Assalammualaikum..
Just nak refresh balik cerita aritu medina admitted di sebabkan Jangkitan Paru-paru
Alhamdullilah dia nampak makin pulih
Risau tau kalau anak sakit
Macam-macam dalam kepala ni
Jumaat hari tu pukul 3 petang aku mintak bos keluar kejap nak bawa anak pergi klinik
Sebab dah 2-3 hari pengasuh cakap medina batuk teruk
malam pun sama
sampai ada bunyi dan nampak susah nak nafas
Lepas aku ambil marissa balik sekolah hantar rumah pengasuh
Aku masuk office balik
tapi hati mak-mak tak sedap tengok keadaan medina
aku keluar office pukul 3 petang
Lepas confirm dengan pengasuh supaya pastikan marissa tidur dulu
sebab aku tak larat nak bawak dua-dua hehe
lagi satu aku nak kena masuk office semula
So tak yah tolak cuti lagi pun dah petang kan sayang nak ambil cuti
So aku bawa medina pergi check up kat Klinik pakar kanak-kanak kat Regency Hospital
Dah biasa dengan doktor Chang
Dari anak aku lahir dia yang check
Lepas register terus masuk bilik doktor
doktor check dada dia sempit terus kena nebulizer
lepas tu doc check balik dah ok dah
lega sikit hati aku ni
dah settle aku hantar balik medina kat rumah pengasuh
Balik-balik dari kerja nak ambil marissa & medina
tengok medina tengah batuk teruk tercungap-cungap
Ya Allah risau bukan kepalang lagi
terus aku call suami bagitahu keadaan medina
mula-mula suami suruh pergi refer klinik lain
dah aku pergi 4 klinik semua tutup petang jumaat tu
so aku terus bawak anak-anak pergi emergency room regency terus
owwwhhh ye on the way pergi hospital tu dapat contact dr Chang bagitahu keadaan medina
So Dr suruh terus pergi emergency nanti ada doktor boleh tolong
Dr chang bagitahu anything malam dia akan datang check juga keadaan medina
Lepas jumpa doktor kat wad kecemasan tu
doktor tu cakap suspek jangkitan paru-paru
doktor tu kemain besar dan kuat suara dia huhu
dia suruh pergi neb lagi lepas tu pergi buat X ray
Lepas X ray tu jumpa doktor lagi
doktor terang kan dari X ray tu nampak putih-putih jangkitan paru-paru
So kena admitted untuk dapatkan rawatan
Letih nya sementara menunggu suami balik dari pengerang
Suami sampai pun lepas dah settle dapat bilik semua
lega rasanya bila tengok suami dah sampai
ringan sikit rasa keletihan
Kakak Marissa yang sentiasa ceria
Ummi sayang kakak
Dah tak larat nak mengamuk masa neb ni haha
Bukan senang sebenarnya nak jaga anak sakit
lagi-lagi dia moody dan perlukan perhatian yang lebih
Alhamdullilah lepas 2 hari 2 malam di hospital medina boleh discharge
Boring nya duduk hospital
Kat hospital masa dapat rawatan nampak ok je medina tu
Balik rumah batuk dia datang balik dengan nafas turun naik
risau betul masa tu
Kat hospital tak dapat selsema,balik rumah boleh selsema pulak
dugaan betul hehehe
Buat masa ni masih pantau tahap kesihatan dia
dan nanti ada follow up check up dengan doktor
cepat sembuh Medina Suraya =)
Salam Sayang
Sulinda
No comments:
Post a Comment