Disclaimer

:: Declaration of images are the intellectual or personal property, image usage is strictly prohibited without the written consent the blog owner, Failing which may result in possible legal action against the involved party using the image::

sebarang penggunaan gambar atau entry peribadi di dalam blog ini tanpa keizinan untuk tujuan peiklanan atau jualan adalah dilarang sama sekali

Thursday, February 28, 2013

Kulit Cantik Dengan Vita-C, E & B





Mengapa Vitamin-c dan vitamin-e ni begitu sinonim dengan rawatan untuk kecantikkan kulit?

Vitamin-c dan vitamin-e adalah : ANTIOKSIDAN yang bagus untuk mendapatkan kulit yang sihat dan cantik. 

Diabad ini, kulit kita sering terdedah dengan pencemaran udara, pencemaran alam sekitar dan sinaran UV yang memancar terik. Masalah kulit berpunca daripada radikal bebas yang terhasil dari persekitaran yang kotor dan kerjanya merosakkan kulit kita. Disini lah antioksidan memainkan peranannya, bertindak memusnahkan radikal bebas yang menyebabkan kulit bermasalah seperti jerawat, jeragat, kulit kusam dan parut yang sukar hilang.

Shaklee menyediakan vitamin asas untuk kulit iaitu : 

  • B-COMPLEX : Mengandungi 8 kumpulan vitamin B yang melengkapi antara satu sama lain. Ianya membantu untuk mengekalkan tona kulit yang sekata. Vitamin B3 yang terdapat dalam B complex membantu melembapkan dan memberi perlindungan kepada kulit. Menstabilkan hormon & mengurangkan stress yang boleh menganggu kulit yang menyebabkan jerawat.
  • VITAMIN-C 500mg : antikoksidan yang berfungsi untuk melindungi antioksidan lain. Ianya juga bertindak melambatkan proses kerosakan oleh radikal bebas yang menjadi punca kemusnahan kolagen serta masalah kulit kering, kedut serta garis penuaan.Vitamin C juga bertindak melindung dan membaiki kulit. Selain itu, Vitamin C adalah bahan utama dalam sintesis kolagen.
  • VITAMIN-E : Merupakan antioksidan yang powerful dan tidak dapat dihasilkan oleh badan. Bertindak meneutralkan radikal bebas serta mencegah proses penuaan daripada berlaku. Ia juga berfungsi meransang kelembapan kulit secara semula jadi dan menjaga keremajaan kulit.

Jom, saya kongsikan kegembiraan pengguna Set Skincare:







Best kan? Jadi untuk mendapatkan kulit yang lembab, cantik dan bebas jerawat, anda patut dapatkan Set Skincare Shaklee..

SKINCARE




SET D (SKINCARE SET) terdiri daripada :

B-Complex : 
-Menstabilkan hormon & mengurangkan stress yang boleh menganggu kulit dan menyebabkan jerawat!
-B for Beuty! Kekurangan B-complex boleh menyebabkan kulit wajah kusam.
-Bagus untuk kulit berminyak, whiteheads, blackheads, parut dan kulit kering.

Vitamin-C :
-Menguatkan sel2 tisu dalam badan. 
-Membantu memulihkan sel2 kulit yang luka dan berjerawat.
-Memainkan peranan penting dalam pengeluaran kolagen, yang membantu mencegah penuaan pra-matang. Kolagen adalah sejenis protein yang menyusun tubuh manusia. Kolagen adalah struktur yang terlibat dalam pembinaan tulang, gigi, sendi, otot dan kulit.

Vitamin-E : 
-Bertindak sebagai agen anti-penuaan. Pengamalan vitamin E dalam kehidupan seharian menjadikan anda kelihatan awet muda.
-Menghilangkan parut jerawat. Jadi kulit tampak lebih cantik, mulus dan berseri.
-Membantu penyerapan oksigen dengan lebih baik.
Mencantikkan kulit dan menampakkan wajah lebih muda dari usia sebenar.




