Disclaimer

:: Declaration of images are the intellectual or personal property, image usage is strictly prohibited without the written consent the blog owner, Failing which may result in possible legal action against the involved party using the image::

sebarang penggunaan gambar atau entry peribadi di dalam blog ini tanpa keizinan untuk tujuan peiklanan atau jualan adalah dilarang sama sekali

Saturday, May 31, 2014

Pengalaman mengurus anak ketika perjalanan yang jauh(Long distance journey)

Teks:Sulinda Sulihan

Assalamualaikum w.b.t.
Saya terasa ingin berkongsi pengalaman kami mengurus anak terutama bayi ketika perjalanan jauh.Mana tahu ia boleh dijadikan panduan ibu bapa yang nak mengharungi perjalanan jauh dengan membawa anak/bayi.
Sudah ternoktah jodoh dengan orang jauh kan.Saya orang Johor ,suami orang Perlis (^_^)
Syukur lah saya sendiri memang pernah belajar di bumi Perlis indera kayangan dulu.
Jadi saya dah biasa dengan “long distance travel” ni.walaupun memang letih juga disebabkan factor perjalanan yang jauh.
Pengalaman saya dan suami ketika anak masih bayi lagi memang mencabar juga.Kami memang “kiasu parent”.Saya pasti setiap ibu bapa juga melalui pengalaman pertama juga kan.
Masa pertama kali kami travel dengan marissa untuk pulang ke kampung ketika saya lepas pantang,memang agak merisaukan.Sebab biasa bawa badan sendiri je kan.Banyak yang perlu difikirkan.Yang penting persediaan mental,fizikal dan keperluan juga.Ketika itu marissa masih menyusu badan.
Ketika pertama kali pulang ke perlis bawa marissa,kami beli car seat dia masa “last minute”.itu pun saya memang paksa suami  beli untuk keselesaan dia juga..mujurlah tak rugi beli di saat-saat akhir.bila difikirkan car seat yang kedua marissa pun beli disaat akhir nak balik kampung.
Sampaikan kami tak jadi balik kampung disebabkan suami tak larat kengantukan sampai Melaka je.
Ok berbalik semula pada tujuan asal entri ini.Kebiasaannya kami akan bergerak dari johor ke Perlis pada sebelah malam.Ini disebabkan faktor malam lebih selesa,lebih sejuk dan ia nya waktu tidur marissa.Memang dia tidur dengan lena sekali.Cuma ada ketika dia bangun nak menyusu atau pun nak tukar pampers.
Setiap perjalanan ada cabaran dan dugaannya sendiri…Setiap perjalanan ada pengalaman yang berbeza.Ada masa marissa tidur dengan selesa dan tenang sepanjang perjalanan.Andai kata dia tidur lena selama 3 jam,seboleh-boleh kami akan percepatkan sikit perjalanan sejauh yang mungkin.Suami saya dah biasa tetapkan masa perjalanan bagi setiap perhentian.Bagi memudahkan perjalanan.Tapi bila sudah ada anak ni,lebih-lebih lagi anak kecil.Cabaran nya berbeza bergantung pada keadaan anak itu juga.Kalau kita tahu nak jaga keselesaan,keperluan anak kita pasti ia mudah diuruskan dengan baik.
Adakala anak kita tak selesa,kembung perut,pening mungkin dan sebagainya yang buat dia meragam sepanjang jalan.Jadi cara saya,saya akan cuba bermain dan bergurau dengan marissa.Sediakanlah apa pun permainan dia bagi mengelakkan dia bosan terutama ketika jalan banyak kereta dan juga jaga suhu kereta.Tak boleh terlalu panas atau sejuk pula.Ada masa marissa menangis tanpa sebab juga,buat saya tertekan.Tapi itu semua pengalaman yang manis.Kita akan banyak belajar dari pengalaman.
Ketika marissa usia setahun ke bawah memang menguji kesabaran juga.Kalau masa dia meragam tanpa kita tahu kenapa.
Tapi lepas marissa setahun sampai sekarang ni nak masuk 1 tahun 6 bulan.Lebih mudah nak tackle dia.Melainkan dia memang nak bangun dari car seat dia.Kalau saya tak duduk kan dia di car seat dia akan ligat dalam kereta,kalau berjalan dekat saja takpe.Ni kalau perjalanan jauh saya akan letak dia di car seat untuk keselamatan.Memang ada masa dia behave dan ada masa dia tak mahu duduk di car seat.Kat situ kita kena bersabar juga..Mungkin kita boleh angkat dia dan bermain dengan dia.Kalau mood dia dah baik saya akan letak dia semula ke car seat.Yela…Mak nya pun nak berehat juga kan…(^_^)


Owh ye sebelum saya terlupa.Selepas je tiba di kampung.Kebiasaannya marissa akan menangis kalau orang nak ambil dia.Ni perkara normal.Dia perlu masa membiasakan diri dengan tempat baru kan.
Jadi setibanya kat kampung,saya akan mandikan dia,supaya dia rasa lebih selesa dan segar selepas semalaman dalam perjalanan selama hampir 12 jam.Pakaikan minyak angin,beri dia susu dan makan supaya dia tak kembung perut dan meragam kelaparan.Tambah lagi dia kepenatan juga.Selepas itu kami akan biar dia main sebentar untuk biasakan diri dengan suasana baru.Lepas seketika kami akan bawa marissa tidur di bilik yang selesa,supaya dia boleh berehat dan bangun dengar segar..boleh la bermain dengan gembira

Begitula ceritanya bagaimana saya dan suami mengurus anak ketika bayi dalam perjalanan yang jauh..Pada saya setaip ibu bapa ada cara mereka sendiri bagaimana nak mengurus anak ketika berjalan jauh.Ini cuma sedikit perkongsian pengalaman dari saya sahaja.
Baiklah..Saya senaraikan apa yang perlu ketika membawa bayi ketika travel.
  • Baca doa sebelum perjalanan,banyak kan zikir bagi memudahkan perjalanan.
  • Pastikan anak mempunyai car seat yang sesuai dan selesa,terutama bagi bayi  disebabkan faktor jauh perjalanan tak kan nak mak nya pegang anak itu sepanjang jalan kan.kesian kat mak budak
  • Perjalanan yang jauh terutama kalau membawa bayi adalah lebih baik ketika di waktu malam.Disebabkan faktor malam lebih sejuk,selesa dan waktu tidur anak
  • Sediakan permainan bayi yang boleh buat dia terhibur dan bermain di dalam kereta ketika terjaga untuk elak dari kebosanan dan anak mula meragam
  • Sediakan awal-awal minyak perut/angin,stoking,pampers,selimut,bakul susu,air panas,air masak,makanan bayi,kalau boleh cover tingkap dengan kain untuk elak panas ketika waktu siang atau cahaya lampu ketika malam supaya anak kita lebih selesa dari pencahayaan yang lebih.
  • Pastikan kita berhenti diperhentian (RNR) bagi udara segar kepada bayi itu,rehatkan dia dan beri anak itu rasa bebas,takde lah rasa terbaring atau terperap saja dalam kereta kan.
Terima kasih sudi membaca (^_^)

Salam mesra :Sulinda

No comments:

Post a Comment

Designed by UMIESUEstudio 2014