Disclaimer

:: Declaration of images are the intellectual or personal property, image usage is strictly prohibited without the written consent the blog owner, Failing which may result in possible legal action against the involved party using the image::

sebarang penggunaan gambar atau entry peribadi di dalam blog ini tanpa keizinan untuk tujuan peiklanan atau jualan adalah dilarang sama sekali

Monday, November 27, 2017

Marissa & Medina birthday celebration



Assalammualaikum readers

Hari ni hari isnin terasa lemau sikit
Tapi aku ok je
Sebab sabtu ahad dah syok cuti kan
rasa nak cuti lama je
Tapi AL nak habis 
tinggal nak tunggu hujung tahun habis jek

Nanti ingat nak ambil cuti weekday nak pergi Ikea
tak boleh pergi Ikea during weekend
sesak ya ampun

Hari Sabtu hari tu aku secara drastik & pada saat akhir aku plan buat kenduri doa selamat & kesyukuran
persiapan dalam berapa hari je
Sempena ulang tahun kelahiran Marissa & Medina 

Actually birthday medina 30/11 , marissa 19/12
tapi aku awalkan sebab adik-adik aku yang kat KL nak balik Johor ,yang sorang lagi cuti sekolah
balik rumah aku
So ada jugak lah yang membantu kan
Tapi aku buat kecil-kecilan & secara sederhana saja
jemput kumpulan hawa dari masjid
baca yassin,doa selamat,selawat atas nabi
pastu jamuan

Maaf lah pada yang aku tak dapat nak jemput tu sebab nya aku cuma jemput orang masjid,keluarga terdekat,jiran-jiran,kawan-kawan rapat je
jangan kecil hati eh...
Menu kenduri Nasi beriani ,mee hoon sup,kuih tako,slices kek,dadih
Nasi beriani tu masa tengah-tengah panas makan sedap weh
fuhhh! jiran aku yang masak kan





Adik aku tolong-tolong packing kan doorgift malam sebelum majlis
Aku baru packing sikit dah kena tidur kan anak-anak
dengan aku ke laut tidur sama





Deko simple jek dari adik aku dengan ipar aku
tu pun sebab asyik jatuh belon nya
gam tak kuat huhu





Kenapa kek ada 2 ?
1st sebab suami aku cakap kecil risau tak cukup
pastu suami aku memang sejenis baik hati beli lagi 1 kek letak nama awra & tiara sepupu marissa & medina 



tak terfikir kena potong kek camni
suami pun baju warna lain hahaha
tak macthing semua
aku pun lupa nak pakai lipstik
so nampak pucat 
mak pengantin sibuk sangat la konon nya hehehe







Hari tu marissa tak berapa sihat
dia sakit perut cirit birit
kesian nak senyum pun kelat
nampak letih je

Alhamdullilah majlis selesai awal
makanan cukup 
ada baki makanan aku bagi-bagi kawan-kawan adik aku
luckily dorang ada tolong-tolong mengemas lepas majlis tu
lega yang amat
lepas majlis dah boleh rehat
majlis simple kecil camtu pun letih nya masih terasa
Apa pun syukur alhamdullilah 

Salam Sayang
Sulinda

No comments:

Post a Comment

Designed by UMIESUEstudio 2014