Disclaimer

:: Declaration of images are the intellectual or personal property, image usage is strictly prohibited without the written consent the blog owner, Failing which may result in possible legal action against the involved party using the image::

sebarang penggunaan gambar atau entry peribadi di dalam blog ini tanpa keizinan untuk tujuan peiklanan atau jualan adalah dilarang sama sekali

Tuesday, August 11, 2015

Pregnancy sickness

Assalammualaikum wbt.

Lama aku menyepi kan.
Last update blog bulan Februari .
Jangan kata blog,FB ke Instagram pun ikut mood jugak..
Fuh..memang macam-macam cerita dan dugaan.
Mostly part pregnancy sickness selama 2 bulan lebih
sejak tu hari-hari aku rasa macam tak kena je..
Muntah-muntah,sakit dada,pening,letih,asyik nak tidur aje.
Tak boleh telan makanan.tak boleh kerja..asyik MC manjang aku ni..
sampai aku rasa nak berhenti kerja 
Tapi orang suruh aku banyak bersabar..dugaan katanya..
nak senyum pun aku takde mood ..serius...
Bulan puasa ritu aku ingat kan aku tak kan boleh puasa.
sebab loya,lemah dan tak boleh lapar..
Tapi ternyata aku boleh puasa,cuma ponteng 5 hari
Itu pun sebab cirit birit gastrik.
seronok dapat berpuasa..nikmat waktu berbuka lagi-lagi dapat air katira
gheee

start je nak raya tekak aku makin berselera
Sampai la sekarang alhamdullilah selera makan dah bertambah
dah tak muntah-muntah,baby pun bergerak aktif.
Dah boleh masak dan buat kerja rumah sikit-sikit
cuma aku selalu sakit punggung kalau lama berdiri atau berjalan.
Letih tu jangan kata la..selalu malam cepat je aku masuk tidur.
Syukur suami rajin dan pandai jaga anak.
aku boleh la berehat.
Nanti macam mana la dah beranak dua
doa-doa semua dipermudahkan Amiin..

Salam Sayang,
Sulinda



Tuesday, February 10, 2015

PERPUSTAKAAN AWAM PUSAT BANDAR PASIR GUDANG


Assalammualaikum semua..

Moga hari ini lebih baik dari semalam ye (^_^)
Lately aku asyik fikirkan bahan-bahan pendidikan awal untuk anak je
apa yang sesuai untuk dia?
macam mana nak didik dia suka membaca
Al maklum kami bekerja 
masa kurang nak mengajar
Tapi itu bukan alasan untuk tidak memberikan anak yang terbaik
Jadi bila balik dari kerja aku akan ambil anak 
balik dah sibuk-sibuk nak memasak,nak basuh baju,nak mengemas
Semua kena buat express dalam 1 masa
Pasal nak kejar timing sebelum mahrib untuk solat,mengaji dan ajar anak mengaji iqra'
So aku memang selalu  harapkan hubby balik awal sikit
Jadi sementara aku memasak,dia boleh la tolong melayan anak 
Lepas maghrib tu seboleh-boleh kami melayan,bermain sambil belajar dengan anak 
Jadi kami cover balik masa untuk anak setiap hari sabtu dan ahad.
Bangun pagi-pagi
Jalan-jalan dekat tasik berdekatan rumah
keluarkan peluh
pergi sarapan..memang seronok sangat 
Masa ni memang kami tunggu-tunggu
seronok sangat dapat bersama keluarga tiap sabtu ahad
untungla pada yang dapat duduk rumah jaga anak fulltime
salute kat korang
So last week 
Kami pergi ke kedai buku cari bahan bacaan untuk anak
kami singgah ke perpustakaan awam baru Pasir gudang
Dah pindah kat pejabat TNB lama
1st time pergi memang teruja
tempat baru kan
Dah tahu dah lepas ni weekend kami akan bawa anak selalu ke library 
Tempat nya lebih selesa
Ada bilik untuk kanak-kanak kecil bermain dan membaca
Sila lah tengok sendiri gambar-gambar aku ambil tu
tak dapat ambil semua sudut sebab segan nak ambil gambar banyak2 hehehe 
















Ni bilik mainan anak
Nanti kami akan upgrade lagi bilik mainan sekali dengan bilik bacaan
Jangan lupa rajin-rajin bawa anak ke library selalu ye..
Sampai jumpa lagi (^_^)



Salam Sayang,

Sulinda


Thursday, February 5, 2015

I WILL SAVE MORE MONEY THIS YEAR !! (^_^)

Assalammualaikum...

