Assalammualaikum wbt
Apa khabar...
Aku harap semua baik-baik ajer ye
Memandangkan sekarang musim hujan
cuaca selalu mendung
so aku pun feeling macam salju je sebab aku suka cuaca sejuk mendung ni
aku suka hujan sebab hujan tu nikmat juga
Hehehe anggap la itu mukadimah saja ye
Lain benor dengan tajuk cerita aku nak share kali ni
Saja nak kongsi hari tu aku panggil perkhidmatan bersihkan rumah
aku suka servis team akak ina ni
aku dah guna servis kak ina dari Rezki Zikry Sevices dekat 5x kali dari sarat mengandung medina 2 tahun lepas kalau tak silap
tapi baru kali ni aku terasa nak "UP" kongsi pasal ni
aku selesa dengan kak ina dan team kak ina terdiri dari suami dan anak-anak dia juga
So setiap kali datang
team dia dalam 5 orang dah tahu buat kerja masing-masing
apa yang aku nak setiap kali aku panggil dia datang servis macam mintak fokus lipat baju ke ,pastu fokus pembuangan barang-barang tak guna,fokus dapur ,bersihkan dinding yang berlumut,kemas stor, atau angkat barang ke dari bilik bawah ke atas ke
senang cakap semua dia boleh buat
bukan macam sesetengah servis kadang kerja tak siap dah nak balik
(memang dari pengalaman aku sendiri)
Sejujurnya orang macam kami bekerja memang kurang dapat fokus pada pembersihan rumah
maksud aku persekitaran rumah macam longkang,perabot yang dah reput,longgokan bekas-bekas plastik makanan dan buang stok-stok makanan dalam tin yang dah expired la
macam-macam lagi yang kita tak cukup tangan nak buat sendiri
kalau sekadar vakum,mop yang asas-asas tu biasa lah kan buat sendiri
even orang duduk rumah je pun belum tentu rumah bersih sentiasa
pada aku terpulang pada orang tu jugak
pada awal nya aku risau jugak kalau suami aku tak suka aku panggil orang datang kemas rumah
tapi alhamdullilah suami aku ok dan puas hati dengan servis akak ina ni
so kalau dah dekat-dekat 3-4 bulan camtu rumah dah start banyak barang menimbun ke atau rumput belakang rumah dah panjang , aku dah paham-paham lah tanya suami nak panggil akk ina dan team datang
so far syukur dia ok jek..
janji rumah terjaga...bersih...
tipulah kalau aku cakap rumah aku bersih sentiasa
lebih-lebih lagi ada anak-anak kecil ni
dengan mainan dorang memang banyak sana sini
Ni suami kak ina , aku memang mintak dia basuh dapur tu sekali
Ha sila lah buang segala harta perabot lama-lama yang dah reput dah lusuh
kasut-kasut lama
bekas plastik makanan
nak buat apa simpan jadi harta karun
aritu aku mintak kak ina ambil mesin basuh lama dengan peti ais lama yang kami simpan
masih elok..kami nak buang tapi kak ina cakap dia nak
hahhh lega kasi clear
Belakang rumah ni dinding hijau berlumut pun boleh jadi bersih suami kak ina buat
longkang pun clear
memang puas hati
yang kadang orang cakap ala boleh buat sendiri tapi aku tengok tak jalan-jalan jugak buat nya
alasan nya malas nak bersih sangat rumah pasal rumah sewa jek
ikutlah...ni semua attitude masing-masing
aku memang bukan sejenis rajin sangat tapi aku juga tak suka tengok rumah bersepah
cukup 3-4 bulan panggil kak ina datang kemas 1 rumah atas bawah luar depan belakang
kalau kata lah aku plan nak buat rumah terbuka raya sebelum majlis aku dah panggil dia
contoh majlis aku start pukul 3 petang
pukul 8 pagi sampai pukul 12 dorang dorang bersihkan rumah kami
aku suka tengok rumah orang korea
tak terlalu banyak barang sangat rumah dorang kan ?
mana lah dorang campak barang -barang dalam rumah dorang
huhu
sebab tu hari tu aku " let go" betul-betul barang-barang kat rumah aku hahaha
tapi nampak nya bahagian atas belum settle clear lagi
maybe next time
Dengan servis kak ina ni, sabun ,peralatan ,semua dia sediakan
Korang sediakan plastik sampah dengan tangga je untuk panjat-panjat bersihkan sawang
Lepas je kak ina dan team siap buat kerja rumah terasa segar dan wangi
Tapi aku nak bagitahu kak ina ni memang jadual dia selalu penuh
jangan haraplah korang booking last minit suruh dia datang
aku selalu booking awal sekurang-sekurang nya sebulan sebelum
sebab aku selalu mintak dia datang sabtu pagi
kalau kata appointment pukul 8
memang pukul 8 dorang datang ye
sangat senang korang sediakan duit jek
sesekali jangan lah berkira melabur untuk kebersihan rumah
lebih-lebih lagi kita dah ada anak-anak kecil
kena utamakan kebersihan hygine anak-anak
Saja aku nak bagitahu pada suami-suami kalau tak mampu tolong isteri kat rumah
boleh lah panggil servis macam kak ina ni
senyum meleret isteri korang
jangan lah biar dorang terkapai-kapai kemas sendiri
kesian weh
Walaupun duduk rumah seharian dengan anak belum tentu jugak dapat buat semua tanpa bantuan
Isteri bukan orang gaji suami
tak mampu bagi duit untuk upah servis macam kak ina so suami bantulah isteri tu
jangan buat tak nampak atau kata tak kisah
Owh ye korang boleh cari FB kak ina kat Rezki Zikry Services kalau nak tengok hasil kerja team dia.
Itu jelah cerita kali ni ye huhu
Salam Sayang
Sulinda