Disclaimer

:: Declaration of images are the intellectual or personal property, image usage is strictly prohibited without the written consent the blog owner, Failing which may result in possible legal action against the involved party using the image::

sebarang penggunaan gambar atau entry peribadi di dalam blog ini tanpa keizinan untuk tujuan peiklanan atau jualan adalah dilarang sama sekali

Wednesday, February 7, 2018

TAKAFUL IKHLAS MEDICAL CARD

Antara penyebab penyakit senang hinggap pada badan manusia adalah gaya hidup yang tidak aktif. Cara hidup yang menggunakan segala macam alat elektronik dan gajet memang nampak canggih, tetapi kesan daripada kecanggihan itu agak buruk. Apabila peralatan semakin canggih, manusia semakin kurang bergerak dan menjadi malas. Tabiat buruk ini menyebabkan banyak penyakit berbahaya yang dulunya jarang-jarang kedengaran semakin menjadi kebiasaan. Antara penyakit yang sudah sinonim dengan orang Malaysia adalah penyakit 3 serangkai paling popular iaitu kencing manis, darah tinggi dan lemah jantung.

Risiko Ada Di Mana-Mana Sedar Mahupun Tidak

Selain itu, dengan bilangan kenderaan yang semakin hari semakin meningkat di atas jalan raya, semakin tinggilah risiko untuk kita terlibat dalam kemalangan. Walaupun kita sudah berusaha bersungguh-sungguh untuk memandu kereta dengan berhemah, sikap berhati-hati ini tidak dapat menjamin keselamatan kita di atas jalan raya yang dikongsi dengan orang ramai. Mungkin di saat kita berwaspada, ada pemandu lain yang mementing diri sendiri sehingga meletakkan kita dalam bahaya.
menjadi masalah besar apabila kita mula mendapat masalah kesihatan adalah kos rawatan yang sangat tinggi. Apabila masalah ini mula timbul, tiada apa-apa lagi yang boleh kita lakukan. Jadi, baiklah kita mulakan persiapan dari sekarang ketika masih sihat dengan menjadi pemegang Medical Card.

MEDIPLAN, Harga Medical Card Terbaik Yang Sangat Berpatutan

Kad IKHLASlink  MEDIPLAN merupakan produk istimewa dari Takaful Ikhlas. Mediplan adalah sebuah pelan yang menawarkan medical card untuk membantu meringankan beban kewangan semua ahlinya.
Harga Medical Card Terkini Takaful Ikhlas
IKHLASlink MEDIPLAN Secure Takaful Rider adalah rider kemasukan hospital dan pembedahan (hospitalisation & surgical) yang boleh dipakejkan dengan pelan takaful sedia ada yang mana sumbangan takaful adalah berkala. Kad MEDIPLAN yang istimewa ini membolehkan pemegang kad mendapat perlindungan yang lengkap untuk rawatan perubatan tanpa had tahunan. Yang paling best, ia diberikan dengan harga permulaan dan bulanan yang cukup murah dan pastinya mampu dibayar oleh semua orang.
Untuk pelan kesihatan MEDIPLAN, Takaful Ikhlas memang memfokuskan pelan perlindungan kesihatan yang mampu milik supaya semua lapisan masyarakat akan mendapat perlindungan yang sewajarnya pada waktu-waktu yang diperlukan. Walaupun dibayar dengan harga rendah, peserta MEDIPLAN TAKAFUL IKHLAS tetap akan mendapat keistimewaan dan kelebihan yang banyak setaraf dengan medical card lain yang lebih mahal. Barulah berbaloi pembayaran setiap bulan.

5 Sebab Untuk Anda Memiliki Kad MEDIPLAN Hari Ini !

Sebab Harga Medical Card Terkini Murah
Jom kita tengok kelebihan-kelebihan yang akan didapati oleh pemegang medical card MEDIPLAN.
  1.  Manfaat kemasukan ke hospital dan penjagaan pembedahan
  2.  Manfaat kematian atau TPD
  3.  Perlindungan untuk 36 jenis penyakit kritikal
  4.  Pengecualian sumbangan
  5.  Perlindungan sehingga berumur 100 tahun
5 manfaat inilah alasan tepat kenapa MEDIPLAN adalah pilihan medical card terbaik. Dengan hanya RM150 sebulan, kita akan dilindungi daripada segi rawatan dan penjagaan kesihatan dan pada masa yang sama mendapat banyak kelebihan lain.

