Disclaimer

:: Declaration of images are the intellectual or personal property, image usage is strictly prohibited without the written consent the blog owner, Failing which may result in possible legal action against the involved party using the image::

sebarang penggunaan gambar atau entry peribadi di dalam blog ini tanpa keizinan untuk tujuan peiklanan atau jualan adalah dilarang sama sekali

Thursday, February 28, 2013

Kulit Cantik Dengan Vita-C, E & B





Mengapa Vitamin-c dan vitamin-e ni begitu sinonim dengan rawatan untuk kecantikkan kulit?

Vitamin-c dan vitamin-e adalah : ANTIOKSIDAN yang bagus untuk mendapatkan kulit yang sihat dan cantik. 

Diabad ini, kulit kita sering terdedah dengan pencemaran udara, pencemaran alam sekitar dan sinaran UV yang memancar terik. Masalah kulit berpunca daripada radikal bebas yang terhasil dari persekitaran yang kotor dan kerjanya merosakkan kulit kita. Disini lah antioksidan memainkan peranannya, bertindak memusnahkan radikal bebas yang menyebabkan kulit bermasalah seperti jerawat, jeragat, kulit kusam dan parut yang sukar hilang.

Shaklee menyediakan vitamin asas untuk kulit iaitu : 

  • B-COMPLEX : Mengandungi 8 kumpulan vitamin B yang melengkapi antara satu sama lain. Ianya membantu untuk mengekalkan tona kulit yang sekata. Vitamin B3 yang terdapat dalam B complex membantu melembapkan dan memberi perlindungan kepada kulit. Menstabilkan hormon & mengurangkan stress yang boleh menganggu kulit yang menyebabkan jerawat.
  • VITAMIN-C 500mg : antikoksidan yang berfungsi untuk melindungi antioksidan lain. Ianya juga bertindak melambatkan proses kerosakan oleh radikal bebas yang menjadi punca kemusnahan kolagen serta masalah kulit kering, kedut serta garis penuaan.Vitamin C juga bertindak melindung dan membaiki kulit. Selain itu, Vitamin C adalah bahan utama dalam sintesis kolagen.
  • VITAMIN-E : Merupakan antioksidan yang powerful dan tidak dapat dihasilkan oleh badan. Bertindak meneutralkan radikal bebas serta mencegah proses penuaan daripada berlaku. Ia juga berfungsi meransang kelembapan kulit secara semula jadi dan menjaga keremajaan kulit.

Jom, saya kongsikan kegembiraan pengguna Set Skincare:







Best kan? Jadi untuk mendapatkan kulit yang lembab, cantik dan bebas jerawat, anda patut dapatkan Set Skincare Shaklee..

SKINCARE




SET D (SKINCARE SET) terdiri daripada :

B-Complex : 
-Menstabilkan hormon & mengurangkan stress yang boleh menganggu kulit dan menyebabkan jerawat!
-B for Beuty! Kekurangan B-complex boleh menyebabkan kulit wajah kusam.
-Bagus untuk kulit berminyak, whiteheads, blackheads, parut dan kulit kering.

Vitamin-C :
-Menguatkan sel2 tisu dalam badan. 
-Membantu memulihkan sel2 kulit yang luka dan berjerawat.
-Memainkan peranan penting dalam pengeluaran kolagen, yang membantu mencegah penuaan pra-matang. Kolagen adalah sejenis protein yang menyusun tubuh manusia. Kolagen adalah struktur yang terlibat dalam pembinaan tulang, gigi, sendi, otot dan kulit.

Vitamin-E : 
-Bertindak sebagai agen anti-penuaan. Pengamalan vitamin E dalam kehidupan seharian menjadikan anda kelihatan awet muda.
-Menghilangkan parut jerawat. Jadi kulit tampak lebih cantik, mulus dan berseri.
-Membantu penyerapan oksigen dengan lebih baik.
Mencantikkan kulit dan menampakkan wajah lebih muda dari usia sebenar.




ENERGIZING SOY PROTEIN (ESP) : 
-Mengandungi 9 jenis asid amino penting yg tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia. Hanya boleh diperolehi daripada makanan bagi pembentukkan sel2 kulit. 
-Sel kulit muka kita akan digantikan setiap 21 hari, jadi pengambilan protein yg berkualiti tinggi seperti ESP penting untuk memperbaharui -sel2 kulit dan menyingkirkan sel2 kulit mati.
Menganjal dan melembutkan kulit muka.

Jom tengok apa pula kata pengguna..


Nak dapatkan set D + ESP ni dengan HARGA ISTIMEWA?

Resdung, Eczema,Allergi,Asma Dan Gegata



Adakah anda mengalami gejala berikut :

  • Hidung sering gatal-gatal kadangkala sehingga kawasan mata & telinga 
  • Kerap bersin terutamanya diwaktu pagi
  • Berkahak dan mata sering berair
  • Kulit berparut-parut dan merah-merah akibat eczema.
  • Sering tergaru-garu akibat salah makan
  • Terpaksa berpantang makan kerana bimbang semput kalau tak jaga makan.

