Disclaimer

:: Declaration of images are the intellectual or personal property, image usage is strictly prohibited without the written consent the blog owner, Failing which may result in possible legal action against the involved party using the image::

sebarang penggunaan gambar atau entry peribadi di dalam blog ini tanpa keizinan untuk tujuan peiklanan atau jualan adalah dilarang sama sekali

Thursday, February 5, 2015

I WILL SAVE MORE MONEY THIS YEAR !! (^_^)

Assalammualaikum...

Lama menyepi..Bukan apa tak menyempat nak mengarang...
Ceh bajet ada yang menanti kih3
Anak tak sihat pun ye...
Susah hati kalau anak tak sihatkan..
batuk-batuk dengan selsema lagi
bila batuk dia muntah lendir atau muntah susu
bila marissa start tak nak minum susu,tak nak makan...
meragam sakit tekak..
tu petanda dia nak radang tekak.
dia mudah kena radang tekak..
tu yang risau..
nasib la suami selalu ada kalau masa anak tak sihat
boleh juga gilir-gilir bila kepenatan anak kalau dia meragam.
kalau dia tak sihat rindu keletah dia yang happy go lucky tu..


Owh ye bukan ni isi sebenar kepada subjek post kali ni...
tu baru mukadimah je (^_^)

Ingat lagi salah satu azam aku tahun ni adalah nak saving more money?
ok...kenapa azam menyimpan duit?
aku akui aku ada masalah pengurusan wang.

lagi satu aku macam dah ketagih online shopping sampai aku tak rasa bersalah 
then aku rasa puas hati dan gembira bila aku boleh beli apa je aku nak
1 kepuasan bila barang sampai depan mata...
yang pelik nya tiap-tiap minggu aku pergi window shopping kat luar..
Barang depan mata aku tak beli pulak
Barang yang aku tengok kat Instagram,FB atau website aku boleh beli semudah di hujung jari je.
5 minit klik Maybank2U
Duit camtu jela melayang..


Jadi ambil masa juga aku fikir untuk rancang strategi untuk menyedarkan diri sendiri.
Benda-benda macam ni sebenarnya bermain dengan mental & emosi kita.
Aku berperang dengan keinginan diri sendiri..
Contohnya :
Kenapa tak boleh beli apa aku nak?
aku kerja ada duit gaji,
penat-penat kerja aku nak beli apa aku nak la..
atau pun..."ala..RM30 je kot" campur postage lagi RM6.
bermula dari ala murah je..
Ala kali ni je..
Ala bila lagi..
Ala..ada promo..limited time only pulak tu..
Ala bosan la berjimat..haha
macam-macam lah hehehe

So aku muhasabah diri dalam-dalam..
Kalau aku tak betul-betul komited dan serius simpan duit dari sekarang la..
nanti mana tau kan tiba-tiba kita perlukan duit sangat-sangat tapi berapa aja yang kita ada?
Masa kita shopping online kita bangga dengan kawan-kawan 
Happy betul masa dapat barang tu
Rasa kepuasan dapat beli apa di idamkan
Korang yang suka beli online memang tau perasaan tu hehe
Tapi masa kita tak berapa ada duit saat kita memerlukan duit
Masa tu baru kita sedar pun tak guna dah kan
 kita nak meminta-minta orang pulak ke?
Agak-agak segan tak?
Salah siapa tak beringat?
Salah diri sendiri kan..

So mulai bulan Januari tu aku dah plan baik punya..
aku bahagikan simpanan kepada 2 simpanan
1 simpanan bulanan,1 simpanan harian
simpanan bulanan lepas dapat gaji terus asingkan at least 10% dari gaji dan 
 transfer masuk akaun lain
Ikut kemampuan la nak simpan berapa %
Bayar diri sendiri dulu
kenapa dah simpan bulanan nak simpan harian pulak?
Kerana untuk disiplin kan diri..
Simpanan harian tu ikut la berapa kemampuan kita tu..
Aku simpan sehari RM10
Cukup sebulan 30 hari dapat RM300
Kalau bulan Februari ade 28 hari je top up la cukup kan RM300
Ikut korang la nak simpan berapa
Ada orang simpan duit Hijau RM5
Walaupun RM1 sehari pun tetap kena simpan 
kalau korang nak simpan emas pon BOLEHH..suka hati korang lah
hehehe...kan ikut kemampuan..

Sebab tu orang tua dulu-dulu banyak harta.
Arwah nenek tukang urut orang je 
Duit boleh tahan la duk selit-selit simpan
Benda camtu kalau buat masih praktikal lagi la
Selain simpan di Tabung Haji atau Akaun lain.


Aku banyak baca blog mengenai simpanan kewangan,merancang kewangan
macam-macam idea la kan blogger share cara dorang.
Actually aku dah start saving secara serius sejak beberapa bulan lalu
Untuk azam tahun ni lagi kuat untuk aku menyimpan.
Mula-mula rasa patah semangat juga..
Aku dah terbiasa membeli tanpa merancang
tiap kali dapat gaji rasa excited nak beli macam-macam 
Sekarang tengok Instagram ke,FB ke memang rasa "Jaki" je
haha pasal tak boleh shopping
Sorry to kawan-kawan meniaga online yang tagging kat IG / FB tu
yang hantar promo kat whatsapp tu..
Maaflah..buat masa ni aku cuma beli apa yang PERLU sahaja
Barang keperluan dan kesihatan sahaja.

Seriously kalau tak betul-betul komited
Tak ada kesedaran
Tak ada kesabaran yang utuh eceh..=)
Nak simpan RM20 sebulan pun ada orang cakap 
tak boleh la...belum boleh nak menyimpan
bajet tak cukup la..
pelbagai alasan di beri









Yang ni hasil daily saving
aku siap-siap sediakan sampul untuk 12 bulan punya
siap kalendar nak tanda bila dah masuk kan duit hari-hari dalam sampul tu
masa awal-awal praktikal buat camni dulu
aku gagal
pasal sikit-sikit aku tarik duit tu balik
bila fikir-fikir punca nya aku gagal
Rupanya sebab aku tak ada target dan tak berdisiplin
Katakan target simpanan harian RM150 sebulan
So hari-hari kena tarik RM5 dari poket dan simpan
tak perlu tunggu duit hijau pun takpe.


Yang duit syiling ni aku mengira dengan anak aku
memang nak didik dia bijak menyimpan dari awal lagi




So korang dah bersedia untuk tabahkan hati untuk disiplin menyimpan?
Ada satu blog aku baca tu
Dia cakap kalau kita happy membeli
kita kena betulkan balik mind set
happy saving pulak
ye aku tahu bukan senang
lagi-lagi kalau pergi JPO jalan-jalan nampak banyak butik
rasa tercabarkan
melainkan kalau korang memang banyak duit takde hal la
korang shopping ribu-ribu  dalam akaun ada ribu-ribu lemon lagi (^_^)
Tepuk dada tanya kemampuan

Ok Bye

Salam Sayang,
Sulinda



No comments:

Post a Comment

Designed by UMIESUEstudio 2014