Disclaimer

:: Declaration of images are the intellectual or personal property, image usage is strictly prohibited without the written consent the blog owner, Failing which may result in possible legal action against the involved party using the image::

sebarang penggunaan gambar atau entry peribadi di dalam blog ini tanpa keizinan untuk tujuan peiklanan atau jualan adalah dilarang sama sekali

Thursday, February 28, 2013

Set Eu-Four Pack


Sejak dilancarkan Isnin lepas, alhamdulillah banyak pertanyaan dan order yang diterima. Ramai yang sukakan set ini, sebab  ada antara ibu-ibu yang anaknya alah dengan alfalfa . Apapun, jika ditanya set mana yang lebih bagus dan selamat antara set B dan Eu-Four Pack, saya akan cadangkan Eu-Four Pack. Ini kerana kalsium sangat diperlukan dalam proses penyusuan. Dan uniknya kalsium (Ostematrix) Shaklee ini, ia terdapat magnesium yang berfungsi meningkatkan penyerapan kalsium ke dalam badan kita secara efektif.



Apa Istimewanya Set Eu-Four Pack?

  • Sangat bagus diambil oleh ibu-ibu menyusu untuk meningkatkan penghasilan susu dengan lebih cepat dan banyak
  • Sangat bagus diambil oleh ibu-ibu mengandung bagi mengelakkan rasa kejang ketika hamil dan memenuhi keperluan kalsium harian
  • Sangat bagus untuk melegakan sakit-sakit sendi dan tulang, bisa-bisa yang dirasai di tangan atau kaki, sakit belakang dan sakit lutut
  • Sangat bagus diberikan kepada ibu bapa kita supaya hilanglah sakit-sakit lutut / sendi / tulang mereka
  • Sangat bagus diberi kepada suami / isteri untuk kesihatan dan memberi tenaga

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai set ini, jom kita tengok kandungannya:

1) Vitamin B Complex

Vitamin ini sangat penting untuk menukarkan makanan yang kita ambil kepada tenaga, meningkatkan pembentukan sel darah merah dan meningkatkan penghasilan susu. Ia membantu meningkatkan tenaga, mengurangkan kelesuan dan stress. Justeru,vitamin ini bertindak sebagai penenang dan meningkatkan fokus. B complex juga memelihara kulit dari dalam dan penting untuk kecantikkan, sesuai dengan namanya "B" for beauty.

2) Vitamin C

Membantu meningkatkan sistem pertahanan badan dan sangat penting untuk membentuk kolagen. Bertindak sebagai anti oksidan dan berperanan dalam membentuk kulit yang cantik. Membantu pembentukkan sel-sel baru, mempercepatkan proses penyembuhan luka dan demam serta berupaya mencegah penyakit barah.

3) Vitalea (Multivitamin)

Mengandungi vitamin dan galian yang diperlukan oleh tubuh badan manusia, formula lengkap dengan zat besi. Vita Lea adalah multivitamin dan multimineral, yang mengandungi 23 jenis vitamin mineral yang lengkap untuk keperluan harian. Membekalkan tubuh ibu dengan nutrient yang perlu agar ibu sentiasa sihat, cergas dan bertenaga. Dilengkapi dengan zat besi yang amat diperlukan oleh ibu yang menyusukan anak.

4) Kalsium

Kalsium sangat penting bagi ibu-ibu menyusu. Ini kerana susu ibu itu sendiri komponen utamanya ialah kalsium dan protein.Jika ibu tidak mengambil kalsium secukupnya,bagaimana badan ibu itu hendak menghasilkan susu yang banyak dan berkualiti? Disebabkan itu, ibu-ibu digalakkan minum susu secukupnya dan makan makanan yang kaya dengan kalsium seperti ikan bilis. Ada juga yang yang alah dan tidak suka minum susu, maka pilihan yang paling bijak ialah dengan mengambil Ostematrix (Kalsium) Shaklee. Ostematrix membekalkan 1000mg kalsium, jumlah kalsium yang diperlukan oleh badan. Dan telah terbukti,pengambilan kalsium dalam diet harian dapat membantu ibu menghasilkan susu dengan lebih cepat dan banyak, di samping menghilangkan sakit-sakit sendi dan tulang yang turut dirasai oleh kebanyakkan ibu-ibu yang baru lepas bersalin.

Kesemua vitamin ini berharga rm237 termasuk postage dan mampu bertahan untuk 4-5 bulan (kecuali kalsium hanya untuk sebulan). Namun begitu, jika anda ingin mencuba dahulu keberkesanan set ini, saya mengalu-alukan anda mencuba Mini Pack yang berharga RM 130 sahaja untuk kegunaan sebulan.

Sebagai tambahan untuk ibu-ibu bekerjaya yang menyusukan anak secara eksklusif, anda sangat-sangat digalakkan mengambil Energizing Soy Protein(ESP) untuk membantu penghasilan susu ibu yang banyak dan kesan yang maksimum.

No comments:

Post a Comment

Designed by UMIESUEstudio 2014