Assalammualaikum w.b.t.
Hari ni hari ke 10 pengasuh anak aku yang aku panggil kak leha pergi dari dunia fana ini
rasa bagai mimpi
5 tahun dia jaga mengasuh anak aku
dia pergi pada umur 51 tahun
Dia memang takde sakit melarat ke apa
kali terakhir dia jaga anak aku rabu 19/Apr lepas
Aku ada tanya dia dah ok belum sakit gastrik dia
dia cakap alhamdullilah ok ..
Ooo akak amalkan apa dah ok
dia cakap akak minum mineral coffee je
masa tu memang nampak sihat sangat dia
sesekali tu memang dia ada cerita sakit gastrik dia tu
tapi takdelah melarat
Pastu hari khamis pagi masa aku dah nak hantar anak-anak ke rumah dia
anak dia call bagitahu kak leha sakit
tak dapat budak-budak hari ni
oklah...dah sakit nak buat camna kan
aku pun cuti emergency
masa tu memang serius rasa lain
aku fikir boleh ke tak kak leha ni jaga esok ni..
rasa tak sedap hati
So aku siap-siap booking taska minta tolong jaga anak-anak aku hari jumaat esok nya
Masa hari jumaat pagi tu aku tertanya-tanya jugak kenapa kak leha ni senyap je
takde tanya kenapa tak hantar budak-budak macam selalu
aku memang siap-siap hantar anak-anak ke taska pagi jumaat ritu
aku call kak leha banyak kali tak di angkat
call anak dia pun tak angkat
pastu aku call jiran-jiran dia yang aku kenal
mintak tolong tengok kan kak leha
tapi ada yang dah nak balik kampung
tak pergi tengok kak leha
ada pulak ingat sakit biasa jek
dorang tengok rumah kak leha ada je suami dia
so dorang tak fikir bukan-bukan
sampai kak leha meninggal baru dorang pergi jenguk
semua macam ralat
tapi dah takdir nak buat macam mana
last aku jumpa dia pun hari rabu tu
aku memang tak sempat nak tengok dia
sekurang-kurang nya aku dapat cakap dengan dia kat telefon tahu apa sakit dia
tula kali terakhir aku dengar suara dia
Hari jumaat dalam tengahari macam tu baru la kak leha angkat telefon rumah dia
dari pagi aku call banyak kali
dia cakap dia sakit gastrik
dia pergi HSI pukul 3 pagi hari khamis nurse check gitu-gitu je pastu bagi ubat gastrik
kak leha kata dia muntah-muntah tu yang perut dia makin sakit sangat
dia cakap masa on the way pergi hospital tu dia macam budak kecik tergolek-golek dalam kereta menahan kesakitan yang amat
aku suruh kak leha minta suami dia bawak ke hospital swasta kpj tu
memandangkan suami dia ada kad insurance
tapi tak tahu lah kenapa suami dia tak hantar dia ke sana
Hari ahad 23/Apr lebih kurang pukul 7 malam
kak sal jiran kak leha whatsapp bagitahu kak leha sakit lagi
jatuh pengsan kat ruang tamu
suami dia balik keje tengok kak leha dah terbaring
minta tolong jiran-jiran angkat bawa ke KPJ hospital
aku pun masa tu baru lepas makan malam dengan keluarga
bergegas nak ke KPJ hospital tengok kak leha
dalam perjalanan tu kak sal telefon
dia suruh aku tak perlu pergi ke hospital
terus datang rumah kak leha
kak leha dah takde kata kak sal
datang rumah kak leha tolong kemas-kemas rumah dia
masa tu nak gugur jantung aku
aku pergi rumah kak leha
aku rasa sebak sangat
kenangkan hari-hari dia sambut aku dan anak-anak datang dan balik ambil anak dari kerja
sampai ke hari ni aku masih fikir betul ke kak leha dah takde
terngiang-ngiang suara dia bayang dia
bukan aku tak percaya takdir
tapi kejadian ni banyak buat aku muhasabah diri dan sangat terkesan dengan diri aku
ia boleh berlaku pada kita juga bila-bila masa
macam mana pulak kisah kita nanti
macam mana pengakhiran kita nanti
Ya Allah...semoga aku menggunakan hayat hidup aku untuk beribadat pada Mu
bekalan untuk akhirat nanti
Ya Allah kasihanilah kami
Cucurilah rahmat ke atas roh kak Zaliha binti Mat Sih
Al FATIHAH
No comments:
Post a Comment