Teks: Sulinda Sulihan
Assalamualaikum…
Hari ini punya cerita takde la best sangat.Tapi saya Cuma nak
kongsikan sikit tentang majlis perkahwinan adik saya yang berlangsung pada
03/May/2014 hari sabtu lepas.
Tak banyak pun nak diceritakan.Cuma yang saya rasa bangga
dan bersyukur sangat sebab majlis jamuan sempena pernikahan adik saya diadakan
dirumah saya dan suami sendiri.Disamping itu jugak kami ada menjemput imam dan Jemaah
masjid untuk bacaan doa kesyukuran dan selamat.
Majlis ini memang sangat sederhana,malah jemputan Cuma 300
orang sahaja terdiri daripada keluarga,saudara mara,jiran-jiran dan kenalan
dekat.Minta maaf pada yang tak dijemput kerana resepsi di tempat lelaki akan
kami jemput insya Allah…kami akan campurkan jemputan lelaki dan pihak
perempuan.Majlis nya akan diadakan di KL.Kami memang berhasrat untuk mengadakan majlis yang serba
sederhana sahaja bagi mendahulukan yang wajib dahulu.Masa perkahwinan saya
sendiri dan adik saya wani memang ramai jemputan kami..Jadi kali ni kami buat
secara sederhana sahaja memandangkan kami akan combine jemputan pihak lelaki
dan perempuan masa majlis resepsi nanti.
Sejujurnya saya rasa sangat gembira dan bersyukur dengan pengurusan
majlis ini yang meriah dengan kehadiran saudara mara jauh dan dekat
malah majlis berjalan dengan sangat santai dan kami tak terasa kepenatan kerana
kami sekeluarga saling bantu membantu .Terima
Kasih…syukur pada Allah kerana memudahkan majlis yang serba sederhana dan
banyak kekurangan ini.Semoga kami semua dapat barakah daripada Nya.Amin.
No comments:
Post a Comment