Lama menyepi..Bukan apa tak menyempat nak mengarang...
Ceh bajet ada yang menanti kih3
Anak tak sihat pun ye...
Susah hati kalau anak tak sihatkan..
batuk-batuk dengan selsema lagi
bila batuk dia muntah lendir atau muntah susu
bila marissa start tak nak minum susu,tak nak makan...
meragam sakit tekak..
tu petanda dia nak radang tekak.
dia mudah kena radang tekak..
tu yang risau..
nasib la suami selalu ada kalau masa anak tak sihat
boleh juga gilir-gilir bila kepenatan anak kalau dia meragam.
kalau dia tak sihat rindu keletah dia yang happy go lucky tu..


Owh ye bukan ni isi sebenar kepada subjek post kali ni...
tu baru mukadimah je (^_^)

Ingat lagi salah satu azam aku tahun ni adalah nak saving more money?
ok...kenapa azam menyimpan duit?
aku akui aku ada masalah pengurusan wang.

lagi satu aku macam dah ketagih online shopping sampai aku tak rasa bersalah 
then aku rasa puas hati dan gembira bila aku boleh beli apa je aku nak
1 kepuasan bila barang sampai depan mata...
yang pelik nya tiap-tiap minggu aku pergi window shopping kat luar..
Barang depan mata aku tak beli pulak
Barang yang aku tengok kat Instagram,FB atau website aku boleh beli semudah di hujung jari je.
5 minit klik Maybank2U
Duit camtu jela melayang..


Jadi ambil masa juga aku fikir untuk rancang strategi untuk menyedarkan diri sendiri.
Benda-benda macam ni sebenarnya bermain dengan mental & emosi kita.
Aku berperang dengan keinginan diri sendiri..
Contohnya :
Kenapa tak boleh beli apa aku nak?
aku kerja ada duit gaji,
penat-penat kerja aku nak beli apa aku nak la..
atau pun..."ala..RM30 je kot" campur postage lagi RM6.
bermula dari ala murah je..
Ala kali ni je..
Ala bila lagi..
Ala..ada promo..limited time only pulak tu..
Ala bosan la berjimat..haha
macam-macam lah hehehe

So aku muhasabah diri dalam-dalam..
Kalau aku tak betul-betul komited dan serius simpan duit dari sekarang la..
nanti mana tau kan tiba-tiba kita perlukan duit sangat-sangat tapi berapa aja yang kita ada?
Masa kita shopping online kita bangga dengan kawan-kawan 
Happy betul masa dapat barang tu
Rasa kepuasan dapat beli apa di idamkan
Korang yang suka beli online memang tau perasaan tu hehe
Tapi masa kita tak berapa ada duit saat kita memerlukan duit
Masa tu baru kita sedar pun tak guna dah kan
 kita nak meminta-minta orang pulak ke?
Agak-agak segan tak?
Salah siapa tak beringat?
Salah diri sendiri kan..

So mulai bulan Januari tu aku dah plan baik punya..
aku bahagikan simpanan kepada 2 simpanan
1 simpanan bulanan,1 simpanan harian
simpanan bulanan lepas dapat gaji terus asingkan at least 10% dari gaji dan 
 transfer masuk akaun lain
Ikut kemampuan la nak simpan berapa %
Bayar diri sendiri dulu
kenapa dah simpan bulanan nak simpan harian pulak?
Kerana untuk disiplin kan diri..
Simpanan harian tu ikut la berapa kemampuan kita tu..
Aku simpan sehari RM10
Cukup sebulan 30 hari dapat RM300
Kalau bulan Februari ade 28 hari je top up la cukup kan RM300
Ikut korang la nak simpan berapa
Ada orang simpan duit Hijau RM5
Walaupun RM1 sehari pun tetap kena simpan 
kalau korang nak simpan emas pon BOLEHH..suka hati korang lah
hehehe...kan ikut kemampuan..

Sebab tu orang tua dulu-dulu banyak harta.
Arwah nenek tukang urut orang je 
Duit boleh tahan la duk selit-selit simpan
Benda camtu kalau buat masih praktikal lagi la
Selain simpan di Tabung Haji atau Akaun lain.


Aku banyak baca blog mengenai simpanan kewangan,merancang kewangan
macam-macam idea la kan blogger share cara dorang.
Actually aku dah start saving secara serius sejak beberapa bulan lalu
Untuk azam tahun ni lagi kuat untuk aku menyimpan.
Mula-mula rasa patah semangat juga..
Aku dah terbiasa membeli tanpa merancang
tiap kali dapat gaji rasa excited nak beli macam-macam 
Sekarang tengok Instagram ke,FB ke memang rasa "Jaki" je
haha pasal tak boleh shopping
Sorry to kawan-kawan meniaga online yang tagging kat IG / FB tu
yang hantar promo kat whatsapp tu..
Maaflah..buat masa ni aku cuma beli apa yang PERLU sahaja
Barang keperluan dan kesihatan sahaja.