Pasti rasa tidak selesa sekiranya mengalami gejala di atas kan? Tambahan pula kalau sering tergaru-garu sehingga hidung merah dan mata juga berasa gatal.

Jadi saya mencadang anda mengamalkan beberapa vitamin shaklee. Insyaallah dengan syarat kita konsisten, rajin minum air, berdoa atas usaha kita dan bertawakal kepada Allah s.w.t

Vitamin C ~ Ianya sebagai antioksidan yang baik. Sangat penting untuk meningkatkan antibodi seseorang.

B-Complex ~ Bertindak sebagai penenang dan penstabil hormon.

Alfalfa ~ Mempunyai kelebihan dalam mengurangkan keradangan sakit itu sendiri. Ianya kaya dengan sumber klorofil dan membantu mengurangkan keradangan terutamana akibat dari eczema, resdung (sinus), alergi (allergy) dan gegata (hives). Walaubagaimanapun mereka yang mengidap penyakit SLE tidak digalakkan mengambil Alfalfa sebagai suplemen mereka.


Bagi anda yang ingin mencuba, kami sediakan trial Set G untuk 30hari :
  • 60 biji Vita-C
  • 30 biji B-complex
  • 120 biji Alfalfa

SET G


Hidung Sering Berair - Sangat Merimaskan

Resdung/Sinus adalah radang pada lapisan rongga hidung. Ia mengalirkan darah kotor yang menjadi punca kepada kerosakan kulit muka.Virus ini turut mengalir bersama darah yang boleh menjadi punca kepada kerosakan organ-organ tertentu dalam badan. Ia berpunca daripada alahan terhadap jenis makanan tertentu seperti makanan laut, habuk, parasit dan kutu. Apabila anda mengalami alahan, daging yg bertindak sebagai penapis udara didalam hidung akan membengkak dan seterusnya ia menyebabkan pergerakkan udara tersekat. Kalau udara tak dapat keluar pastinya ia akan terkumpul kat dalam tu. Kesannya, kulat akan tumbuh dan kawasan dalam hidung menjadi semakin membangkak. 


Bagi yg pernah mengalaminya atau sedang mengalaminya, pasti tahu tahap kesakitan dan kegatalannya kan? Saya dulu pun sangat2 sensitif dengan habuk. Terkena habuk sikit je, hidung sy mula gatal dan berair. Memang sangat merimaskan...Antara gejala lain seperti; sakit kepala, gatal-gatal, rambut gugur, hidung berair, bersin selalu, mata gatal-gatal, penglihatan kabur, telinga gatal, seluruh muka gatal,jerawat biasa atau batu,muka berbintik hitam,kahak banyak di kerongkong. JANGAN ANGGAP REMEH! Resdung boleh merebak ke bahagian mata dan boleh mengakibatkan anda hilang deria penglihatan.




Jadi hari ni sy kongikan dengan anda semua TIPS mencegah resdung.
  1. Rajin2 tukar sarung bantal, cadar dan selimut. Rendam 3 benda tadi dengan air panas. Tujuannya untuk membunuh kutu atau pepijat. 
  2. Ringankan tangan anda untuk membersihkan karpet/permaidani. Kalau perlu, gunakan penyedut hampagas (vacuum cleaner) yang berkualiti tinggi.
  3. Kalau anda nak mengemas rumah, pakai lah penutup hidung. Bukan pakai time H1N1 je tau..
  4. Minum air suam/air putih dengan banyak sekurang-kurangnya 8 gelas sehari.
  5. Selalu membersihkan muka anda dengan air suam dan lap dengan tuala bersih.
  6. Elakkan memelihara binatang berbulu seperti kucing dan arnab didalam rumah anda.


Dan TIPS terakhir, adalah TIPS yg paling ISTIMEWA untuk anda; ambillah makanan tambahan yg membantu anda berhadapan dengan masalah resdung.


Vitamin-C Shaklee
  • Berupaya memberikan perlindungan berkekalan, jam demi jam dengan menggunakan sistem perlepasan berkekalannya. Vitamin C merupakan bahan antioksida yang berkeupayaan tinggi yang juga turut dikenali sebagai nutrisi yang berupaya melakukan semua perkara.  Sustained Release Vita-C
B-complex Shaklee
  • Bertindak sebagai penenang dan penstabil hormon
Alfalfa Shaklee
  • Mempunyai kelebihan dalam mengurangkan keradangan sakit itu sendiri. Ianya kaya dengan sumber klorofil dan membantu mengurangkan keradangan terutamana akibat dari eczema, resdung (sinus), alergi (allergy) dan gegata (hives). 



SET B

Apa yg ada dalam set penyusuan ini?




