Disclaimer

:: Declaration of images are the intellectual or personal property, image usage is strictly prohibited without the written consent the blog owner, Failing which may result in possible legal action against the involved party using the image::

sebarang penggunaan gambar atau entry peribadi di dalam blog ini tanpa keizinan untuk tujuan peiklanan atau jualan adalah dilarang sama sekali

Friday, October 31, 2014

Marissa's 2nd birthday party ideas

Assalammualaikum...





December ni marissa turn 2 tahun..
cepatnya masa berlalu..macam mimpi lagi teringat waktu pregnant & bersalin dulu...
diam tak diam masa berlalu dah title mak2 orang hehe..

Over tak aku berangan nak buat birthday party untuk marissa?
Dulu-dulu ibu selalu rajin layankan anak-anak dia buat birthday party.
Panggil jiran-jiran.Sedekah bubur hitam putih..
Rindu zaman kecik-kecik dulu kan.
Ok jugak kan masak something like bubur hitam putih tu sedekah kat jiran-jiran atau kat surau ke kan.
Idea tu masih boleh di praktis kan.
Ada juga servey tema yang sesuai + tak over untuk birthday party marissa.



1st thing kena buat checklist apa nak prepare.
Of course bajet perlu lah berpatutan.
Disebabkan tak pernah buat majlis aqiqah marissa.
So aku nak merealisasikan buat birthday party ni untuk marissa.
Sometimes kan.bila kadang aku terlalu fikirkan apa orang lain fikir atau cakap.
like eleh baru anak sorang..biasala...
so kita tak boleh nak berfikiran positif langsung.
Jadi selagi tak membazir dan berpatutan.
Aku rasa tak salah untuk buat birthday party ni untuk budak-budak just untuk mereka berseronok.




Antara tema-tema yang menarik.
Gambar semua hanya hiasan.
Memang tak dapat la nak feeling sangat buat exactly sama kan.


Antara yang perlu ada of course la kek kan.
Gambar hanyala hiasan.kebetulan ada kek nama Marissa (^_^)



Balloon pun antara yang perlu ada..takde balloon macam tak lengkap kan (^_^)



Yaaaayyyy..!! I'm a big girl (^_^)







Harap- harap lah hubby bagi lampu hijau buat birthday party untuk Marissa.
kadang mak-mak je yang terover..bapak budak sayang kuar duit..hahaha
Bukan apa...
dulu masa kahwin dari kad kahwin,doorgift,pelamin,tema semua aku curahkan keringat dan idea.
Seronok dan puas hati walaupun at the end of the wedding day tu aku migrain nak pengsan haha.
Sebab terlalu kepenatan.Tapi memang puas hati dapat buat sendiri mostly semua nya.
Buat masa ni aku akan prepare sikit-sikit apa yang perlu.Yang mana nak kena DIY ke kan.
Next kalau confirm buat.Aku share la yer.
Wish me luck ! (^_^)





Salam Sayang,
Sulinda





Thursday, October 30, 2014

SHORT GETAWAY TO AVILION PORT DICKSON

Assalammualaikum,

Rasa macam dah lama tak update blog.bersawang sudah blog ni.
Ok lah..kali ni saja nak update cerita percutian singkat masa cuti deepavali ritu.
Plan asal nya nak pergi Pulau perhentian.
Tapi terpaksa di batalkan atas sebab-sebab faktor cuaca tak menentu.
Disebabkan masa raya haji kami dah pulang ke Perlis.
Cuti panjang deepavali kami plan untuk bercuti.
Nak cerita tentang percutian ni.
Memang banyak tempat yang kami servey untuk kepuasan sendiri.
fokus utama kami ialah aktiviti apa nak buat.
Kami bertolak pada hari Khamis.sebab hubby masih kerja pada pagi tu.
Check in pukul 3 petang.
Sepanjang perjalanan tu rasa macam tak sabar nya nak bersantai-santai bawa marissa enjoy percutian ni.
Alhamdullilah...sepanjang perjalanan selama 3 jam tu lepas marissa makan,minum susu dia tidur sampailah dah nak masuk Port Dickson.
Agak dalam 2 jam jugak lah di tidur.
Bangun-bangun je..muka memang fresh gitu..keseronokan nak bercuti dah bermula.
Ni kira 1st holiday trip bagi marissa.sebab kami bercuti 3 hari 2 malam.
selalu nya kami cuma stay 2 hari 1 malam sahaja di hotel.tu pun selalu kami stay sebab
perjalanan dari perlis ke JB sangat panjang.So kami akan singgah di KL atau Melaka untuk 1 malam.
Jalan-jalan dulu,esok nya lepas check out kami pulang ke Johor.
Baiklah,berbalik dari nak bercerita pengalaman bercuti di AVILION Port Dickson ni.
Sampai-sampai check in dulu.
Marissa tengok swimming pool dah nampak excited muka dia...
Tapi sabar dulu..kita tengok bilik dulu.
Marissa & Hubby memang sama.sampai-sampai...check & servey semua ruang dalam bilik tu.
Tempat yang marissa paling  tak sabar bila tengok ialah bath tub.
Awal-awal sampai terus berkubang kat dalam bath tab dan mandi shower.
Seronok melayankan karenah si kecil yang baru nak faham keseronokan bercuti =)
Hari pertama memang tak banyak aktiviti la.pasal check in pun dah petang.
Malam pertama sampai kami dinner kat hotel jugak.Dah malas nak keluar cari makan.
Boleh tahan jugakla harga buffet per person RM80 ++ gitu gini + tax sorang cas RM100+
Kanak-kanak bawah 2 tahun FOC.
Aktiviti hari kedua bermula lepas subuh tu kami nikmati angin pagi di balkoni & beranda ada tilam.
Pukul 7.30 am kami dah bersiap untuk sarapan pagi dan siap-siap bawa pakaian mandi.
Awalnya?ye..kami memang selalu begitu tiap kali hari cuti.even Sabtu & Ahad.
Ambil masa untuk sarapan dulu..pukul 8.30 am badan sudah panas moh ler kita terjun mandi.
Ok swimming pool Avilion ni memang puas hati besar nya..ada 3 kolam untuk 1 untuk budak-budak, 1 kolam sederhana & 1 lagi  kolam untuk orang dewasa sahaja.

