Disclaimer

:: Declaration of images are the intellectual or personal property, image usage is strictly prohibited without the written consent the blog owner, Failing which may result in possible legal action against the involved party using the image::

sebarang penggunaan gambar atau entry peribadi di dalam blog ini tanpa keizinan untuk tujuan peiklanan atau jualan adalah dilarang sama sekali

Thursday, October 30, 2014

Bilik anak perempuan

Entry  saya kali ini saya nak cerita tentang dekorasi bilik anak perempuan
Kami memilih tema yang simple dan universal.
Takde kartun atau bunga-bunga sangatla.
Jadi bila anak dara dah membesar senang la tak perlu tukar-tukar tema bilik
pilihan warna yang kami nak sesuai kan dengan tema ialah baby pink dan putih
konon-kononnya nak buat ala english style
Hubby saya paling semangat mengecat dan mendekorasikan bilik marissa
kebetulan pula adik saya akan berkahwin dan majlisnya dirumah saya.
bolehla bilik itu digunakan untuk pengantin hehe
drawer wardrobe tu dari Ikea.Tapi hubby saya cakap kualiti drawer tu tak berapa ok.
so nanti kami akan cari almari lain yang tema english yang penting putih.
Katil pula kami beli semasa home fair kat Persada awal April hari tu
Katil kami beli  dari Country Living.Saya suka sangat katil warna putih tu
Sebenarnya dekorasi bilik ni belum siap sepenuhnya.Tilam pun belum sampai lagi
Masih banyak yang perlu difikirkan untuk dekorasi.
Apa yang kami perlu berhati-hati ialah tentang bajet untuk dekorasi.Sebab itu projek dekorasi ini akan dibuat sedikit demi sedikit dan berperingkat.InsyaAllah lama-lama nanti siap la yer projek dekorasi rumah impian kami ni.
Ada lagi 3 bilik termasuk Master bedroom untuk di ubahsuai kan menjadi bilik yang selesa dan simple.
Nanti saya akan kongsikan serba sedikit
Ala dekorasi orang kampungan je…hehe
Ok…jumpa lagi di entry akan datang


Salam mesra :Sulinda

No comments:

Post a Comment

Designed by UMIESUEstudio 2014