  • B-COMPLEX : Anti-stress. Membantu mengatasi kelesuan, mengimbangi hormon, menukarkan makanan kepada tenaga dan asid folik penting dalam penyusuan ibu.
  • VITA-C : membantu meningkatkan kandungan antibodi dalam susu ibu. Bagi ibu-ibu yang menghadapi puting luka, Insyaallah akan mudah sembuh dan vitamin C juga membuatkan kulit makin bersih, cerah dan berseri.
  • VITA-LEA : Dilengkapi dengan 12 vitamin, 7 galian dan zat besi. Bagi ibu menyusu, vita-lea telah dilengkapi dengan zat besi bagi membantu pembesaran anak lebih baik. Doktor menasihatkan agar ibu yang menyusu perlu memastikan pengambilan zat besi dalam menu harian agar si ibu tidak mudah pitam atau pening selepas memerah mahupun menyusukan anak. 
  • ALFALFA : Membantu memperbanyakkan susu ibu dan telah digunakan sejak zaman berzaman sebagai penambah susu dinegara barat.  
  • ESP : Komponen utama susu ibu adalah protein dan kalsium. Jadi pengambilan ESP membantu mempercepatkan penghasilan susu ibu dan memekatkan susu ibu, kesannya bayi akan mudah kenyang dan kurang meragam. Selain itu, ESP membantu memberi rasa kenyang lebih lama dan mencantikkan kulit ibu.

Disamping pengambilan suppliment secara konsisten, ibu2 juga perlu :
  1. Yakin dengan diri sendiri dan DOA yang tidak putus. Baca surah Hujurat dan sapukan pada kedua2 belah payudara. Surah Al-Baqarah ayat ke 60 juga membantu. Berdoa, semoga penyusuan kita dipermudahkan.
  2. Sentiasa berfikiran positif. Bertenang dan bersabar jika mengalami dugaan semasa tempoh penyusuan. 
  3. Elakkan stress. Kerana stress hanya akan menyebabkan susu anda berkurangan.
  4. Mulakan memerah susu seawal yg mungkin. Paling baik, seminggu selepas bersalin. Ini bagi mengelakkan anda stress akibat kekurangan stok susu semasa anda mula bekerja nanti.
  5. Dapatkan pam yang bersesuaian yang membantu menjimatkan masa dan selesa. 
  6. Susukan bayi sambil mengepam. Sebelah susukan bayi, sebelah lagi pam. Dengan cara ini anda juga boleh menyediakan stok susu dengan lebih banyak.
  7. Memahami konsep demand & supply. Semakin banyak anda mengosongkan payudara, semakin banyak susu akan dihasilakan.
  8. Disiplin.! Jika anda seorang ibu yg bekerja, pastikan anda mengepam susu setiap 3 jam. Andaikata hari tersebut anda terlalu sibuk, anda seharusnya menggantikan sesi mengepam pada sebelah malam.
  9. Minum air secukupnya, kerana 70% daripada kandungan susu ibu adalah air.

Sekiranya anda merupakan seorang ibu menyusu yang kekurangan stok susu, susu merudum, selalu skip makan akibat terlalu sibuk atau selalu letih dan berada dalam keadaan stress, anda patut mencuba dan rasai sendiri kelebihan set penyusuan ini. Kerana ia juga membantu anda kekal sihat dan cantik berseri.

Set Eu-Four Pack


Sejak dilancarkan Isnin lepas, alhamdulillah banyak pertanyaan dan order yang diterima. Ramai yang sukakan set ini, sebab  ada antara ibu-ibu yang anaknya alah dengan alfalfa . Apapun, jika ditanya set mana yang lebih bagus dan selamat antara set B dan Eu-Four Pack, saya akan cadangkan Eu-Four Pack. Ini kerana kalsium sangat diperlukan dalam proses penyusuan. Dan uniknya kalsium (Ostematrix) Shaklee ini, ia terdapat magnesium yang berfungsi meningkatkan penyerapan kalsium ke dalam badan kita secara efektif.



Apa Istimewanya Set Eu-Four Pack?

  • Sangat bagus diambil oleh ibu-ibu menyusu untuk meningkatkan penghasilan susu dengan lebih cepat dan banyak
  • Sangat bagus diambil oleh ibu-ibu mengandung bagi mengelakkan rasa kejang ketika hamil dan memenuhi keperluan kalsium harian
  • Sangat bagus untuk melegakan sakit-sakit sendi dan tulang, bisa-bisa yang dirasai di tangan atau kaki, sakit belakang dan sakit lutut
  • Sangat bagus diberikan kepada ibu bapa kita supaya hilanglah sakit-sakit lutut / sendi / tulang mereka
  • Sangat bagus diberi kepada suami / isteri untuk kesihatan dan memberi tenaga

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai set ini, jom kita tengok kandungannya:

1) Vitamin B Complex

Vitamin ini sangat penting untuk menukarkan makanan yang kita ambil kepada tenaga, meningkatkan pembentukan sel darah merah dan meningkatkan penghasilan susu. Ia membantu meningkatkan tenaga, mengurangkan kelesuan dan stress. Justeru,vitamin ini bertindak sebagai penenang dan meningkatkan fokus. B complex juga memelihara kulit dari dalam dan penting untuk kecantikkan, sesuai dengan namanya "B" for beauty.