ENERGIZING SOY PROTEIN (ESP) : 
-Mengandungi 9 jenis asid amino penting yg tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia. Hanya boleh diperolehi daripada makanan bagi pembentukkan sel2 kulit. 
-Sel kulit muka kita akan digantikan setiap 21 hari, jadi pengambilan protein yg berkualiti tinggi seperti ESP penting untuk memperbaharui -sel2 kulit dan menyingkirkan sel2 kulit mati.
Menganjal dan melembutkan kulit muka.

Jom tengok apa pula kata pengguna..


Nak dapatkan set D + ESP ni dengan HARGA ISTIMEWA?

Resdung, Eczema,Allergi,Asma Dan Gegata



Adakah anda mengalami gejala berikut :

  • Hidung sering gatal-gatal kadangkala sehingga kawasan mata & telinga 
  • Kerap bersin terutamanya diwaktu pagi
  • Berkahak dan mata sering berair
  • Kulit berparut-parut dan merah-merah akibat eczema.
  • Sering tergaru-garu akibat salah makan
  • Terpaksa berpantang makan kerana bimbang semput kalau tak jaga makan.

Pasti rasa tidak selesa sekiranya mengalami gejala di atas kan? Tambahan pula kalau sering tergaru-garu sehingga hidung merah dan mata juga berasa gatal.

Jadi saya mencadang anda mengamalkan beberapa vitamin shaklee. Insyaallah dengan syarat kita konsisten, rajin minum air, berdoa atas usaha kita dan bertawakal kepada Allah s.w.t

Vitamin C ~ Ianya sebagai antioksidan yang baik. Sangat penting untuk meningkatkan antibodi seseorang.

B-Complex ~ Bertindak sebagai penenang dan penstabil hormon.

Alfalfa ~ Mempunyai kelebihan dalam mengurangkan keradangan sakit itu sendiri. Ianya kaya dengan sumber klorofil dan membantu mengurangkan keradangan terutamana akibat dari eczema, resdung (sinus), alergi (allergy) dan gegata (hives). Walaubagaimanapun mereka yang mengidap penyakit SLE tidak digalakkan mengambil Alfalfa sebagai suplemen mereka.


Bagi anda yang ingin mencuba, kami sediakan trial Set G untuk 30hari :
  • 60 biji Vita-C
  • 30 biji B-complex
  • 120 biji Alfalfa

SET G


Hidung Sering Berair - Sangat Merimaskan

Resdung/Sinus adalah radang pada lapisan rongga hidung. Ia mengalirkan darah kotor yang menjadi punca kepada kerosakan kulit muka.Virus ini turut mengalir bersama darah yang boleh menjadi punca kepada kerosakan organ-organ tertentu dalam badan. Ia berpunca daripada alahan terhadap jenis makanan tertentu seperti makanan laut, habuk, parasit dan kutu. Apabila anda mengalami alahan, daging yg bertindak sebagai penapis udara didalam hidung akan membengkak dan seterusnya ia menyebabkan pergerakkan udara tersekat. Kalau udara tak dapat keluar pastinya ia akan terkumpul kat dalam tu. Kesannya, kulat akan tumbuh dan kawasan dalam hidung menjadi semakin membangkak. 


Bagi yg pernah mengalaminya atau sedang mengalaminya, pasti tahu tahap kesakitan dan kegatalannya kan? Saya dulu pun sangat2 sensitif dengan habuk. Terkena habuk sikit je, hidung sy mula gatal dan berair. Memang sangat merimaskan...Antara gejala lain seperti; sakit kepala, gatal-gatal, rambut gugur, hidung berair, bersin selalu, mata gatal-gatal, penglihatan kabur, telinga gatal, seluruh muka gatal,jerawat biasa atau batu,muka berbintik hitam,kahak banyak di kerongkong. JANGAN ANGGAP REMEH! Resdung boleh merebak ke bahagian mata dan boleh mengakibatkan anda hilang deria penglihatan.