Keistimewaan MEDIPLAN Pada Harga Medical Card Hanya Dari RM150/Sebulan

Keistimewaan Harga Medical Card Terkini
Terdapat banyak kelebihan MEDIPLAN untuk semua peserta. Antaranya adalah:
  • HAD Seumur Hidup yang TINGGI iaitu RM850,000
  • TIADA HAD TAHUNAN keseluruhan
  • TIADA HAD TAHUNAN bagi rawatan pesakit luar DIALISIS
  • TIADA HAD TAHUNAN bagi rawatan pesakit luar KANSER
  • 10% KENAIKAN Had Bilik jika tiada tuntutan selama 3 tahun
  • TEMPOH Matang sehingga 100 tahun
  • KADAR Sumbangan caruman yang mampu bayar
Semua kelebihan di atas jarang-jarang ada dalam pelan medical card yang lain. Inilah sebab kenapa MEDIPLAN menjadi pelan terbaik untuk perlindungan kesihatan kita. Yang penting, MEDIPLAN adalah pelan perlindungan kesihatan yang sangat berbaloi dengan harganya.
Hubungi sekarang, untuk mendapatkan penerangan dan perundingan percuma bagaimana MEDIPLAN boleh membantu anda menyelesaikan masalah kos rawatan di hospital.  Perunding Takaful Ikhlas Sulinda Sulihan  sentiasa bersedia untuk membantu anda
Whatsapp : 019-7296063 untuk konsultasi


Monday, February 5, 2018

ESSENTIAL OIL YOUNG LIVING




Assalammualaikum w.b.t.

Ada yang tertunggu-tunggu update entry dari aku tak ? hehe
terperasan pulakkk hehehe
Dah masuk bulan 2 dah kan
terasa masa terlalu cepat berlalu
tahun ni aku banyak plan sebenarnya
apa plan aku nanti aku share lah eh...
masih awal lagi untuk dikongsi kan hehe

Hari ni hari isnin
kepala tengah sakit sikit dengan perut rasa tak berapa selesa
senang cakap lah aku lapor sebenarnya hehehe
nak tunggu jam berdetik waktu breakfast so aku mengarang dulu

Saja nak update dah sebulan aku jadi pengguna esssential oil young living
bulan 1 tu marissa n medina batuk-batuk teruk dengan selsema
nasib baik medina tak sampai demam macam sebelum ni
aku duk sapu-sapu lemon dengan RC kat dada n belakang medina
keluar hingus lendir putih dari hidung dia
pastu dia mudah nak muntah kan lendir bila dia batuk
macam sebelum ni dia punya hingus kuning pekat likat
pastu dia tak pandai nak keluarkan kahak dia bila batuk

Tapi kali ni aku memang ikhtiar untuk guna EO ni sebelum ikhtiar bawak pergi klinik
dari bulan 1 sampai masuk bulan 2 marissa n medina on off batuk selsema
Tapi dorang aktif je aku tengok
kalau tak kadang sampai lembik ,demam pulak tu
kadang kadang silap makan yang gatal tekak macam keropok memang menjadi-jadi batuk dorang tu
So hari tu aku terfikir nak bawak dorang pergi klinik lah..
risau pulak kan
tak nak lah feeling2 doktor kan
lepas balik kerja terus bawak anak-anak pergi klinik
sementara tunggu turn tu marissa n medina tak reti diam..
ke sana sini berlari
masuk bilik doktor
doktor check dorang pastu aku tanya doc kena neb tak doktor
doktor cakap tak perlu sebab lung dorang clear
just batok n selsema biasa je
marissa just ada bengkak tonsil sebab kerap batuk n muntah
nanti aku nak sapu copaiba kat area leher marissa
ini 1st time medina tak perlu amek nebulizer
ye 1st time
legaaa rasa masa tu
so aku akan teruskan guna EO ni sebagai rawatan alternatif sebelum bagi anak-anak ubat doktor
tapi sebagai langkah berjaga-jaga aku kena jugak refer doktor
tak boleh lah nak hentam jek kan


EO ada macam-macam jenis 
aku beli Premium set ni memang basic lengkap
harga lagi murah kalau beli satu-satu EO walaupun korang rasa macam mahal tapi aku rasa berbaloi
bila beli premium set ni automatik korang akan jadi member
so bila jadi member harga member sangat murahlah compare harga non member
berbaloi la bila korang rasa nak restok EO tu dah dapat harga member
ritu medina selsema dah rasa badan dia macam nak dedor (demam)
so aku sapu peppermint,lemon,RC
sapu thieves kat tapak kaki dia
alhamdullilah tak jadi demam
so far marissa n medina enjoy sapu EO dari kena makan ubat
kalau bagi makan ubat memang susah budak dua ni
meraung-raung macam kena dera pun ada.
bila start pakai EO ni lepas mandi nak sapu dorang tadah je mintak sapu

anak-anak lepas mandi je aku sapu RC kat dada
diffused tu memang kalau kat rumah aku buat sentiasa
4 jam diffuse EO lavender,thieves,purification 
ikut mood aku lah kan
so far aku puas hati 
cuma nak restok EO ni kena melabur duit n menabung lebih sikit lah
huhuhu
tapi aku fikir kalau anak-anak aku asyik pergi klinik kena neb,kena makan ubat tu aku risau jugak
kalau terpaksa dah tak boleh cakap apa lah kan
tapi since EO ni serasi dengan anak anak aku 
aku akan cuba teruskan ikhtiar cara camni
sampai dorang dah tak bergantung pada nebulizer
baru aku rasa lega sangat
oklah sampai situ dulu eh
nanti bebel lagi (^_^)