2) Vitamin C

Membantu meningkatkan sistem pertahanan badan dan sangat penting untuk membentuk kolagen. Bertindak sebagai anti oksidan dan berperanan dalam membentuk kulit yang cantik. Membantu pembentukkan sel-sel baru, mempercepatkan proses penyembuhan luka dan demam serta berupaya mencegah penyakit barah.

3) Vitalea (Multivitamin)

Mengandungi vitamin dan galian yang diperlukan oleh tubuh badan manusia, formula lengkap dengan zat besi. Vita Lea adalah multivitamin dan multimineral, yang mengandungi 23 jenis vitamin mineral yang lengkap untuk keperluan harian. Membekalkan tubuh ibu dengan nutrient yang perlu agar ibu sentiasa sihat, cergas dan bertenaga. Dilengkapi dengan zat besi yang amat diperlukan oleh ibu yang menyusukan anak.

4) Kalsium

Kalsium sangat penting bagi ibu-ibu menyusu. Ini kerana susu ibu itu sendiri komponen utamanya ialah kalsium dan protein.Jika ibu tidak mengambil kalsium secukupnya,bagaimana badan ibu itu hendak menghasilkan susu yang banyak dan berkualiti? Disebabkan itu, ibu-ibu digalakkan minum susu secukupnya dan makan makanan yang kaya dengan kalsium seperti ikan bilis. Ada juga yang yang alah dan tidak suka minum susu, maka pilihan yang paling bijak ialah dengan mengambil Ostematrix (Kalsium) Shaklee. Ostematrix membekalkan 1000mg kalsium, jumlah kalsium yang diperlukan oleh badan. Dan telah terbukti,pengambilan kalsium dalam diet harian dapat membantu ibu menghasilkan susu dengan lebih cepat dan banyak, di samping menghilangkan sakit-sakit sendi dan tulang yang turut dirasai oleh kebanyakkan ibu-ibu yang baru lepas bersalin.

Kesemua vitamin ini berharga rm237 termasuk postage dan mampu bertahan untuk 4-5 bulan (kecuali kalsium hanya untuk sebulan). Namun begitu, jika anda ingin mencuba dahulu keberkesanan set ini, saya mengalu-alukan anda mencuba Mini Pack yang berharga RM 130 sahaja untuk kegunaan sebulan.

Sebagai tambahan untuk ibu-ibu bekerjaya yang menyusukan anak secara eksklusif, anda sangat-sangat digalakkan mengambil Energizing Soy Protein(ESP) untuk membantu penghasilan susu ibu yang banyak dan kesan yang maksimum.

Sustained Release Vita-C 500 mg



Sumber Vitamin C Semulajadi yang Disalurkan Berperingkat Jam demi Jam
Tubuh kita sering kehilangan vitamin C semasa melakukan aktiviti harian.  Vita C dengan pelepasan berperingkat dapat membantu dalam menyalurkan vitamin C berterusan. Vita-C 500mg yang semulajadi ini membantu menyediakan vitamin C yang diperlukan tubuh.  Ia juga membantu dalam menyokong tulang, gigi dan gusi yang sihat serta keseluruhan kesihatan tubuh badan.*
Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

"MAGIC JUG"

Get Clean® Water merupakan sistem penurasan air multi-paten baru yang menghasilkan air yang lebih sihat. Berbanding dengan jag air yang lain, Get Clean® Water menggunakan sebatang blok karbon padu untuk membersihkan air anda serta mengurangkan bahan-bahan cemar yang sukar disingkirkan termasuklah kandungan plumbum sehingga 99%.

Get Clean® Water merupakan sistem penuras jag air pertama yang menggunakan blok-karbon yang boleh diisi semula. Jadi, kuranglah botol plastik yang perlu dibuang. Ia juga berupaya menuras 303 liter (80 gelen) air bagi setiap turasan.

Air yang lebih bersih dan sihat ataupun bumi yang lebih bersih dah sihat
Sudah tentu kita boleh menikmati semuanya!
Menandingi Jenama Terkemuka yang Lain!

• Disahkan dapat mengurangkan kandungan plumbum, merkuri, kadmium dan bahan-bahan cemar lain. disamping mengekalkan kandungan mineral air yang sihat!
• Disahkan dapat mengurangkan klorin, jadi ia dapat mengurangkan ancaman kesihatan yang disebabkan oleh bahan sampingan klorin!
• Disahkan dapat menuras 303 liter (80 gelen) air bagi setiap turasan -dua kali ganda lebih daripada jenama terkemuka.
• Sistem Penuras Jag Air berblok- Karbon Isian Semula yang pertama

Pilihan Bijak!
• Hanya beberapa sen bagi seliter air
• Air yang lebih sihat dan rasanya yang enak
• Jag Air bermeter automatik pertama yang menunjukkan jumlah gelen air yang telah dituras- tidak memerlukan kuasa elektrik 
• Ringan dan mudah dibawa
• Menjimatkan kos – tanpa perlu dimasak

HANDAL: Lebih banyak air bersih pada setiap masa
Get Clean® Water menghasilkan 303 liter (80 gelen) daripada setiap turasan yang mana dua kali ganda lebih banyak berbanding jenama lain dan mengurangkan bahan cemar yang mungkin wujud dalam air dan berbahaya kepada kesihatan anda.