Puas mandi manda,Kami singgah ke Animal farm.kecil je tempat nya.
Boleh la tunjuk marissa peacock,bird,ayam,arnab & sebagainya.
Kemudian kami balik bilik bersihkan diri berehat.Tidur dulu.
Boleh tahan jugak lah masing-masing anak,bapak nya tidur lena hampir 2 jam.
kepenatan sangat lah kan..ummi nya je tak tidur pasal memang jarang nak tidur siang hari.
Pukul 3 ptg kami bersiap untuk keluar makan.Perut pun dah laparkan,Siap sekali bawa barang nak berkubang lagi,nak bawa marissa mandi pantai pula.
Avilion memang ada pantai private untuk tetamu sahaja.Pantainya pun bersih dan terpelihara.
Cuma tak berapa luas sangatla.
Marissa 1st time pergi pantai.So dia menjerit-jerit tak mahu pijak pasir.Geli ke takut ke tak tahulah dia..
Balik dari puas bermandi manda,sebelum sunset tu kami jalan-jalan di sekeliling kawasan peranginan tu.Ambil gambar untuk kenangan.
Senja kami balik ke bilik bersihkan diri & berehat.
Pukul 8 malam kami makan malam di Hotel sahaja.Disebabkan kepenatan nak dinner di luar,.
Malam masing-masing tidur awal kepenatan.

Hari terakhir sebelum check out pukul 12 tengahari. Kami gunakan waktu yang ada dengan sebaik nya.
Pagi-pagi dah bangun.Pukul 7.30 pergi sarapan dan mandi manda lagi.
Tapi pukul 10 marissa dah boring & kepenatan dah..dia tak nak mandi.
Kami balik ke bilik berkemas untuk Pulang.
Itu jela cerita percutian kami ni.
Takdelah menarik sangat,Tapi sekadar perkongsian.
Kalau pergi lagi ramai lagi meriah rasanya.
Alhamdullilah sepanjang percutian marissa nampak sangat enjoy & tidur dengan lena.
Kami pun rasa relax & chill sepanjang percutian.
Kat Avilion ni banyak lagi aktiviti boleh buat sebenarnya.Boleh memancing,ada Movie cinema untuk yang berkeluarga & ada lagi aktiviti-aktiviti lain yang belum sempat nak explore.
Masa suntuk lagi kan.
InsyaAllah next time kalau datang lagi mana tahu ada rezeki lagikan.
Next getaway macam nak rasa bercuti di Avani Sepang Gold cost pulak.
Dengar review ramai cakap best.
Tengoklah macam mana masa & peruntukannya jugak kan.
Ok lah sampai sini dulu yer.

















Salam sayang,
Sulinda






SOLE-GARAM MINERAL

Sole ialah air pati kristal garam mineral yang berusia 252 juta tahun dari banjaran Himalaya.Setiap titis sole mengandungi 84 mineral yang diperlukan tubuh manusia. Ia diambil berdasarkan kajian Dr pakar Dr.Linus Pauling (penerima anugerah Nobel 2 kali).Ia 100% semulajadi,bersih,halal dan suci dikilangkan secara Islamik (IMP) oleh bumiputera Islam.

