Disclaimer

:: Declaration of images are the intellectual or personal property, image usage is strictly prohibited without the written consent the blog owner, Failing which may result in possible legal action against the involved party using the image::

sebarang penggunaan gambar atau entry peribadi di dalam blog ini tanpa keizinan untuk tujuan peiklanan atau jualan adalah dilarang sama sekali

Thursday, September 20, 2018

Staycation at Le Grandeur Senai


Hai Readers

Assalammualaikum....

Staycation kali ni masa cuti sekolah
bawak adik aku n ibu aku sekali
saja2 je
nak gi bercuti jauh2 memang takde plan masa tu
lagi pun kalau time cuti sekolah malas betul nak tempuh jem
so pegi dekat2 jelah
janji dapat rehat2,mandi swimming santai2 gituuu
aku dah few time datang sini kalau nak santai2 bawak anak mandi swimming pool
nanti kalau dah boring kita cari tempat lain pulak ye (^_^)





















Salam Sayang,
Sulinda


Staycation at Impiana hotel Senai

Hai Readers

Assalammualaikum

Masa aku decide staycation kat Impiana Hotel ni masa tu pukul 8 malam
Hari sabtu..hari tu jatuh birthday husband aku
so dia ambik cuti lah hari sabtu tu
bangun pagi2 siap2 mandi kami pegi makan ikan bakar kat kampung pasir putih 
Pastu borak2 dengan husband aku...
dia cakap jom kita pergi beli khemah kt camping kat tepi pantai jom
kami dengan tak prepare apa2 redah je menonong ke Desaru
anak2 baju2 kalau jalan2 mesti aku dah stand by pakaian 3 pasang 
yelah pasal budak2 selalu cepat comot kan
husband aku cakap nanti kita belilah baju kat sana kalau basah
cewah plan baik punyaaa

so aku on the way tu sambil2 bincang lagi
decide nak stay hotel atau beli khemah je
pastu check banyak hotel full house
dasyat penangan desaru coast hotel manjang full je
sebab hotel kat desaru coast belum bukak lagi
pusing2 jugak area desaru coast tu
tapi masa tu malas nak singgah
last2 kami parking depan pantai
tak lama kemudian hujan turun selebat lebat nya huhuhu

Dalam kereta tu kami duk cari hotel nak bawa anak2 staycation mandi2 swimming pool
marissa asyik tanya kita nak gi hotel mana ni papa
kenapa tak sampai2 huhu
so kami sepakat balik rumah dulu la 
patah balik dari Desaru ke Pasir Gudang
Sampai rumah masa tu dah petang
aku capai2 pakaian ngan beg 
just in case nak stay mana2 kan
plan nak stay kat legoland
tapi masa tu pegi singgah makan kat Skudai

bincang2 tak habis lagi
dah malam kan
kami ingat nak balik rumah je huhu
sekali tu marissa tanya lagi
kita nak stay hotel mana malam ni?
ica nak swimming
so terus la aku google hotel murah2 kat agoda yang selesa n berpatutan
tu yang nampak Impiana Hotel Senai

menonongla kami check in pukul 9 malam hari tu





Pagi pagi dah kejut anak2 bangun ajak turun sarapan
n nak mandi swimming pool
kami check in malam
so malam tu memang tak berapa nampak view
bangun pagi2 selak langsir
alamaakkkk
view hotel kubur cina daaaa
hotel dah cantik dah huhuhu




Kalau korang tengok betul2 dekat swimming pool u ada kubur cina depan sana tu



Sarapan pagi memang best 
sebab banyak pilihan
Tapi aku hilang selera duk fikir macam mana dorang boleh buat hotel depan kubur cina tu LOL haaha





Bilik selesa maybe sebab hotel baru kot



























Overall service , cafe besar,sarapan banyak pilihan ,bilik hotel bersih , swimming pool ok je
Just view dia je kalau nak santai tak berapa nak best huhuhu
tapi kalau just staycation sekejap2 ok je

Salam Sayang,
Sulinda


Desaru Coast Waterpark


Hai Readers

Malaysia Day hari tu kami bawa adik,marissa n medina ke Desaru Coast
Masa tu masih ada promo lagi dewasa RM75 kanak-kanak RM56
Serius ramai orang weh
member aku cakap 
"Su ko tak yah beli tiket awal2 pun takpe,pasal tak ramai orang pun masa aku gi tu"
Masa aku pegi ramaiiii orang Que panjang weh
Line online tiket takde orang
So kami je yang beli online tiket masa tu..Lega yang amat rasa.
So memang kejap jela waiting period sebelum nak masuk waterpark tu.
Tapi masa kami sampai pun dah pukul 11 lebih masa tu
Locker yang besar2 dah habis
tinggal locker yang kecik2 je
so kami decide angkut je beg2 kami tu
lagi pun kami bawak 2 stroller budak2...
ha boleh je letak beg2 tu kat stroller
Ada kegunaan jugak stroller tu
takdelah sepanjang jalan nak pusing waterpark tu nak angkut beg2 tu ke sana sini
lenguh jugak kalau nak pikul