MESRA ALAM: Memelihara alam sekitar
Get Clean® Water ini menggunakan sistem Penuras Jag air dengan blok-karbon isian semula yang pertama, di mana ianya dapat mengurangkan timbunan sisa. Dan lagi, setiap penuras diperbuat daripada arang tempurung kelapa yang tahan lasak dan baik terhadap alam sekitar.

Jom tengok apa kata pengguna ni..



Mudah untuk dibawa kemana2.. Balik kampung, pergi holiday, masih boleh dapatkan bekalan air yang bersih.. Tambah2 ade anak sekarang ni.. Air yang bersih memang sangat penting untuk kehidupan seharian kita..

Nak dapatkan GET CLEAN® WATER Pitcher Shaklee??


Set Penyusuan Mana Yang Sesuai?


Alhamdulillah, set penyusuan Shaklee mendapat sambutan ramai dari ibu-ibu menyusu. Bukan sahaja ibu yang mempunyai masalah penyusuan, tetapi ramai juga ibu yang mahukan anaknya mendapat nutrisi sempurna, turut mengambil set ini. Terdapat 4 jenis set penyusuan, dan ramai yang keliru mana satu yang paling sesuai untuknya. Untuk itu, saya cuba perincikan untuk anda ya..



Set 1  - Set B

  • Mengandungi Vitamin B, vitamin C, multivitamin dan alfalfa
  • Sesuai untuk ibu yang tidak mempunyai masalah penyusuan
  • Tujuan utama mengambil supplement ialah untuk memperkayakan nurisi dalam susu ibu
  • Alfalfa membantu menghasilkan susu ibu dengan lebih cepat
  • Sesuai untuk ibu yang mempunyai masalah sembelit dan masalah keputihan
  • Bagi bayi yang mempunyai masalah eczema,  set ini dapat membantu
  • Kurang sesuai untuk ibu-ibu yang baru melahirkan / berpantang kerana tidak sesuai untuk bayi yang mengalami jaundice dan ada sesetengah bayi mengalami sedikit cirit dengan alfalfa 

Set 2 - Eu-Four Pack


  • Mengandungi Vitamin B, vitamin C, multivitamin dan kalsium
  • Sesuai untuk ibu-ibu yang mengalami kemeruduman susu ketika haid (PMS)
  • Sangat membantu menghasilkan susu dengan cepat
  • Sangat sesuai untuk ibu-ibu yang tidak minum susu, kerana kalsium shaklee mempunyai kandungan kalsium harian yang diperlukan oleh tubuh badan
  • Kalsium Shaklee lebih dikenali dengan nama Ostematrix adalah formula lengkap kalsium, magnesium dan vitamin D.
  • Selain itu set ini membantu si ibu cergas, bertenaga walau kurang tidur selain diperlukan untuk tulang bayi serta pembentukan gigi si kecil.



Set 3 - Set E

  • Mengandungi Vitamin B, vitamin C, multivitamin, kalsium dan alfalfa
  • Sesuai untuk ibu-ibu yang mengalami kemeruduman susu ketika haid (PMS)Sangat membantu menghasilkan susu dengan cepat
  • Sangat sesuai untuk ibu-ibu yang tidak minum susu, kerana kalsium shaklee mempunyai kandungan kalsium harian yang diperlukan oleh tubuh badan
  • Kalsium Shaklee lebih dikenali dengan nama Ostematrix adalah formula lengkap kalsium, magnesium dan vitamin D.
  • Selain itu set ini membantu si ibu cergas, bertenaga walau kurang tidur selain diperlukan untuk tulang bayi serta pembentukan gigi si kecil.
  • Sesuai untuk ibu yang mempunyai masalah sembelit dan masalah keputihan
  • Bagi bayi yang mempunyai masalah eczema,  set ini dapat membantu
  • Set ini memberi kesan yang lebih cepat berbanding dua set di atas kerana alfalfa dan kalsium bertindak sebagai milk-booster



Set 4 - Set 3M


  • Mengandungi set B, kalsium dan ESP
  • Sangat dicadangkan untuk ibu yang mengalami masalah penyusuan
  • Masalah penyusuan yang dimaksudkan ialah, si ibu menghadapi masalah penghasilan susu walau telah melakukan perahan setiap 2 jam dan minum air sekurang-kurangnya 3L sehari... maka set ini membantu membaiki mana-mana kekurangan atau ketiadaan zat yang diperlukan oleh badan agar tubuh si ibu dapat berfungsi dengan baik sekali.
  • Set yang paling sesuai untuk ibu yang mempunyai stok yang sedikit, atau yang tidak mempunyai stok susu yang banyak
  • Bagi ibu-ibu yang baru mula nak menyimpan sok ini adalah pilihan yang tepat
  • Set yang paling sesuai untuk ibu yang ingin relaktasi / induce relactation -contohnya ibu telah berhentikan menyusui anak, jika mengamakan set ini, bersama2 tips yang saya bagi, insyaAllah penyusuan boleh dimulakan semula dengan syarat ibu kuat berusaha / ibu yang mahu menyusukan anak angkatnya



Menyusukan anak bukan perkara susah dan tak semudah yang disangka. Perjalanan yang panjang ini menuntut ibu pam secara konsisten dan melengkapkan tubuhnya dengan zat dan nutrisi yang boleh diperolehi melalui pemakanan yang sihat. Namun berapa ramai ibu-ibu hari ni yang betul-betul menjaga pemakanan yang berkhasiat? Apa yang ibu makan, itulah yang disalurkan kepada anak melalui susu ibu. Dan pada saya supplement sangatlah mebantu agar tumbesaran anak berkembang dengan baik, dan anak sentiasa sihat.

