Disclaimer

:: Declaration of images are the intellectual or personal property, image usage is strictly prohibited without the written consent the blog owner, Failing which may result in possible legal action against the involved party using the image::

sebarang penggunaan gambar atau entry peribadi di dalam blog ini tanpa keizinan untuk tujuan peiklanan atau jualan adalah dilarang sama sekali

Thursday, May 16, 2013

Pengalaman Terindah!Susu Ibu terbaik!


Susu Ibu yang Terbaik!

Saya nak berkongsi pengalaman saya sepanjang menyusukan anak.Menyusukan anak memang sesuatu yang mencabar emosi,fizikal dan tenaga sebenarnya.Memang nampak mudah.sebab apa?tak perlu susah-susah masak air,bangun tengah malam terhuyung hayang nak buat susu untuk anak.yang paling best sekali JIMAT!harga susu dipasaran sekarang memang mahal.Sebolehnya saya nak bantu suami saya jimatkan kos beli susu!Pada awalnya memang saya tiada langsung ILMU PENYUSUAN.Memang saya tak bersedia untuk menyusukan anak.Naluri keibuan itu datang sendiri untuk menyusukan anak apabila saya perlu menyusukan anak saya buat pertama kali selepas melahirkan nya.Susu takde!memang saya rasa frust!kesian anak saya yang masih kecil dengan mulut kecil munggil mencari-cari susu untuk diminum..mungkin ada sesetengah orang susu keluar dengan mudah n banyak!semasa berpantang,anak saya kerap menangis...
Kekuatan saya untuk meneruskan beri anak saya susu sendiri datang dari dorongan suami saya juga.Dia selalu ingatkan MIND SET kena betul.kalau kita fikir susu tiada.maka tiadalah susu nya!Dari otak juga menghantarkan isyarat pada sel-sel susu badan kita.Lagi sebab-sebab utama kekuatan saya untuk meneruskan penyusuan badan sebab nya suami saya cakap,bayi yang minum susu Ibu kurang dapat demam dan sakit!siapa yang tak sayang anak kan?Melalui perkongsian pengalaman dari ibu-ibu yang lain dan pembacaan memang ramai yang setuju tentang itu.Susu ibu mempunyai antibodi yang sangat UNIK bagi bayi.Bila saya down,saya letih,anak saya menangis,saya pun menangis!Lagi-lagi ketika berpantang,tiada pengalaman.Badan letih,sakit sana sini,nak jaga badan sendiri dalam masa yang sama nak menyusukan anak.Kata jer waktu berpantang adalah waktu berehat.Pada saya tidak!Saya "struggle"menyusukan anak!Memang pada awalnya saya sangat-sangat stress,tertekan,sakit-sakit badan,sakit kepala,anak meragam dan susah tidur malam.Saya dan suami berjaga kadang-kadang sehingga pukul 3 pagi untuk tidur kan anak.
Memang pengalaman yang terindah buat kami yang pertama kali menjadi ibu bapa.
Untuk menambahkan ilmu penyusuan,saya banyak juga berkongsi dan bertanya pada ibu-ibu yang berpengalaman menyusukan anak.Seronok rupanya!Ada juga yang tak dapat menyusukan bayi kerana susu sikit,susu cair,anak tak mahu susu ibu,eh bermacam-macam lagi lah.Tak kurang juga ibu-ibu yang gigih menyusukan anak-anak sepenuhnya!saya sangat tabik spring!Sebab apa?Bukan mudah ya!Tak cukup ilmu,Tak sabar,Tak cukup rehat,Tak cukup sokongan dan bantuan dari suami  memang boleh meruntuhkan semangat untuk menyusukan!Ada yang setuju tak?
Pada mulanya saya godeh-godeh internet untuk cari informasi kenapa bayi kerap menangis dan juga untuk mencari informasi kesihatan semasa berpantang.So nak dipendekkan cerita.Saya terbaca blog untuk banyakkan susu badan,Mula dari situ saya mula mengkaji,membaca...dengan yakin saya terus order Set 3M.
Pada mulanya saya berkira-kira juga nak beli set 3M ni.Tapi saya hanya nak cuba yang terbaik untuk anak saya,disamping nak jaga kesihatan.Dulu saya memang malas jaga kesihatan,dah sakit sana sini baru sibuk nak jaga...=) Untuk cantik,bergaya saya sanggup beli walaupun kadang-kadang mahal!Tapi untuk sihat,untuk anak?Tepuk dada jawab sendiri la eh...(^_^)
Saya cuba consume set 3M ni secara konsisten...dan mengikut tip-tip yang diberi.Alhamdullilah..
Kesan stretchmark di perut makin pudar,kesan-kesan hitam kat celah pudar juga,Susu jadi pekat,anak pun cepat kenyang,saya rasa lebih sihat,bertenaga dan lebih relaks...Susu pun bertambah..kalau tak dipam susu nya memang berat la...=)
Masa saya dah mula masuk kerja kawan-kawan cakap muka saya glowing dan nampak lebih berkeyakinan!
dan yg paling best nya berat badan turun dari 66 kg sebelum bersalin,berat saya sekarang 56kg!
Set penyusuan ni memang macam pakej pulak!3 in 1!susu bertambah,kesan parut pudar,boleh turunkan berat badan pulak tu!Best kan?
Untuk breastpump juga penting,pilih la breastpump yang bersesuaian...Supaya bagi yang bekerja boleh jimatkan masa dan tenaga juga.1st time saya mula bekerja selepas habis berpantang.Kakak-kakak kat ofis saya kagum dengan semangat saya mengepam susu untuk simpan stok anak.Diorang cakap zaman dorang dulu takde breastpump elektrik duo macam sekarang.Dulu semua manual/picit sendiri.Ramai yang rasa leceh dan memenatkan.Rata-rata cakap susu dah kering.Tapi pendapat saya lah..kalau ada ilmu,rajin usaha tanpa jemu,dapat sokongan suami,Insyaallah...Saya masih meneruskan perjuangan saya untuk beri anak susu yang terbaik..Yer masih berjuang walaupun ada pasang surutnya.Kadang letih,malas nak mengepam,malas minum air banyak-banyak,malas/lupa makan supplemen.Susu pun merundum.Lepas tu saya ingatkan balik matlamat saya untuk beri yang terbaik untuk anak.Seronok bila anak tak sabar-sabar nak menyusu dan kadang-kadang anak ketawa girang bila dapat susu ummi dia ni..Sehingga sekarang saya masih consume supplemen Shaklee.Antara supplemen yang  terbaik!Matlamat saya adalah untuk berikan anak saya susu badan sehingga 2 tahun.Itu saja la celoteh saya.Memang dah lama nak share pengalaman ni..
Tapi tak tahu nak mula dari mana...Sekiranya ada salah atau kurang kat mana-mana.Mintak maaf yer(^_^)
Happy for Sharing!

Terima kasih sudi membaca!
Pada yang nak komen atau share pengalaman dan ilmu jangan segan-segan yer!

Pada yang nak tahu lebih lanjut atau nak mencuba produk ini,boleh hubungi saya di:


Call/Whatsapp /SMS @ 012-7968695
FB:Mom's Healthcare & Beauty
Email:sulinda84@gmail.com

Diskaun hebat untuk anda.Best price promise!

No comments:

Post a Comment

Designed by UMIESUEstudio 2014