Assalammualaikum w.b.t
Salam Jumaat penghulu segala hari...
Alhamdullilah masih lagi dapat bernafas di bumi Allah yang fana ini
Masih diberi peluang untuk bertaubat,beribadah pada Nya
Salam Ramadhan hari ke 22
Syukur Alhamdullilah
Ada masa lagi untuk kita berdoa bersungguh-sungguh pada Allah
Minta Allah terima Doa & Taubat kita selama kita hidup di dunia ni
Ramadhan kali ni ada yang biasa & ada yang luar biasa bagi aku
Sebab kali ni kalau hari bekerja memang berbuka tak dapat bersama suami tersayang
disebabkan komitmen kerja dia.
So berbuka dengan anak-anak kecil ku saja
Itu pun haru biru tak dapat nak fokus sangat makan huhuhu
Allah nak uji
Suami pun kerja buat ibadah jugak ye x?
So yang luar biasa bagi aku kali ni...
Aku nak fokus untuk solat awal waktu.luangkan masa membaca Al-Quran,mengerjakan solat terawih,lebih kan bersedekah,solat-solat sunat , berzikir...
Sebelum ni memang banyak sebab untuk aku buat ni semua alasan anak kacau,anak nangis
pernah medina yang kecik tu menangis masa aku solat dan waktu aku mengaji Quran
aku kuatkan hati aku untuk teruskan jugak walaupun hati aku merintih
"ummi nak buat ni kerana Allah sayang,ini untuk bekalan ummi kat sana nanti bila ummi dah takde"
Kalau waktu nak baca Quran pon medina kacau..Sampai aku terpaksa tutup Quran dulu melayan kehendak dia ingin dimanjakan
Si kakak Marissa dah 5 tahun dah pandai jaga diri..
So aku tak risau sangat
Alhamdulilah medina dah mula faham waktu aku solat,waktu mengaji Quran
dia tak kacau sangat.
kadang aku tengah solat dia diri depan aku cakap kat aku,kadang dia bawak basikal kat depan aku tengah solat.
Ko rasa?nak nangis ke nak ketawa masa tu? (^_^)
Aku tanam azam tiap-tiap hari mesti baca 1/2 muka surat Al-quran,
jugak amalkan baca surah Al-waqiah waktu pagi dan surah Al-Mulk waktu malam
Surah Yassin & Surah Al-Kahfi setiap Jumaat
InsyaAllah
Kalau aku duduk rumah jadi surirumah mungkin aku boleh lakukan dengan mudah kalau aku pandai urus waktu
Tapi untuk mak-mak yang bekerja macam aku dan mak-mak yang lain
waktu kami sangat terhad
ada masa terlalu letih atau memang tak sempat
aku akan dengar bacaan surah-surah dari pen Quran digital sahaja
Dari segi bacaan Al-Quran memang aku masih tahap pendidikan awal lagi
Aku masih mencari-cari guru mengaji yang sesuai dengan waktu kerja aku
so far aku dah servey banyak pusat pengajian Al-Quran yang hanya ada kelas siang hari dan hanya waktu hari bekerja sahaja.
Buat masa ni aku baca al-Quran Al hadi,sambil aku rujuk bacaan dari Quran digital
Nampak tak terlalu banyak teknologi yang kita boleh guna pada jalan yang baik
takde lagi alasan-alasan tak pandai baca Quran.
Allah tahu nawaitu kita.
Sejak arwah kak leha meninggal (pengasuh anak-anak)
pemergian dia banyak memberi kesan pada hati aku
Kali terakhir aku jumpa dia,dia sihat walafiat
Tertiba dia jatuh sakit,dapat cakap dengan dia 2 hari kemudian dia meninggal
post morterm result sebab sakit jantung
padahal dia cakap kat aku dia sakit perut
Aku baca sebuah buku Hidup selepas Mati
salah satu yang ayat dia
"kehidupan kita kat dunia ini sangat kecil sekali,sangat singkat,kehidupan Akhirat selamanya.
ibarat celup 1 jari di lautan,dibandingkan dengan lautan yang luas terbentang,kehidupan kita kat dunia ibarat celupan 1 jari itu sahaja"
MasyaAllah
kita rasa hidup kita lama,sihat walafiatkan
waktu kita sihat,kita ada tenaga,waktu ini lah kita beramal.
sihat sebelum sakit
muda sebelum tua
Masih jauh perjalanan aku ni...
aku bukan ustazah
aku bukan siapa-siapa
Bayangkan dengan dunia sekarang ni dunia tanpa sempadan
dengan gadjet-gadjet canggih dan moden
kita pegang handphone saja dah macam nyawa kita
setuju tak?
Kalau kita layan handphone tu macam lupa orang sekeliling,
owh lupa banyak informasi,pakcik google dalam handphone tu kan
handphone tu tak berdosa,kita sendiri yang membuat pilihan
tapi kalau tengok handphone sampai lewat solat,sampai takde masa mengaji Quran,,membaca buku-buku ilmiah
alangkah ruginye hidup kita
waktu kita di sia-siakan
Jadi sahabat-sahabat
Marilah kita mulakan langkah pertama kita untuk kehidupan yang lebih berkah
Ye kita semua pendosa
Kita semua bukan suci
Yang baik datang dari Allah,yang tak baik datang dari saya sendiri
"Find a way to cure the diseases of our hearts first,
before thinking of curing the diseases of the world"
Salam Sayang
Sulinda
No comments:
Post a Comment