Pilihan di tangan anda, jika ibu-ibu yang memberi susu tepung sanggup berhabisan membeli susu mahal untuk memastikan anaknya mendapat yang terbaik, mengapa kita yang menyusukan badan, sangat berkira untuk mngambil pemakanan sihat? 

Saya tinggalkan anda dengan ungkapan ini, mudah-mudahan memberi semangat kepada semua ibu di luar sana..

" Jika seorang wanita menyusui anaknya hingga cukup tempoh 2 tahun setengah, maka malaikat di langit khabarkan berita bahawa  syurga wajib baginya". Subhanallah... 


10 SOALAN POPULAR ESP


1. Apa itu ESP?
2. ESP dengan Alfalfa mana paling bagus untuk susu ibu?
3. Berapa harga ESP?
4. Berapa lama tahan harga satu canister ESP?
5. Siapa yang tidak boleh ambil ESP?
6. Apa rasa ESP?
7. Jika order hari ni, bila boleh terima?
8. Jika dah amik alfalfa masih perlu ESP ke?
9. Apa kebaikkan lain ESP?
10. Bagaimana nak order ESP?

1. Apa itu ESP?
Ia adalah protein soya yang berkuliti tinggi. Didatangkan dalam canister dan berbentuk serbuk. ESP boleh dibancuh dengan minuman kegemaran seperti milo, horlick, susu atau buah yang dikisar bersama. ESP baik dibancuh dengan air sejuk atau suam demi memelihara protein supaya tidak termusnah pada suhu tinggi.

2. ESP dengan Alfalfa mana bagus untuk susu ibu? 
Protein membantu pembentukan sel dan merupakan kandungan yang penting dalam susu ibu. Alfalfa juga mengandungi protein tapi dalam kuantiti yang sedikit. Kedua-duanya bagus untuk ibu dan kesannya adalah mengikut individu masing-masing. Juga ikut budget. Alfalfa lebih murah berbanding ESP. Yang penting, kekerapan penyusuan harus setiap 3-4 jam dan sehingga payudara dikosongkan, barulah peningkatan susu berkesan.

3. Berapa harga ESP?
Sila hubungi saya utk mendapatkan harga istimewa
4. Berapa lama tahan harga satu canister ESP? 
Dengan pengambilan 3 sudu sehari, ESP boleh bertahan sehingga 1 bulan setengah.

5. Siapa yang tidak boleh ambil ESP? Siapa yg boleh mengambil ESP?
Hanya individu yang mempunyai masalah buah pinggang dan kesukaran memproses protein tidak digalakkan.
Sesuai untuk semua:
1. Ibu-ibu yang sibuk: ESP membantu memberi tenaga berpanjangan, badan lebih sihat dan cergas.
2. Wanita yang ingin menguruskan badan: Hanya bancuhan ESP dengan minuman kegemaran pada setiap pagi, memberi rasa kenyang yang lebih lama.. no more heavy breakfast.
3. Ibu-ibu yang menyusu: Membantu membanyakkan dan mengekalkan supply susu disamping pengambilan air yang cukup dan proses pengepaman yang konsisten.
4. Pesakit kencing manis: mempunyai indeks glisemik yang rendah, melambatkan penyerapan glukosa dalam darah dan mengawal paras glukosa.
5. Wanita yang mementingkan penjagaan kulit muka: Membantu menghilangkan parut jerawat di muka, menjadikan kulit muka halus, gebu dan berseri..WOW!
dan lelaki, wanita, tua, muda, ibu mengandung, ibu menyusu, pesakit diabetes, selepas pembedahan, kesuburan, kecantikan, ibu berpantang, yg berdiet, nk tambah tenaga…anda, sy, kamu dan dia yg sihat dan ingin kekal sihat..InshaAllah.

6. Apa rasa ESP? 
ESP Shaklee berperasa mild soya. Sekiranya anda tidak mnyukai rasa soya, ada pelbagai resepi lain ESP yg boleh dicuba: Resepi ESP (klik sini)

7. Jika saya order hari ini, bila saya boleh terima?
InshaAllah penghantaran mengambil masa 1-4 hari bekerja bergantung kpd kawasan.

8. Jika dah amik alfalfa masih perlu protein ke? 
Boleh mengambil kedua-duanya jika berkemampuan. Alfalfa dan protein mengandungi banyak kebaikkan lain lagi yang berbeza.

