Hai Readers
Malaysia Day hari tu kami bawa adik,marissa n medina ke Desaru Coast
Masa tu masih ada promo lagi dewasa RM75 kanak-kanak RM56
Serius ramai orang weh
member aku cakap
"Su ko tak yah beli tiket awal2 pun takpe,pasal tak ramai orang pun masa aku gi tu"
Masa aku pegi ramaiiii orang Que panjang weh
Line online tiket takde orang
So kami je yang beli online tiket masa tu..Lega yang amat rasa.
So memang kejap jela waiting period sebelum nak masuk waterpark tu.
Tapi masa kami sampai pun dah pukul 11 lebih masa tu
Locker yang besar2 dah habis
tinggal locker yang kecik2 je
so kami decide angkut je beg2 kami tu
lagi pun kami bawak 2 stroller budak2...
ha boleh je letak beg2 tu kat stroller
Ada kegunaan jugak stroller tu
takdelah sepanjang jalan nak pusing waterpark tu nak angkut beg2 tu ke sana sini
lenguh jugak kalau nak pikul
Masa medina dah letih tertido dia guna 1 stroller
lagi 1 stroller letak beg2 yang kami bawa
Husband aku beli beg waterproof katanya dalam RM30
untuk letak wallet n so on barang berharga
aku beli beg kalis air untuk letak handphone harga dalam RM20
Haaa tempat makan banyak kat situ
tapi kalau nak yang selesa dan luas boleh pegi ke food court yang dekat roller coaster tu
Harga makanan agak mahal tapi pada aku ok sebab portion dan ayam besar jugak lah
aku beli Chicken roasted ada sayur,kentang lenyek,kuah black pepper harga RM20
Nasi lemak ayam RM20 ayam tu besar jugak
ada macam2 menu lagi sebenarnya
makanan luar tak boleh bawa
dorang check beg uolls sebelum masuk
aku perhati ada yang makan ramai2 kat parking kereta sebelum masuk waterpark tu dan selepas balik kat parking kereta jugak
mungkin dorang tapao makanan dari rumah kalau pergi ramai2 berbaloi masak kan
Adik aku memang berani
semua nya dia try main
roller coaster dia try
aku teman jek dia
dah tua2 tak berani nak berani huhu
Yang dekat ala2 pantai tu ada ombak dorang buat
kena pakai jaket life saver tu
pasal ombak nya memang kuat tau
masa tu aku ngan adik aku tak pakai pasal orang ramai
jaket dah takde nak pakai
so bila kena ombak tu melambung2 aku berlanggar dengan adik aku
sakit kaki aku hahaha
Nampak tak betapa ramai orang pada hari tu
husband aku cakap dah macam minion dari jauh
hahaha
Marissa n medina papa dorang jaga main air ...main pasir...
Aku teman adik pegi main lah apa dia nak main tu
layankan je huhu
Kami start masuk waterpark tu dari pukul 12 sampai pukul 7 malam
tu siap2 mandi bersih kan diri semua tu
balik2 semua melepek
marissa dah kepenatan sangat huhu
Lepas habis promo katanya tiket dewasa je RM151
Mahal kan??
tu jelah perkongsian aku kali ni
harap2 dapat manfaat untuk uolls
Salam Sayang
Sulinda
No comments:
Post a Comment