Seriously kalau tak betul-betul komited
Tak ada kesedaran
Tak ada kesabaran yang utuh eceh..=)
Nak simpan RM20 sebulan pun ada orang cakap 
tak boleh la...belum boleh nak menyimpan
bajet tak cukup la..
pelbagai alasan di beri









Yang ni hasil daily saving
aku siap-siap sediakan sampul untuk 12 bulan punya
siap kalendar nak tanda bila dah masuk kan duit hari-hari dalam sampul tu
masa awal-awal praktikal buat camni dulu
aku gagal
pasal sikit-sikit aku tarik duit tu balik
bila fikir-fikir punca nya aku gagal
Rupanya sebab aku tak ada target dan tak berdisiplin
Katakan target simpanan harian RM150 sebulan
So hari-hari kena tarik RM5 dari poket dan simpan
tak perlu tunggu duit hijau pun takpe.


Yang duit syiling ni aku mengira dengan anak aku
memang nak didik dia bijak menyimpan dari awal lagi




So korang dah bersedia untuk tabahkan hati untuk disiplin menyimpan?
Ada satu blog aku baca tu
Dia cakap kalau kita happy membeli
kita kena betulkan balik mind set
happy saving pulak
ye aku tahu bukan senang
lagi-lagi kalau pergi JPO jalan-jalan nampak banyak butik
rasa tercabarkan
melainkan kalau korang memang banyak duit takde hal la
korang shopping ribu-ribu  dalam akaun ada ribu-ribu lemon lagi (^_^)
Tepuk dada tanya kemampuan

Ok Bye

Salam Sayang,
Sulinda



Friday, January 23, 2015

BAHAGIA ITU SUBJEKTIF

Assalammualaikum wbt.

Salam Jumaat..
Salam Barakah

Semoga hari ini lebih baik dari semalam

Seorang sahabat beritahu saya.
Dia cakap "Aku happy tengok kau happy"
Aku tengok hidup kau sekarang lebih bahagia..
Lebih teratur...Dari dulu..
Dulu...Kau selalu bersedih..banyak masalah...bla..bla..bla..


Bila aku baca aku senyum sendiri..
Jawab aku.."Alhamdullilah...aku bersyukur dengan nikmat ini"
Tapi jauh dalam sudut hati aku ni..
Aku rasa takut..
Takut dengan bahagia dan nikmat yang aku rasa ni hanya di dunia sahaja..
Dan hanya sementara
Hidup ini ada pasang surut nya..
Kat akhirat nanti bila urusan dunia dah selesai..
Urusan kat akhirat pula..
Nak menjawab dengan Allah tentang dosa-dosa kita..
Amalan2 hidup kita ni...
Cukup ke..Ya Allah..
Moga Allah masih beri kita peluang untuk bertaubat dan beribadat kepada Nya.

Pada Aku..
Bahagia itu sesuatu yang Subjektif
Kita boleh merasa bahagia dalam apa juga keadaan..
Apa jua dugaan dan halangan
Bila kita redha..
Kerana bila kita mengharapkan sesuatu atau seseorang itu akan membahagiakan kita
itu belum tentu lagi..
Sebab bahagia datang dengan izin Nya...
Apa yang kita harap tak semestinya yang terbaik buat kita..


Allah tak kan uji hamba Nya dengan Ujian yang sama...
Kita semua di uji dengan sesuatu yang berbeza.
Terpulang pada kita cara kita menghadapi nya..

Untuk kehidupan sekarang ni...
Aku bersyukur...
tipula kalau tiada dugaan dan cabaran...
Nama pun kehidupan...

Tiap-tiap hari yang di lalui adalah hari yang sangat penting
Tiap-tiap minggu bila hari cuti
Memang hari bersama keluarga sangat bermakna.
Jadi seorang isteri kepada suami,ummi kepada anak,
anak kepada ibu bapa,kakak kepada adik-adik juga bukan sesuatu yang mudah
Sebab kita manusia biasa..
Kita tidak sempurna..
Kita tak kan dapat memuaskan perasaan semua orang.
Kita cuma boleh usaha buat yang terbaik untuk beri kebahagiaan itu 




Cukup lah untuk kali ini...
Sekadar perkongsian yang sedikit..
Moga kita sentiasa menjadi insan yang bersyukur...
Untuk bahagia dan rezeki ini..
Alhamdullilah..Amin..


Salam Sayang...

Sulinda








Tuesday, January 13, 2015

CHILDHOOD MEMORIES


Assalammualaikum...