9. Apakah kebaikan lain ESP?
  • Membantu pembentukan sel baru.
  • Baik untuk individu yang dalam proses pemulihan selepas pembedahan
  • Bagus untuk kesihatan dan kecantikan kulit dan rambut.
  • Membantu pembinaan tubuh kanak-kanak jadi boleh share dengan anak yang setahun ke atas dan seisi keluarga.
  • Memberi rasa kenyang bagi individu yang dalam proses mengurangkan berat badan.
TAHUKAH ANDA? 25% daripada BADAN dibina daripada PROTEIN…Contohnya seperti kuku, kulit, otot-otot adalah berasal daripada protein…Percaya atau tidak, itulah kenyataannya…
Saya ringkaskan macam ni….Struktur dalam badan manusia dibina daripada susunan di bawah…
SEL ——> TISU ——–> ORGAN ———> SISTEMStruktur badan kita terdiri daripada SEL…Kemudian sel-sel akan membentuk tisu-tisu, seterusnya tisu-tisu akan membentuk organ dan organ-organ akan membentuk sistem…Dan….disebabkan itu, badan kita SANGAT memerlukan PROTEIN…Nak tahu kenapa?? Sebabnya PROTEIN adalah makanan utama sel…SEL yang sihat dapat menghasilkan tubuh badan yang sihat…..
Sebab tu setiap hari, anda makan lauk-lauk yang mengandungi sumber protein bukan??Seperti ayam, daging, telur, ikan, kekacang dan banyak lagi….TAPI…TAHUKAH ANDA yang PROTEIN sangat MUDAH TERMUSNAH apabila dikenakan SUHU yang TINGGI…Contohnya anda goreng ikan…Berapa banyak PROTEIN yang tinggal??Anda tak tahu kan??JADI…..Apa kata anda ambil ESP sumber PROTEIN yang lebih berkualiti….Dan semestinya ESP mematuhi kriteria pemilihan soya yang selamat….Dan yang paling penting, ESP Sentiasa SELAMAT, sentiasa BERKESAN dan sentiasa MESRA ALAM…RAMAI YANG DAH RASA KEBAIKAN DAN BETAPA BESTNYA ESP SELEPAS AMBIL SECARA KONSISTEN SELAMA 3-4 MINGGU ….Depa kata kulit makin licin la, kulit makin lembut, parut jerawat makin pudar, rambut dah kurang gugur….susu makin banyak…dan macam-macam lagi…

10. Bagaimana nak order ESP?
Anda cuma perlu hubungi saya dan saya akan uruskan pesanan anda dengan kadar segera :)

Kebaikan ESP


Protein Bukan-GMO yang Lengkap dengan semua Asid Amino Perlu.
Serbuk ESP Shaklee merupakan sumber protein soya terbaik.  ESP menyediakan 14 gram protein soya bukan-GMO berkualiti tinggi  dengan semua  asid amino yang tubuh anda perlukan bagi proses sintesis protein termasuk sembilan asid amino penting.  Berbanding  protein daripada sumber daging, telur dan tenusu,  ESP adalah  rendah  lemak dan  bebas laktosa dan kolesterol.
Shaklee ESP:
•    Menyediakan tenaga berkekalan dan membantu menahan
rasa lapar kerana bekalan sumber tenaga yang konsisten.
•    Protein soya membantu mengurangkan kolesterol.
•    Mengandungi lima  vitamin B penting, separuh daripada
keperluan kalsium harian, dan soya isoflavones.  Kajian
menunjukkan yang soya membantu dalam mengawal
kestabilan hormon semasa tempoh putus haid.*
•    Protein soya bukan-GMO ini dihasilkan di bawah satu
Program yang digelar Identity Preservation Program (IPP),
di mana kacang soya dipantau dan dijaga dengan teliti dari
proses menanam hinggalah saat pemprosesannya.



Faedah Energizing Soy Protein Shaklee yang utama:
Kekal Muda – Asid Amino membina otot manusia, kuku, rambut, darah, organ, kulit, kelenjar, 50,000 jenis protein, 20,000 jenis enzim dan lain-lain. Pengambilan Energizing Soy Protein Shaklee adalah kunci untuk mengekalkan kulit muda dan otot serta memastikan kita sentiasa bertenaga.
Hormon Berasaskan Tumbuhan Semulajadi – kacang soya adalah tumbuhan yang hanya kaya dalam isoflavon yang sama dengan fungsi hormon wanita. Ia membantu dalam mengurangkan paras kolesterol dan mencegah osteoporosis dan penyakit jantung.
Memulihkan Fungsi Prostat Lelaki - genistein dalam kacang soya telah membuktikan bahawa ia mempunyai keupayaan untuk menghalang pertumbuhan dan mencegah sel kanser daripada merebak. Ia memusnahkan radikal bebas dalam sel-sel kita sebelum radikal bebas bermutasi DNA sel-sel menjadi sel-sel kanser. Ia juga menjaga rahim dan ovari, kitaran haid dan prostat.
Kulit berseri dan anjal – Merangsang regenerasi kulit dan otot, memulihkan kedutan, sebagai anti-penuaan, mengembalikan keserian kulit dan kelembutan-lembutan otot, sekali gus mempercepatkan pemulihan luka danmenghilangkan  parut.
Pemberi tenaga segera – Membekalkan tenaga segera dan meningkatkan sistem imun, dengan itu ia memulihkan keletihan, migrain, insomnia dan tekanan gejala yang berkaitan seperti kemurungan, kebimbangan, ketakutan, dll.
Memulihkan Pigmentasi – Melambatkan proses uban, rambut gugur, masalah keadaan rambut, pigmentasi, freckles.
Memperbaiki Memori – Menguatkan ingatan, kecergasan, keupayaan seksual, dan sebagainya.