Salam Sayang
Sulinda




PENGALAMAN PERTAMA GUNA ESSENTIOL OIL YOUNG LIVING

Assalammualaikum w.b.t


Dah dekat seminggu aku guna eo young living ni
bila member tanya berapa aku beli barang ni 
masing-masing buat muka hahaha
pastu sambil cakap yela ko mampu boleh lah..
bukan senang sebenarnya nak beli something mahal-mahal kalau takde sebab munasabah
baik aku beli handbag coach kalau takde apa-apa sebab

Aku dah tak larat dah tengok anak-anak aku batuk-batuk kena amek nebulizer tiap kali
last ritu sebelum aku betul-betul ambil keputusan nak beli eo ni 
masa tu marissa mengadu sakit perut ,pastu doktor check cakap perut ok jek
tapi dia ada asthma
pegi klinik balik-balik ubat jugak
memang lah kalau fikir-fikir beli eo ni dah tak perlu ke nak jumpa doktor kalau sakit
tak..bukan camtu..
at least sebelum kena jumpa doktor tu aku boleh cuba rawatan natural sebagai alternatif 
sebab yang aku faham eo ni bahan 100% natural 
yang dari aku faham jugak eo ni kalau tahu fungsi dan cara guna
macam-macam penyakit boleh dirawat
kembung perut,asthma,batuk-batuk,sinus atau migrain ,stress,gastrik
macam-macam penyakit lah boleh dapat kan penawar dengan menggunakan produk natural ni.
Kena cuba dulu baru tahu keberkesanan produk ni
bagi aku masa untuk gunakan produk ni
dengar kata doktor pun ramai gunakan eo ni
Dengan aku pun kadang selalu sakit migrain,sakit belakang,sinus,bisa-bisa badan
So ikhtiar aku tahun ni aku nak keluarga aku kurang pergi klinik dan sihat wallafiat hendaknya
dan aku berdoa supaya anak-anak aku tak perlu amek neb lagi setiap kali kalau tak teruk sangat
Sakit sikit-sikit tu biasa lah tapi tak nak sampai melarat sangat
Azam tahun lepas aku tak nak masuk wad hospital
Tahun ni sama jugak insyaAllah aku cuba amalkan gaya hidup sihat

Lepas aku dapat eo ritu hari cuti lepas mandikan anak sulung aku marissa
aku sapu RC + Lavender kat dada dan belakang dia 
Kami pergi jalan-jalan Jusco
Sampai kat 1 butik tu dia batuk-batuk termuntah lendir kat situ 
banyak jugak lah
tapi bagus lah dari simpan kan
pastu selalu kalau jalan-jalan marissa jarang nak  nap jap
nak maiiinnnn je non stop
walaupun dia dah letih sangat
tapi marissa boleh berebut stroller dengan adik dia medina
baring layan mata dan tidur
dalam 1 jam lebih kot dia tidur
lepas marissa bangun tidur dia nampak segar
masa tu dalam pukul 1.30 petang
medina pun tidur jugak masa tu papa dia dukung
kesian tengok suami aku dukung medina
aku pun beli lagi 1 stroller untuk medina
kami balik rumah dalam pukul 7 lebih malam
lepas marissa makan
pukul 8 aku bersih kan badan dengan air suam
aku diffuse RC+Lavender lagi
Aku ajak  marissa tidur
kena paksa sebenarnya huhu sebab nya esok nak sekolah
dalam terpaksa pun tapi alhamdulilah dia boleh tidur tanpa menangis
muka ada nampak tenang masa nak tidur tu
Sebenarnya aku masih tak pasti adakah asbab dari diffuse eo Lavender tu huhuhu
Tapi eo Lavender memang antara kebaikan nya memudahkan tidur lena bagus jugak untuk orang yang ada imsonia
Marissa ni dia kadang tengah-tengah tidur dia boleh bangun nangis
macam takut kan apa pun tak pasti lah
aku selalu buka surah Al-Baqarah tiap-tiap malam sebab risaukan marissa ni.
so since dah ada eo lavender ni aku diffuse nampak dia selesa dan tenang waktu nak tidur
ummi suka ummi suka hehehe
Nanti aku update lagi eh


Salam Sayang
Sulinda







Designed by UMIESUEstudio 2014