Disclaimer

:: Declaration of images are the intellectual or personal property, image usage is strictly prohibited without the written consent the blog owner, Failing which may result in possible legal action against the involved party using the image::

sebarang penggunaan gambar atau entry peribadi di dalam blog ini tanpa keizinan untuk tujuan peiklanan atau jualan adalah dilarang sama sekali

Thursday, October 30, 2014

SHORT GETAWAY TO AVILION PORT DICKSON

Assalammualaikum,

Rasa macam dah lama tak update blog.bersawang sudah blog ni.
Ok lah..kali ni saja nak update cerita percutian singkat masa cuti deepavali ritu.
Plan asal nya nak pergi Pulau perhentian.
Tapi terpaksa di batalkan atas sebab-sebab faktor cuaca tak menentu.
Disebabkan masa raya haji kami dah pulang ke Perlis.
Cuti panjang deepavali kami plan untuk bercuti.
Nak cerita tentang percutian ni.
Memang banyak tempat yang kami servey untuk kepuasan sendiri.
fokus utama kami ialah aktiviti apa nak buat.
Kami bertolak pada hari Khamis.sebab hubby masih kerja pada pagi tu.
Check in pukul 3 petang.
Sepanjang perjalanan tu rasa macam tak sabar nya nak bersantai-santai bawa marissa enjoy percutian ni.
Alhamdullilah...sepanjang perjalanan selama 3 jam tu lepas marissa makan,minum susu dia tidur sampailah dah nak masuk Port Dickson.
Agak dalam 2 jam jugak lah di tidur.
Bangun-bangun je..muka memang fresh gitu..keseronokan nak bercuti dah bermula.
Ni kira 1st holiday trip bagi marissa.sebab kami bercuti 3 hari 2 malam.
selalu nya kami cuma stay 2 hari 1 malam sahaja di hotel.tu pun selalu kami stay sebab
perjalanan dari perlis ke JB sangat panjang.So kami akan singgah di KL atau Melaka untuk 1 malam.
Jalan-jalan dulu,esok nya lepas check out kami pulang ke Johor.
Baiklah,berbalik dari nak bercerita pengalaman bercuti di AVILION Port Dickson ni.
Sampai-sampai check in dulu.
Marissa tengok swimming pool dah nampak excited muka dia...
Tapi sabar dulu..kita tengok bilik dulu.
Marissa & Hubby memang sama.sampai-sampai...check & servey semua ruang dalam bilik tu.
Tempat yang marissa paling  tak sabar bila tengok ialah bath tub.
Awal-awal sampai terus berkubang kat dalam bath tab dan mandi shower.
Seronok melayankan karenah si kecil yang baru nak faham keseronokan bercuti =)
Hari pertama memang tak banyak aktiviti la.pasal check in pun dah petang.
Malam pertama sampai kami dinner kat hotel jugak.Dah malas nak keluar cari makan.
Boleh tahan jugakla harga buffet per person RM80 ++ gitu gini + tax sorang cas RM100+
Kanak-kanak bawah 2 tahun FOC.
Aktiviti hari kedua bermula lepas subuh tu kami nikmati angin pagi di balkoni & beranda ada tilam.
Pukul 7.30 am kami dah bersiap untuk sarapan pagi dan siap-siap bawa pakaian mandi.
Awalnya?ye..kami memang selalu begitu tiap kali hari cuti.even Sabtu & Ahad.
Ambil masa untuk sarapan dulu..pukul 8.30 am badan sudah panas moh ler kita terjun mandi.
Ok swimming pool Avilion ni memang puas hati besar nya..ada 3 kolam untuk 1 untuk budak-budak, 1 kolam sederhana & 1 lagi  kolam untuk orang dewasa sahaja.

Puas mandi manda,Kami singgah ke Animal farm.kecil je tempat nya.
Boleh la tunjuk marissa peacock,bird,ayam,arnab & sebagainya.
Kemudian kami balik bilik bersihkan diri berehat.Tidur dulu.
Boleh tahan jugak lah masing-masing anak,bapak nya tidur lena hampir 2 jam.
kepenatan sangat lah kan..ummi nya je tak tidur pasal memang jarang nak tidur siang hari.
Pukul 3 ptg kami bersiap untuk keluar makan.Perut pun dah laparkan,Siap sekali bawa barang nak berkubang lagi,nak bawa marissa mandi pantai pula.
Avilion memang ada pantai private untuk tetamu sahaja.Pantainya pun bersih dan terpelihara.
Cuma tak berapa luas sangatla.
Marissa 1st time pergi pantai.So dia menjerit-jerit tak mahu pijak pasir.Geli ke takut ke tak tahulah dia..
Balik dari puas bermandi manda,sebelum sunset tu kami jalan-jalan di sekeliling kawasan peranginan tu.Ambil gambar untuk kenangan.
Senja kami balik ke bilik bersihkan diri & berehat.
Pukul 8 malam kami makan malam di Hotel sahaja.Disebabkan kepenatan nak dinner di luar,.
Malam masing-masing tidur awal kepenatan.

Hari terakhir sebelum check out pukul 12 tengahari. Kami gunakan waktu yang ada dengan sebaik nya.
Pagi-pagi dah bangun.Pukul 7.30 pergi sarapan dan mandi manda lagi.
Tapi pukul 10 marissa dah boring & kepenatan dah..dia tak nak mandi.
Kami balik ke bilik berkemas untuk Pulang.
Itu jela cerita percutian kami ni.
Takdelah menarik sangat,Tapi sekadar perkongsian.
Kalau pergi lagi ramai lagi meriah rasanya.
Alhamdullilah sepanjang percutian marissa nampak sangat enjoy & tidur dengan lena.
Kami pun rasa relax & chill sepanjang percutian.
Kat Avilion ni banyak lagi aktiviti boleh buat sebenarnya.Boleh memancing,ada Movie cinema untuk yang berkeluarga & ada lagi aktiviti-aktiviti lain yang belum sempat nak explore.
Masa suntuk lagi kan.
InsyaAllah next time kalau datang lagi mana tahu ada rezeki lagikan.
Next getaway macam nak rasa bercuti di Avani Sepang Gold cost pulak.
Dengar review ramai cakap best.
Tengoklah macam mana masa & peruntukannya jugak kan.
Ok lah sampai sini dulu yer.

















Salam sayang,
Sulinda






No comments:

Post a Comment

Designed by UMIESUEstudio 2014