Assalammualaikum..
Salam Isnin...4 hari dah cuti
fuh berat rasa nak pegi kerja
Seronok sangat cuti kali ni...
Adik-adik dan ipar balik rumah,..dapat spend time dengan ayah & Ibu...
Overkan..semua orang pun ada family hehe
tapi kes aku lain..
ayah ngan ibu dah berpisah.
jadi kami jarang dapat bersama..
Seronok kemain dapat berkumpul ramai-ramai
Masa cuti ni keadaan sana sini banjir
Terutama kat Kelantan dan area pantai timur
Tup tup pulak 28/12/14 berita kehilangan kapal terbang Air Asia dari Surabaya ke Singapura
Fobia weh nak naik flight
Lagi-lagi kalau time raya nak balik Utara (Perlis) tu kami prefer naik flight turun Penang
Sebab nak elak jalan jam dan tak nak keletihan memandu.
Raya lepas tu dalam flight duk fikir pasal MH370 gigil jugak kepala lutut ni
Tawakal jela masa tu...
Raya tahun depan ni tak tahula kalau hubby bagi green light balik kampung naik flight tak.
Ooo ye sebelum terlupa pasal banjir ni
Aku tiba-tiba duk fikir-fikir nasib mangsa banjir
aku fikir macam mana kita semua boleh buat persediaan untuk bencana alam macam ni
Ramai mangsa yang tak dapat bantuan kesejukan dan kelaparan sementara menunggu bantuan tiba
Dah tiba masanya kita buat persediaan macam ni
apa yang aku fikirkan ialah setiap rumah perlu mempunyai 1 sampan / bot serta baju keselamatan .
Serta sediakan kit khas seperti beg persediaan seperti ubat-ubatan,barang keperluan,makanan jangka panjang.cth makanan dalam tin ke,
Hospital dan mana-mana badan atau bangunan juga perlu sediakan bot / sampan,baju keselamatan,ubat-ubatan,barang keperluan,makanan yang boleh di simpan lama yang mencukupi.
Terutama di kawasan-kawasan yang pernah mengalami banjir.serta wujudkan pasukan kesedaran untuk persediaan ketika banjir atau ketika keadaan darurat.
Korang rasa boleh pakai tak idea aku ni hehe
Ini cuma sekadar pendapat aku sahaja
Boleh jadi ada pendapat yang lebih bernas lagi.
Ini untuk mengelakkan panik ketika banjir dan juga sebagai persediaan sementara menunggu pasukan bantuan tiba.
Ok la panjang lebar pulak kan karangan aku
Cukupla entry untuk kali ni..
Seronok ada,letih pun yer jugak
letih berjalan gitu,,,hehe
Salam Sayang
Sulinda
No comments:
Post a Comment