Masa medina dah letih tertido dia guna 1 stroller
lagi 1 stroller letak beg2 yang kami bawa
Husband aku beli beg waterproof katanya dalam RM30
untuk letak wallet n so on barang berharga 
aku beli beg kalis air untuk letak handphone harga dalam RM20
Haaa tempat makan banyak kat situ
tapi kalau nak yang selesa dan luas boleh pegi ke food court yang dekat roller coaster tu
Harga makanan agak mahal tapi pada aku ok sebab portion dan ayam besar jugak lah
aku beli Chicken roasted ada sayur,kentang lenyek,kuah black pepper harga RM20
Nasi lemak ayam RM20 ayam tu besar jugak
ada macam2 menu lagi sebenarnya
makanan luar tak boleh bawa
dorang check beg uolls sebelum masuk
aku perhati ada yang makan ramai2 kat parking kereta sebelum masuk waterpark tu dan selepas balik kat parking kereta jugak
mungkin dorang tapao makanan dari rumah kalau pergi ramai2 berbaloi masak kan




Adik aku memang berani
semua nya dia try main
roller coaster dia try
aku teman jek dia
dah tua2 tak berani nak berani huhu








Yang dekat ala2 pantai tu ada ombak dorang buat
kena pakai jaket life saver tu
pasal ombak nya memang kuat tau
masa tu aku ngan adik aku tak pakai pasal orang ramai
jaket dah takde nak pakai
so bila kena ombak tu melambung2 aku berlanggar dengan adik aku
sakit kaki aku hahaha




Nampak tak betapa ramai orang pada hari tu
husband aku cakap dah macam minion dari jauh
hahaha






Marissa n medina papa dorang jaga main air ...main pasir...
Aku teman adik pegi main lah apa dia nak main tu
layankan je huhu
Kami start masuk waterpark tu dari pukul 12 sampai pukul 7 malam
tu siap2 mandi bersih kan diri semua tu
balik2 semua melepek
marissa dah kepenatan sangat huhu

Lepas habis promo katanya tiket dewasa je RM151
Mahal kan??
tu jelah perkongsian aku kali ni
harap2 dapat manfaat untuk uolls 

Salam Sayang
Sulinda



SINGAPORE ZOO

Hai Assalammualaikum uolls

Setelah sekian berbulan2 aku tak update blog bersawang ni
so hari ni aku cuba luang kan sedikit waktu untuk update blog
Kami pergi Singapore Zoo masa cuti Malaysia Public holiday 
Actually hari tu kami agak lewat ke zoo tu
sebab nya dari pagi sampi tengahari Johor hujan lebat
somemore aku tak berapa sihat
migrainnn
sebab baru balik 2 hari dari kursus anjuran Takaful Ikhlas
So nak pegi zoo tu macam 50/50 masa tu
tapi terkenang kan kami dah janji kat marissa n medina
dan aku tak nak lah nanti rasa menyesal pulak
so kami pergi je redah
1st time kan huhu
nanti bila2 boleh datang lagi kan


Alhamdullilah dari Johor ke Singapore Zoo smooth perjalanan
sampai je ke Singapore Zoo tu
hidung medina berdarah banyak
pasal dia korek hidung sampai ke dalam
masa tu memang seriau ar tengok 
aku dah panik tahap gaban

lepas darah dia dah stop tu 
kami teruskan perjalanan
aku sebenarnya tak suka kena berjalan2 macam gi zoo ni
tapi kerana anak2 aku kuatkan jugak huhu
sebab aku kalau jalan lama belakang aku sakit
so halfway pusing zoo tu aku dah sibuk ajak husband naik tram

masa pun singkat kan nak pusing 1 zoo tu
so naik tram boleh jimat masa sikit lah
next time kalau datang lagi kena awal sikit





Ni ada show sea lion masa tu pukul 4 petang
Lepas show tu medina cakap "sonok tak tengok sea lion tadi?" 
hahaha


Dari segi kemudahan banyak di sediakan
tempat pun agak bersih dan selesa
kalau toilet tu untuk pengetahuan takde air ye dalam toilet tu untuk cuci
so kalau nak lebih selesa bawak la air untuk cuci2 
terutama anak2 nak buang air kecil atau besar
marissa asyik tanya kenapa takde air untuk cibuk??
hahaha








Marissa so excited actually
tapi aku tahu dia letih
pasal dia tido lambat tapi kena bangun awal











Overall kalau nak bawa anak2 sini tempat yang paling sesuai
kalau bawa ke USS
dengar kata budak macam medina agak limit nak main2 kat sana
kami plan nak stay 1 malam kat singapore
but since medina masa sampai2 tu hidung dah bleeding
so kami pon malas nak stay sana
So itu saja lah untuk perkongsian jalan2 Singapore Zoo
next ada tempat lain lagi kami plan nak pergi kalau ada kelapangan n bajet

Salam Sayang
Sulinda
Designed by UMIESUEstudio 2014