Sole sesuai untuk semua peringkat umur bagi menampung kekurangan mineral dalam tubuh akibat pencemaran racun serangga dalam sayur dan buah. Ia juga berfungsi untuk kesihatan menyeluruh tubuh, menyahtoksik,awet muda,menguatkan sistem imun tubuh,menyembuhkan penyakit tertentu seperti sakit jantung,sakit buah pinggang,fibroid,ekzema,resdung,darah tinggi,kencing manis,gout dll.

Sole sangat berkesan jika digunakn bersama Qaseh. Qaseh adalah pembekal nutrient. Sole pula 100% mineral. Mineral diperlukan tubuh untuk menyerap nutrient. Jadi jika ingin kesan maksimum penyerapan Qaseh, amalkan bersama Sole agar lebih efektif.


Sebotol sole 170ml,hanya gunakan 5ml dituang dalam 1.5L air dan diminum sebagaimana air biasa.Harga sebotol rm52.Pos rm6 (sem). Jumlah rm58.

Perkahwinan adik saya

Teks: Sulinda Sulihan
Assalamualaikum…
Hari ini punya cerita takde la best sangat.Tapi saya Cuma nak kongsikan sikit tentang majlis perkahwinan adik saya yang berlangsung pada 03/May/2014 hari sabtu lepas.
Tak banyak pun nak diceritakan.Cuma yang saya rasa bangga dan bersyukur sangat sebab majlis jamuan sempena pernikahan adik saya diadakan dirumah saya dan suami sendiri.Disamping itu jugak kami ada menjemput imam dan Jemaah masjid untuk bacaan doa kesyukuran dan selamat.
Majlis ini memang sangat sederhana,malah jemputan Cuma 300 orang sahaja terdiri daripada keluarga,saudara mara,jiran-jiran dan kenalan dekat.Minta maaf pada yang tak dijemput kerana resepsi di tempat lelaki akan kami jemput insya Allah…kami akan campurkan jemputan lelaki dan pihak perempuan.Majlis nya akan diadakan di KL.Kami memang  berhasrat untuk mengadakan majlis yang serba sederhana sahaja bagi mendahulukan yang wajib dahulu.Masa perkahwinan saya sendiri dan adik saya wani memang ramai jemputan kami..Jadi kali ni kami buat secara sederhana sahaja memandangkan kami akan combine jemputan pihak lelaki dan perempuan masa majlis resepsi nanti.

Sejujurnya saya rasa sangat gembira dan bersyukur dengan pengurusan majlis ini yang  meriah  dengan kehadiran saudara mara jauh dan dekat malah majlis berjalan dengan sangat santai dan kami tak terasa kepenatan kerana kami  sekeluarga saling bantu membantu .Terima Kasih…syukur pada Allah kerana memudahkan majlis yang serba sederhana dan banyak kekurangan ini.Semoga kami semua dapat barakah daripada Nya.Amin.

Bilik anak perempuan

Entry  saya kali ini saya nak cerita tentang dekorasi bilik anak perempuan
Kami memilih tema yang simple dan universal.
Takde kartun atau bunga-bunga sangatla.
Jadi bila anak dara dah membesar senang la tak perlu tukar-tukar tema bilik
pilihan warna yang kami nak sesuai kan dengan tema ialah baby pink dan putih
konon-kononnya nak buat ala english style
Hubby saya paling semangat mengecat dan mendekorasikan bilik marissa
kebetulan pula adik saya akan berkahwin dan majlisnya dirumah saya.
bolehla bilik itu digunakan untuk pengantin hehe
drawer wardrobe tu dari Ikea.Tapi hubby saya cakap kualiti drawer tu tak berapa ok.
so nanti kami akan cari almari lain yang tema english yang penting putih.
Katil pula kami beli semasa home fair kat Persada awal April hari tu
Katil kami beli  dari Country Living.Saya suka sangat katil warna putih tu
Sebenarnya dekorasi bilik ni belum siap sepenuhnya.Tilam pun belum sampai lagi
Masih banyak yang perlu difikirkan untuk dekorasi.
Apa yang kami perlu berhati-hati ialah tentang bajet untuk dekorasi.Sebab itu projek dekorasi ini akan dibuat sedikit demi sedikit dan berperingkat.InsyaAllah lama-lama nanti siap la yer projek dekorasi rumah impian kami ni.
Ada lagi 3 bilik termasuk Master bedroom untuk di ubahsuai kan menjadi bilik yang selesa dan simple.
Nanti saya akan kongsikan serba sedikit
Ala dekorasi orang kampungan je…hehe
Ok…jumpa lagi di entry akan datang


Salam mesra :Sulinda
Designed by UMIESUEstudio 2014