Disclaimer

:: Declaration of images are the intellectual or personal property, image usage is strictly prohibited without the written consent the blog owner, Failing which may result in possible legal action against the involved party using the image::

sebarang penggunaan gambar atau entry peribadi di dalam blog ini tanpa keizinan untuk tujuan peiklanan atau jualan adalah dilarang sama sekali

Tuesday, December 26, 2017

Annual dinner 2017 - Rockstar Theme

Assalammualaikum 

Dah habis cuti 3 hari 
Hari tu annual dinner tempat kerja aku setelah 2 tahun aku tak dapat hadir 
tahun ni aku teringin pulak nak pergi
memandangkan dekat dengan rumah aku
untuk tahun ni aku teringin sangat nak make up cantik-cantik
tahun-tahun sebelum ni aku make up sendiri je simple-simple
semua nya dalam last minit 
beli baju dinner,tempah contact lens,booking MUA
MUA (make up artist)
nak pilih MUA pun aku agak cerewet jugak
aku risau jadi macam make up masa aku kawen 5 tahun lepas
tebal,capok dengan kening kena cantas
masa tu make up bridal still macam orang dulu-dulu
tak macam make up sekarang
mostly orang sekarang suka ambil personal MUA even untuk majlis kahwin
so aku fikir boleh ke muka aku nampak cantik ni..
lega sangat saat akhir dapat MUA yaya saby
muda lagi rupanya dari aku
awal-awal tu aku macam risau jugak
tapi tadah jela...
lepas dah siap tu baru la aku lega sikit
Tengok la gambar kat bawah ni
dari muka makcik-makcik transformasi macam kat bawah ni huhuhu


Masa aku pergi hotel untuk dinner
nak cari ballroom nak register takde orang kenal aku
langsung takde
bila dorang dengar suara dan tengok gigi besi aku baru lah dorang tahu
so aku rasa macam aku pakai topeng masa tu hahahaha
jenuh aku nak kenal kan diri aku
dahla tema rock lagu brutal kapak nak cakap pun susah
kuat sangat nak cakap susah nak dengar
orang cakap pun aku tak faham


Mungkin style aku macam rock muslimah giteeewww hehehe
boleh lah kan..
malam sebelum tu aku mintak suami aku pakai kan inai kat kuku
nak nampak brutal kononnya
cari inai hitam tak tahu nak cari mana

Contact Lens
Contact lens aku beli yang daily punya ada 30 pasang
free 5 pasang 
harga RM 240 expired 2020 pakai buang 
so kalau ada event aku boleh lah pakai kan
sebab aku tak biasa pakai lens untuk harian
awalnya aku memang nak make up dengan pakai cermin mata
sebab nya aku teringat masa aku kahwin 5 tahun lepas aku pakai contact lens tak terang
lepas tu migrain ,last-last sebelum bersanding aku bukak contact len tu
lega rasa 
memang tak nampak orang masa tu tapi sekurang-kurangnya kepala aku tak sakit
4 hari sebelum dinner tu aku pergi kedai cermin mata baru dekat dengan rumah
Dia punya konsultasi dari aku datang bukan nak beli nak tanya harga je
tapi aku jadi terus nak beli huhu
konsultasi dia meyakin kan huhu
dia kata aku boleh pakai 98 % nampak jelas cuma mata aku silau tinggi tak boleh pakai contact lens berwarna
so aku pun beli lah
3 hari siap ok ..puas hati huhu





Tengok member rock ke idok hehehe


Malam tu aku membawa balik duit sempena dapat tempat kedua cipta 5s Slogan
Dann...dapat Lucky draw TV 32 inci lucky draw tempat ke 8 bernilai RM700
kalau ikutkan setiap kali aku pergi annual dinner aku mesti dapat lucky draw
last time dah dapat Samsung Tab , penah dapat HP lenovo 
sebelum-sebelum tu tak ingat dapat apa
Kawan aku cakap lain kali dinner aku tak yah datang hahaha
pada aku percaya pada rezeki
Allah nak bagi
menakjubkan jugak setiap kali dinner aku dapat cabutan bertuah



Ok la lagi berapa hari je dah nak tahun baru
See you then..(^_^)


Salam Sayang
Sulinda


No comments:

Post a Comment

Designed by UMIESUEstudio 2014