Disclaimer

:: Declaration of images are the intellectual or personal property, image usage is strictly prohibited without the written consent the blog owner, Failing which may result in possible legal action against the involved party using the image::

sebarang penggunaan gambar atau entry peribadi di dalam blog ini tanpa keizinan untuk tujuan peiklanan atau jualan adalah dilarang sama sekali

Monday, November 12, 2018

Marissa's Graduation Day 2018 - Sri Kamariah Kindergarten @ Horizon Hills Resort


Assalammualaikum wbt

Hai Readers

Sebelum aku terlupa pasal ni baik lah aku buat entry pasal ni
Yup It's Marissa's Graduation Day

Last week Concert Day 
This week Graduation Day

Pagi-pagi tu kami sampai on time 9.30 pagi
masa tu kena daftar
start majlis dalam pukul 10 pagi
kalau refer tentatif program ada jamuan makan tengahari pukul 12.30 pm
Tapi masa tu aku memang dah kelaparan tahap cipan
Memang aku tak sempat nak sarapan apa2 terus menuju ke Horizon Hill Resort
So aku bawa medina pergi cafe kat situ cari makanan
Aku order nasi lemak ngan sandwich
harga standard resort lah
Nasi lemak RM18 haha ambik ko
tapi di sebabkan aku kena makan jugak sebelum gastrik menyerang
aku melantak je
Nasi lemak tepi jalan lagi sedap aku rasa hehehe
Sorry to say 

Aku harap sangat kalau ada event tu pagi2 sediakan lah sandwich ke dengan air panas untuk parent boleh guna kupon sarapan pagi ke kan 
at least alas perut
pagi2 terkejar2 tak sempat sarapan huhuhu


Makan pun kelam kabut pasal suami dah call cakap dah start dah
nasib baik la turn branch Sri Kamariah Pasir Gudang belum sampai lagi
Lepas makan aku terus menuju ke dewan ballroom
Tengok sorang2 anak2 ambil sijil atas pentas tu 
sebak rasa teringat 3 tahun marissa kat sekolah tu
dari 1st dia masuk sekolah dari tak tahu baca
Sampai je turn marissa aku elak nak menangis je
Emosi bagai kan hahaha
" gembeng"  orang jawa cakap
tapi aku buat2 takde apa je
padahal airmata dah nak tumpah dah
malu nak nangis nanti parent lain cakap apa pulak 
Over ko eh hahaha
macam ko sorang ada anak huhu


















Aku suka belon2 tu ada gambar2 kids
Sangat comel 









Masa ni tanggal dah tudung
berpeluh2 dah berlengas masing2











Horizol Hills Resort ni luas sangat tempat yang sesuai untuk occasion camni








Pelajar2 nyanyi lagu Iman adalah mutiara dan lagu Picture Of you - Boyzone














Kelas K2 Star teacher Fid



Teacher Fid dan Teacher Syima dengan marissa





Home...(^_^)

Overall aku rasa semua nya ok..berjalan lancar 
walaupun terkejar2 anak2 masing2 huhu
Tempat luas ,makanan sedap..ada nasi beriani,pelbagai desert dan kek 
puas hati cuma part nak mintak ada breakfast ye teacher (^_^)

Dear Marissa,
Doa ummi dan Papa..
Ini permulaan perjalanan marissa
Panjang lagi perjalanan hidup marissa
Hidup ini tidak mudah asalkan kuat pendirian diri dan sentiasa positif 
Marissa akan hadapi pelbagai ujian,jatuh bangun kehidupan 
Ummi dan Papa sentiasa di sisi mu...
Semoga Allah pelihara marissa dan kurniakan marissa kejayaan dunia dan akhirat
Jadilah anak yang berguna ye ..
Ummi Papa sayang marissa
Aamiin

Anyway nak terima kasih pada semua teachers Sri Kamariah branch Pasir Gudang untuk didikan dan kasih sayang diberikan pada anak2 kami
Keep it up Yasss !! 

Salam Sayang
Sulinda

No comments:

Post a Comment

Designed by UMIESUEstudio 2014