Disclaimer

:: Declaration of images are the intellectual or personal property, image usage is strictly prohibited without the written consent the blog owner, Failing which may result in possible legal action against the involved party using the image::

sebarang penggunaan gambar atau entry peribadi di dalam blog ini tanpa keizinan untuk tujuan peiklanan atau jualan adalah dilarang sama sekali

Friday, December 19, 2014

MARISSA'S 2nd BIRTHDAY

Assalammualaikum...


Salam Jumaat,Salam Barakah...


Hari ni 19/Dec/2014 Harijadi anak ku Marissa Safiyyah...
2 tahun sudah umur kamu..
Memiliki kamu dalam hidup ummi dan papa ibarat mimpi jadi kenyataan.
Ibarat sinar dalam hidup kami.
Hari-hari kita lalui dengan gembira,penuh emosi kasih sayang.
Kami menikmati setiap saat bersama kamu..
melihat kamu membesar..

Aku percaya semua ibu bapa pun begitu juga kan.
Dari dia lahir sampai ke hari ini 
Aku duk belek-belek muka dia,memikirkan nanti wajah dia berubah-ubah dari kecil ke dah besar.
bila masa dia membesar pun kita memang tak perasan kan.
Tup tup dah 2 tahun je kamu.

Bila kita jadi ibu bapa ni..
Apa-apa kita fikir kan keperluan anak dulu sebelum diri kita.
Kadang-kadang bila kita excited kongsi tentang hal anak kita
 rupanya ada yang tak suka juga bila kita terlalu berkongsi tentang anak kita
atau pun mungkin orang fikir anak baru sorang memang la suka.
cuba kalau dah berderet.
tak larat nak layan dah.
betul ke ?

Hmmm itu sekadar fikiran aku jer.
memang ada orang yang sinis jugak cakap macam dia sorang je ada anak
Tapi aku cuba berfikiran positif.
Kalau kita terlalu memikirkan apa orang lain nak kata.
Atau kalau kita terlalu beremosi memikirkan apa orang cakap.
kita akan jadi sensitif dan tak happy.
jadi diam jela kita yer.
Susah untuk kita buat orang lain happy dengan apa yang kita rasa happy.
kita tak boleh nak suruh orang lain suka apa kita buat kan
Tak perlu berdebat jika tidak memberi manfaat atau kebaikan pada mana-mana pihak
tak perlu ada pemenang dalam berhujah..
Just tutup mulut
sebab lain manusia lain hati dan perasaan nya.
kita tak boleh expect orang akan sentiasa suka dekat kita kan..
So just senyum tak perlu kata apa-apa (^_^)

Masih teringat kenangan melahirkan marissa 2 tahun lepas
Unexpected delivery orang putih kata hehe

Due sepatutnya bulan 1 tapi aku dah tak boleh nak angkat punggung
Kebetulan masa malam tu ada check up appointment
Bagitau doc aku dah sakit belakang berapa hari tak boleh bangun.
So doc check bawah tu then bagitau dah ada jalan 2cm.
Ok automatik kena masuk labour room.

Masa tu pkl 11 mlm 18/12/12 admitted.
Aku bersalin pkl 1 petang 19/12/12 selepas berapa jam menahan sakit
pagi tu pukul 7 lebih aku terpaksa mintak epidural

Sebak uiii lepas anak dah keluar tu...
2.75 kg berat marissa masa tu
Tak tau nak kata apa..
Sebak jiwa..
Dah jadi mak orang dah aku...

Harapan kami sebagai ibu bapa kepada anak-anak
Haruslah kata anak-anak kan.. (^_^)
Kami sentiasa mahu beri yang terbaik untuk anak-anak
Kami mahu anak-anak yang penyayang,yang saling berkomunisasi secara baik
Saling bantu membantu,beramal soleh,jangan tinggalkan solat,Amalkan membaca al-quran.

Anak...kita tidak sempurna..
Kita manusia biasa..
Kami tak berjanji hidup ini akan indah dan mudah sentiasa.
Hidup adalah proses pembelajaran sepanjang hayat.
Kamu perlu merasai jatuh dan gagal untuk bangkit semula dan berusaha
Kamu perlu merasai kehilangan untuk menghargai
Kamu perlu merasai kesusahan hidup 
supaya kamu lebih berusaha untuk mengubah masa depan kamu
dan tidak bergantung pada orang lain.
Proses menjadi insan yang baik juga akan sentiasa di uji oleh Allah
Sekiranya kamu di  uji, Redha la dan bangkit semula....
Maknanya Allah sayang dengan kamu.
Dia ingat pada kamu.
Ambil la nasihat yang baik-baik dan pedoman hidup dari insan lain.
Hidup ini ada pelbagai pancaroba.
Walaubagaimana pun,
kami..
Ummi & Papa 
akan sentiasa ada untuk kamu
akan selalu menghulurkan tangan membimbing kamu
akan memeluk mu tika kamu memerlukan kekuatan..
Akan sentiasa mendoakan kejayaan,keselamatan dan kesejahteraan hidup kamu..
Amiin...

Sehingga hujung nyawa
Sehingga ke syurga..
Ummi & Papa sayang kamu..

Selamat ulang tahun kelahiran anak ku
Marissa Safiyyah bt Masuki



Salam Sayang 
Sulinda









No comments:

Post a Comment

Designed by UMIESUEstudio 2014