yang lembik sangat huhuhu
Selain dari itu kebersihan braces mesti diutamakan
at least lepas lunch mesti kena cuci gigi atau sekurang-kurangnya berkumur-kumur
atau pun stand by berus ortondontik kecik dalam handbag manalah tahu bila makan ada sisa melekat kat gigi kita
masa awal-awal tu malas giler aku nak ambil kisah
lepas 6 bulan kena scaling gigi doktor aku dah bising
lepas scaling tu lah aku mula jaga kebersihan gigi
sampai sekarang aku maintain je disiplin jaga.
Tadi aku balik dari appointment braces
doktor cakap kalau next appointment gigi atas tak boleh match gigi bawah
gigi bawah kena cabut
berbraces memang macam tu
kadang ada orang beruntung tak perlu cabut gigi dia
ada yang awal-awal doktor dah nasihat cabut
macam aku gigi atas 1 aku cabut dulu sebab gigi berlubang teruk
dah sakit sangat aku redho jela masa tu
lepas treatment tadi tu aku balik drive thru Mcd beli bubur dengan aiskrim
aku dah bagitahu kan lepas appointment memang susah sikit nak makan
bergantung pada orang jugak
sekali tu baru makan aiskrim aku rasa macam ada benda tertanggal
getah gigi bawah tertanggal
terus aku patah balik pergi klinik tadi
tapi klinik tu memang ramai
kerana nak pasang balik aku nya getah 1 ni aku kena menunggu jugak
stress jugak pasal aku dah tunggu lama sebelum turn aku
pastu kena menunggu lagi
aku terjah je bilik doktor mintak tolong pasal aku kena masuk kerja balik lepas tu
doktor kata tunggu 5 minit
nasib baiklah
lepas tu berdesup la aku drive ke office balik
Perkara-perkara macam dawai terkeluar dari bracket atau getah tanggal tu perkara biasa
pernah bracket gigi aku tertanggal
yang ni doktor siap pesan "Puan tolong makan yang lembut-lembut dulu ye buat masa ni ..."
lembut tapi tegas bunyinya hahaha
Ok paham doktor paham...(^_^)
Baiklah buat masa ni itu saja lah cerita nya
tak sabaarrrr nak tunggu result braces off
maybe tahun depan kot
sebab gigi aku dah tua kan
jadi progress nya mungkin lambat sikit
Ok see you again (^_^)
Salam Sayang
Sulinda
No comments:
Post a Comment