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.



Sunday, February 24, 2013

Bukti Shaklee selamat untuk pengguna


Doktor + Pakar Pemakanan Pun Mengaku "SHAKLEE MMG SUPPLEMENT YG BAGUS"

Salam sayang semua...dan selamat datang buat pembaca baru blog saya...!!!
Hari ni saya just nak share dengan anda tentang apa kata salah seorang loyal customer Shaklee...terima kasih atas sharing beliau...Jom kita tengok apa kata doktor yang menjalankan pemeriksaan ke atas customer Shaklee ini, Puan Asmida atau lbh mesra ummi panggil As...
Saya percaya rata2 di luar sana lebih percaya dengan kata2 seorang doktor kan...so, ini adalah kata2 seorang doktor...Nak Percaya???Tepuk Dada Tanya Diri Sendiri...Tapi, Percayalahhhhhh!!!hehehe.Saya juga percaya pengguna zaman sekarang bukan 'Bodoh' dan percaya bulat-bulat pada apa yang mereka ambil.Pengguna suplement Shaklee orang-orang yang bijak pandai dan hebat2.Seperti saya juga,sebelum saya menggunakan produk Shaklee ni,saya juga banyak membaca dan merujuk kepada doktor pakar.








Antara istimewanya shaklee.. Produknya. InsyaAllah.sentiasa selamat.. kita takyah susah2 gi buat lab test ke..clinical research ke... rileks.. sbb Shaklee dah buat semua tu....berjuta duit dah diinvest utk buat kajian2 dan test2 tu.. Berikut beberapa senarai tidak Shaklee..

  • TIDAK Mengandungi Paraben
  • TIDAK Mengandungi Triklosan
  • TIDAK Mengandungi Phthalates
  • TIDAK Mengandungi Sodium Natrium Lauril Sulfat (SLS)
  • TIDAK Mengandungi Sodium Natrium Lauryl Eter Sulfat (SLES)
  • TIDAK Mengandungi 1,4 Dioksana
  • TIDAK Mengandungi Glikol
  • TIDAK Mengandungi Bahan-bahan Cucian Organik yang ”Volatile”
  • TIDAK Mengandungi Asid Hidroklorik
  • TIDAK Mengandungi Ammonia
  • TIDAK Mengandungi Sodium Hidroksida
  • TIDAK Mengandungi Butyl Cellosolve
  • TIDAK Mengandungi Formaldehyde
  • TIDAK Mengandungi Bisfenol-A
  • TIDAK Mengandungi Petroleum Distillates
  • TIDAK Mengandungi Toulene
  • TIDAK Mengandungi Peluntur Warna
  • TIDAK Mengandungi Bahan Perisa
  • TIDAK Mengandungi Pewarna
  • TIDAK Mengandungi Lemak Trans
  • TIDAK Mengandungi Pemanis Tiruan
  • TIDAK Mengandungi Dakwat Toksin
  • TIDAK Mengandungi Bahan-bahan terlarang
Secara keseluruhannya, semua produk Shaklee tidak mempunyai parabens, triklosan, phthalates, natrium lauril sulfat (SLS), natrium lauryl eter sulfat (SLES), 1,4 dioksana, atau propilena glikol. Tidak terdapat bahan-bahan yang diharamkan, tiada pewarna, tidak sebarang jenis lemak dan tidak mengandungi pemanis tiruan atau perisa. Kami tidak menjalankan ujian ke atas haiwan. Juga pembungkusan produk kami adalah selamat dan bebas daripada sebarang toksin-toksin biophenol mahupun asid phthalates dan cecair toksik. Ini yang membuatkan kami benar-benar pasti bahawa Setiap Produk Shaklee adalah 100% selamat digunakan. Terjamin.


Shaklee memang DILULUSKAN OLEH KKM. Ape buktinye??

Kat setiap bhagian depan botol Shaklee ade sticker kilat. Pd sticker tu ade serial number dan ade printed KKM. Mcm dlm gambar bawah ni

Ade lagi 1 bukti Shaklee ni diluluskn KKM. Bahagian belakang setiap botol Shaklee ni ada printed "Diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia" dan ade Serial number MAL xxxxxxxx

Jangan risau yer.Anda boleh gunakan Shaklee tanpa was-was (^_^)




Designed by UMIESUEstudio 2014