Disclaimer

:: Declaration of images are the intellectual or personal property, image usage is strictly prohibited without the written consent the blog owner, Failing which may result in possible legal action against the involved party using the image::

sebarang penggunaan gambar atau entry peribadi di dalam blog ini tanpa keizinan untuk tujuan peiklanan atau jualan adalah dilarang sama sekali

Thursday, April 28, 2016

Rustic Contemporary Dining Table Ideas


Assalammualaikum w.b.t

Sekarang ni tengah mood nak ubah suai dekorasi dalaman rumah..
nak tukar langsir la...nak begitu nak begini...
Sekarang aku tengah minat dengan Meja makan design rustic contemporary
Boring dengan modern design 
Aku beralih minat design lain pulak
Tiap-tiap minggu ke hulu ke hilir mencari meja yang berkenan di hati























Bukan nak kata rajin la kan
Cuma lepas bersalin tu hormon lebih sikit
Kalau masa tengah pregnant berapa bulan tu aku moody manjang je
sakit tu sakit ni
Ujian Allah...
Asyik muntah-muntah,masuk hospital,sakit punggung la
Lain orang lain dugaan nya kan
lepas pregnant dah sihat baru mula balik aktiviti yang aku suka
Berbalik pada subjek kita..
Kalau boleh aku nak cari kerusi warna putih macam dalam gambar tu
nanti kalau dah beli dah set up cantik-cantik baru lah boleh share ye (^_^)

Salam Sayang,
Sulinda






Wednesday, April 27, 2016

I need my sleep huhu

Assalammualaikum w.b.t.

Bulan ni kalau cukup 30/April genap Medina Suraya Masuki 5 bulan 
Cepat betul masa berlalu bagai mimpi dah beranak dua ni 
Yang aku nak kongsi cerita ni 
Ni medina  punya waktu tidur dia buat aku tak cukup tidur dan lesu
huahuahua 
tersengguk-sengguk aku depan PC time kerja
waktu lunch pulak aku lebih rela tidur dari makan
Medina akan tidur sama dengan waktu tidur kami dalam pukul 11 malam
Tapi antara pukul 3 / 4 pagi confirm dia bangun
kalau bangun nak susu ok lagi lepas tu dia sambung tidur
ini tak..dia nak kita layan dia..nak kita main dengan dia
Pagi-pagi buta la main cak cak dengan medina huhu
dia bukan menangis ke atau meragam (kalau camni lagi stress der)
Seboleh nya aku tak nak kejutkan suami sebab dia nak kena bangun awal pagi
seawal 5 pagi untuk pergi kerja di pengerang sana tu
balik dah la lewat jugak
kesian encik suami tu kepenatan..

Pernah medina tak tidur dari pukul 1 pagi sampai ke 10 pagi
kebetulan masa tu hari cuti 
mak ai buntang mata aku ni 
So buat masa ni waktu tidur aku tak cukup dan aku keletihan sampai kadang  migrain
Aku ni susah tidur waktu siang kalau kat rumah
Memang tak boleh lelap 
Marissa si kakak pulak senang tidur dari baby
Betul la orang kata lain anak lain cara nya
Medina kalau bawa jalan-jalan memang easy going
Memang behave dan tak banyak ragam
waktu tidur malam jela agak mencabar sikit nak melayan dia
Mungkin ada hikmah nya la
Nak suruh Ummi dia solat tahajjud kan.
Alhamdullilah..positif..positif...gheee (^_^)

Aku tengah cari masa yang sesuai ni nak pergi spa..
nak berurut bagai dari kepala ke kaki
nak reward diri sendiri..


Kesimpulan nya..walau macam mana pun tak cukup tidur..
Tak cukup rehat 
Jadi seorang ibu ni memang hebat
Allah bagi kekuatan walaupun seorang ibu tu sakit pun.
Penat atau letih macam mana pun tetap ada kekuatan nak bagi keluarga gembira ,tetap nak sediakan makanan untuk keluarga..tetap nak pastikan rumah dalam keadaan bersih dan tenang untuk keluarga..
Sampai ke hari ini aku rasa bersyukur...
Alhamdullilah




Salam Sayang,
Sulinda



Tuesday, April 26, 2016

My new ride


Assalammualaikum wbt...

Hari ni terajin pulak nak meng update blog
Sedih bila cik ct dah kena ambil..
betul perasaan tu sayang nye la hai..
kereta tu la banyak kenangan dari zaman berdating,berkahwin,beranak pinak dua ni...
Tapi nak buat macam mana ...
Hidup perlu diteruskan...

Hopefully cik CX 5 dapat mengubat kesedihan ini...
dan berkhidmat dengan baik pada kami sekeluarga..




Lama jugak la kami suami isteri duk riki2 nak kereta baru
lebih-lebih lagi nak travel balik kampung nun di utara sana kan (Perlis..huhu)
Akhirnya bila da buat keputusan Allah permudahkan urusan kami..
Alhamdullilah..syukur..

Salam Sayang ,
Sulinda









Thursday, April 7, 2016

UMMI KEPADA DUA ORANG ANAK

Assalammualaikum wbt
Lama dah bersawang blog ni
nak menaip tu memang bercinta la kan
aku memang kagum & admire la mana-mana mommies yang rajin menaip kongsi cerita
kali ni aku gagahkan jugak la walaupun untuk bacaan sendiri
Seronok sebenarnya menaip ni
macam-macam boleh di curahkan 
Cuma jangan disalahgunakan =)
Sedar tak sedar sejak 30/11/2015 lepas aku dah Ummi beranak dua 
sebelum tu aku fikir boleh ke aku urus 2 anak..
urus sorang pun banyak tak menyempat aje huhu
lagi hormon pregnant kedua tahun lepas macam-macam sakit,muntah2,pening,loya macam-macam mood swing.
berbulan-bulan la hormon aku swing,sakit punggung jangan kata la..macam serik pregnant pon ada tau..
syukurla marissa dah besar sikit & faham keadaan ummi dia ni
















2nd daughter :
Medina Suraya
Mana dapat nama medina suraya?
Nak matching kan dengan papa nye depan huruf M punye la susah
banyak nama aku cadangkan kat seben aku sume dia tak ok
last-last aku suruh dia fikir sampai tak boleh fikir
dia suruh aku fikir & decide
Ok lah lepas timbang tara n suruh marissa sebut nama Medina Suraya sedap pulak dengar
Medina = Madinah ,
Suraya = Yang cantik
Boleh la tu kan,aku suka sgat Suraya tu dari dulu…lagi pasal nama aku Sulinda kan huhuhu
sesuai la kan nak matching2 jugak dengan ummi
Sebenarnya aku nak sangat kongsi pengalaman bersalin ritu.
So aku boleh baca balik nanti kan.
Tapi InsyaAllah ada masa aku cuba la menaip lagi
Gigih tak gigih jela kan huhu
Macam mana penerimaan Marissa kepada Medina ?
Marissa very so lovely kakak..dia sayang Medina sejak kali pertama jumpa Medina masa kat Hospital
Pernah juga test dia dengan biarkan medina sorang-sorang
Marissa menangis kemain…
Dia suka cium Medina
So far bagus la Marissa boleh terima kehadiran adik dia dengan baik
Kita tengok nanti Medina dah besar sikit macam mana kan.




Ok Sampai sini dulu ye,

Salam Sayang,
Sulinda


Designed by UMIESUEstudio 2014