Disclaimer

:: Declaration of images are the intellectual or personal property, image usage is strictly prohibited without the written consent the blog owner, Failing which may result in possible legal action against the involved party using the image::

sebarang penggunaan gambar atau entry peribadi di dalam blog ini tanpa keizinan untuk tujuan peiklanan atau jualan adalah dilarang sama sekali

Monday, December 11, 2017

2017 STORIES

Assalammualaikum w.b.t.


Rasanya entry kali ni akan agak panjang jugak lah
pasal nak menghimpunkan "Throwback tahun 2017" kan 
Sedar tak sedar dah nak masuk tahun baru 2018 kan ?
tahun ni walaupun terasa sekejap tapi banyak yang berlaku
Saja nak throwback peristiwa tahun ni
yang boleh share aku share
yang personal matter aku simpan dalam diari sudah lah hehehe
  • Masa awal tahun tu aku masuk hospital sebab sakit kepala teruk akibat sinus.Aku dari zaman belajar memang mudah kena sakit kepala.masa aku kena admitted ni.Doktor dah scan dah check darah semua ok je.Tapi sakit yang aku tanggung tu memang buat aku rasa tak happy. Pasal menghad kan apa yang aku nak buat.Contohnya macam aku tak boleh buat kerja lebih atau tak boleh tak cukup tidur.Tak bleh minum kopi ke..Cahaya terlalu terang ke.Mudah je nak tangkap kat kepala aku ni.Doktor yang rawat aku tu cakap kerana sinus . Sinus aku ni bukan macam kat hidung tapi lebih kepada radang kat area dahi tu. Aku pasrah.Sehingga sekarang rawatan alternatif yang aku buat adalah berurut dan buat rawatan akupuntur.Selain dari itu aku cuba jaga solat selain cuba buat solat-solat sunat.Aku kena pantau power cermin mata aku jugak.Dalam beberapa bulan lepas rawatan pertama aku buat akupuntur tu alhamdulilah aku rasa sihat kuranglah kena sakit kepala.Happy sangat so aku nak pergi berjalan pun best je sebab sakit kepala tak mudah kena.Nak kemas rumah buat kerja lebih sikit pun masih ok lagi tak mudah sakit kepala.pastu dalam 5 bulan sakit lagi aku buat lagi rawatan akupuntur ok balik..
  • Kejadian kereta aku kena sondol dengan forklift driver kat tempat kerja , dekat 10k jugaklah bikin kat Mazda . kereta baru lak tu nasib baik boss bangla tu nak tanggung kerugian dengan bayar cash masa tu sebelum cuti raya cina.
  •  Bulan February Medina admitted sebab batuk teruk akibat jangkitan paru-paru.Masa ni waktu magrib medina batuk teruk sampai susah nak nafas aku sendiri bawa dia ke ER regency hospital.Suami aku balik lewat masa ni.Risau betul. Nak baca boleh klik link ni  http://sulindasulihan.blogspot.my/2017/08/anak-ohanak.html
     
  • Join kawan-kawan berniaga kat Pesta Layang-layang Pasir Gudang .Aku jual Pre-love baju Marissa dan Medina dan minyak wangi Sugarbelle.Just untuk tambah pengalaman saja sebenanrnya.Penat tu jangan cakap lah.Tapi alhamdullilah kawan-kawan happening Huhu
  • Marissa berjangkit kutu dari kawan-kawan .Sudah nya kami potong rambut elsa kesayangan dia . buat rawatan rambut dan pakaikan ubat kutu.Alhamdullilah settled
  • Bulan April kami bercuti ke Sand & Sandals Desaru Beach Resort.Aku malas nak buat entry masa ni huhu.Tapi kalau rajin aku story
  • Bulan April jugak Arwah kak leha meninggal dunia.Which is sangat memberi kesan pada diri aku ,dalam hidup aku juga.Banyak perkara berlaku  untuk cari pengasuh Marissa dan Medina. Pernah terdetik juga kat hati aku sampai bila agaknya kak leha boleh jaga anak-anak aku.Anak-anak aku kak leha jaga dorang ok.Marissa dari 2 bulan kak leha jaga sampai lah masuk 4 tahun lebih.Lepas tu hantar rumah pengasuh berdekatan rumah kak leha.Aku anggap je anak aku maybe tak serasi.Akak tu ok..kadang memang camtu,anak kita serasi dengan orang ni tapi anak orang lain tak serasi pulak,biasa lah  hati mak2 ni.Lepas medina discharge hospital.Mak aku jaga sekejap sebab nak bagi perhatian lebih-lebih lagi ubat2 medina.Tapi akk pengasuh tu tak berapa sabar nampak nya.Baru tak datang hantar berapa hari dia dah macam-macam perkara berbangkit.Aku pun terpaksa redho hantar medina rumah ibu walaupun agak jauh tapi yang penting anak-anak aku sihat dan happy.Aku rasa ada hikmah jugak disebalik semua yang berlaku.Allah nak mudahkan urusan aku mungkin.Allah tahu yang terbaik untuk kami. Nak baca boleh klik link ni   http://sulindasulihan.blogspot.my/2017/05/al-fatihah.html

  • Hari Raya medina demam panas dan batuk teruk,muntah-muntah.Marissa pun batuk-batuk jugak.Masing-masing kena amek nebulizer.Medina muntah lendir setiap kali minum susu.muntah macam air paip.Aku ingat lagi masa orang pergi beraya ,kami duduk je rumah mak sebab medina demam panas dan batuk-batuk muntah.  Nak baca boleh klik link ni   http://sulindasulihan.blogspot.my/2017/07/hari-raya-aidilfitri-2017.html
  • Open house during Hari Raya.Aku memang suka buat open house kalau aku rajin.Tapi jemput-jemput kenalan rapat ,jiran-jiran,kawan sekerja dan keluarga dekat sahaja.
  • Medina admitted kerana cirit birit dan muntah-muntah bulan 8 sebab virus doktor cakap.5 hari jugak kat hospital.Malam medina admitted marissa muntah-muntah jugak.Tapi doktor dah check bukan rota virus.2 hari marissa lembik akibat muntah-muntah.Dia recover sendiri.Tahun ni agak mencabar bagi medina asyik tak sihat je kena admit.Tapi lepas mak aku jaga medina.mak aku cakap lidah medina ada kerak susu.Kami agak maybe itu punca dia mudah sakit.mudah batuk-batuk,mudah jangkitan kuman,sebab lidah dia kotor dengan kerak susu.Lepas mak aku bersihkan lidah dia,ye memang sakit lah bagi medina,tapi kena buat jugak..alhamdullilah dalam beberapa bulan dia tak mudah jatuh sakit.Tapi kami masih lagi dalam keadaan berjaga-jaga sebab medina kalau demam panas tinggi kalau sekali kena.  Nak baca boleh klik link ni                                             http://sulindasulihan.blogspot.my/2017/02/anak-oh-anak.html
  • Bulan 9 adik-adik aku 2 orang bersalin anak perempuan

Tahun ni macam ter rajin pulak aku update blog kan
Harap-harap  tahun depan pun rajin jugak la ye
Dalam banyak-banyak perkara yang menjadi harapan aku untuk akan datang
Yang paling  utama bagi aku adalah kesihatan yang baik
Aku mohon sihat dari Allah yang maha kuasa
Banyak impian ,rancangan dan harapan yang perlu aku laksanakan sebagai seorang Hamba Allah, Isteri,anak dan sebagai seorang Ummi .

Aamin Ya Rabbal Alamin

Salam Sayang
Sulinda




No comments:

Post a Comment

Designed by UMIESUEstudio 2014