Salam Selasa..
Ha...? baru selasa..
bila nak hari Jumaat ni hehehe
Sekarang musim budak2  naik sekolah kan..
Ada yang 1st time sekolah
aku tahu betapa bangga dan terharu tengok anak membesar dan mula masuk sekolah.
Gheee marissa nak sekolah?
Ummi belum sedia lagi..
Jadilah budak kecik dulu...(>_<)
Ummi ngan papa tengah seronok tengok keletah awak yang gedik tu..huhu
Bila masa yang sesuai nak masuk kan anak sekolah?
Hmm aku macam nak masuk kan masa umur 3 tahun
Tapi macam awal sangat tak?
Tahun ni mudah mudahan marissa dapat adik keluaran 2015
memang nak tambah dah
Tapi belum ada rezeki lagi...

So apa kena mengena tajuk cerita tu?
Haha saja je...
Aku harap bila marissa dah besar nanti
dia mungkin tak berapa ingat memori masa zaman kecik2
So aku dah simpan gambar marissa lebih kurang 8k
dan video rekod adalah dalam 400 gitu
8k?betol ke tak betol? haha
Zaman kecik2 ummi tak dapat merasa macam marissa dapat sekarang ni
Ni rezeki kamu lah anak
Dan rezeki adik2 kamu yang akan lahir InsyaAllah
Nikmati lah saat2 ini sebelum kamu membesar dan berjuang untuk kehidupan
yang sangat mencabar.








































Perkara paling penting untuk anak2 adalah...
mendidik anak2 itu dengan didikan agama...
Menyediakan simpanan masa depan & pendidikan
Insurance...
Disiplin..
dan..banyak lagi..
semua untuk mu anak


Salam Sayang,
Sulinda


Wednesday, January 7, 2015

BALIK PERLIS



Assalammualaikum...

Minggu ni punya cerita takdela best sangat
saja nak update cerita balik kampung mertua (Perlis)
Last minute decision katanya
Petang balik kerja 
Rushing balik rumah kemas2 barang nak balik Perlis.
Kami bertolak pukul 9 malam lepas dinner
Lepas dah layan marissa main kat tesco Seri Alam
Sampai Perlis pukul 5 pagi
Believe it or not?
Yes,believe it !!
Should be kami sampai at least pukul 9 pagi
tapi kami sampai pukul 5 pagi
jalan masa tu clear
hubby redah punya laju
aku jadi JPJ reminder
laju je aku bunyi la..
"sayang...slow sikit " hehe
alhamdullilah cepat sampai hati pun lega
sebab kesian kan anak tido kat carseat 
tapi marissa tido all the way
 sampai kedah dia bangun kami berhenti rest kejap
baru gerak balik
smooth sangat perjalanan masa tu
bukan senang nak dapat jalan clear macam tu yer.
Sampai je kampung 
kami  pun dah tak larat.settlekan apa yang perlu
kami tidur dan rehat.
petang tu aku dah ajak adik ipar aku merempit pergi Padang besar
memang terhad sikit la nak shopping
pasal bawa motor kan
terhad2 pun banyak jugak aku angkut! hehehe
gasakla kan..











Sempat jugak la snap gambar pemandangan yang sesejuk perasaan ini huhu
bila berada kat perlis
aku rasa nyaman dan aman jauh dari hiruk pikuk 
tengok kawasan nan menghijau sangat menenangkan
sejak dulu aku study kat perlis tu
sampai sekarang aku rasa tenang sangat kalau kat perlis ni



Kami gerak jumaat malam sampai perlis pukul 5 pagi
Ahad esok nya kami gerak balik Johor pukul 3 petang 
sampai johor pukul 1 pagi.
Isnin nak kerja pulak tu (halfday je)
Haa...member kata balik perlis 2 ari macam balik kota tinggi johor jek
No komen (^_^)
Lepak memang lepak la
Tapi kami dah kebiasaan begitu
Kalau tak tiap bulan balik,2 bulan sekali balik la kampung.

Tengok pic char kuew tiaw tu aku makan kat berseri,perlis
Ipar aku belanja..
Sedap...tempat ni aku kira famous juga la
pasal datang2 je penuh orang
rezeki kami ada table kosong kat hujung nunnnn sana
Rasa nya memang sedap..
ada ketam..ada udang..
memang puas hati la
next time bleh pergi lagi 

Letih tak hilang lagi ni
jetlag katakan haha
balik kerja lepas makan malam
fikir nak baring-baring nak rehat & tidur je
asyik tidur awal je
tak sabar nak weekend lagi
nak cuti & rehat bersama keluarga

Ok..jumpa lagi next time

Salam Sayang,
Sulinda



Designed by UMIESUEstudio 2014