Jadi hari ni sy kongikan dengan anda semua TIPS mencegah resdung.
  1. Rajin2 tukar sarung bantal, cadar dan selimut. Rendam 3 benda tadi dengan air panas. Tujuannya untuk membunuh kutu atau pepijat. 
  2. Ringankan tangan anda untuk membersihkan karpet/permaidani. Kalau perlu, gunakan penyedut hampagas (vacuum cleaner) yang berkualiti tinggi.
  3. Kalau anda nak mengemas rumah, pakai lah penutup hidung. Bukan pakai time H1N1 je tau..
  4. Minum air suam/air putih dengan banyak sekurang-kurangnya 8 gelas sehari.
  5. Selalu membersihkan muka anda dengan air suam dan lap dengan tuala bersih.
  6. Elakkan memelihara binatang berbulu seperti kucing dan arnab didalam rumah anda.


Dan TIPS terakhir, adalah TIPS yg paling ISTIMEWA untuk anda; ambillah makanan tambahan yg membantu anda berhadapan dengan masalah resdung.


Vitamin-C Shaklee
  • Berupaya memberikan perlindungan berkekalan, jam demi jam dengan menggunakan sistem perlepasan berkekalannya. Vitamin C merupakan bahan antioksida yang berkeupayaan tinggi yang juga turut dikenali sebagai nutrisi yang berupaya melakukan semua perkara.  Sustained Release Vita-C
B-complex Shaklee
  • Bertindak sebagai penenang dan penstabil hormon
Alfalfa Shaklee
  • Mempunyai kelebihan dalam mengurangkan keradangan sakit itu sendiri. Ianya kaya dengan sumber klorofil dan membantu mengurangkan keradangan terutamana akibat dari eczema, resdung (sinus), alergi (allergy) dan gegata (hives). 



SET B

Apa yg ada dalam set penyusuan ini?




  • B-COMPLEX : Anti-stress. Membantu mengatasi kelesuan, mengimbangi hormon, menukarkan makanan kepada tenaga dan asid folik penting dalam penyusuan ibu.
  • VITA-C : membantu meningkatkan kandungan antibodi dalam susu ibu. Bagi ibu-ibu yang menghadapi puting luka, Insyaallah akan mudah sembuh dan vitamin C juga membuatkan kulit makin bersih, cerah dan berseri.
  • VITA-LEA : Dilengkapi dengan 12 vitamin, 7 galian dan zat besi. Bagi ibu menyusu, vita-lea telah dilengkapi dengan zat besi bagi membantu pembesaran anak lebih baik. Doktor menasihatkan agar ibu yang menyusu perlu memastikan pengambilan zat besi dalam menu harian agar si ibu tidak mudah pitam atau pening selepas memerah mahupun menyusukan anak. 
  • ALFALFA : Membantu memperbanyakkan susu ibu dan telah digunakan sejak zaman berzaman sebagai penambah susu dinegara barat.  
  • ESP : Komponen utama susu ibu adalah protein dan kalsium. Jadi pengambilan ESP membantu mempercepatkan penghasilan susu ibu dan memekatkan susu ibu, kesannya bayi akan mudah kenyang dan kurang meragam. Selain itu, ESP membantu memberi rasa kenyang lebih lama dan mencantikkan kulit ibu.

Disamping pengambilan suppliment secara konsisten, ibu2 juga perlu :
  1. Yakin dengan diri sendiri dan DOA yang tidak putus. Baca surah Hujurat dan sapukan pada kedua2 belah payudara. Surah Al-Baqarah ayat ke 60 juga membantu. Berdoa, semoga penyusuan kita dipermudahkan.
  2. Sentiasa berfikiran positif. Bertenang dan bersabar jika mengalami dugaan semasa tempoh penyusuan. 
  3. Elakkan stress. Kerana stress hanya akan menyebabkan susu anda berkurangan.
  4. Mulakan memerah susu seawal yg mungkin. Paling baik, seminggu selepas bersalin. Ini bagi mengelakkan anda stress akibat kekurangan stok susu semasa anda mula bekerja nanti.
  5. Dapatkan pam yang bersesuaian yang membantu menjimatkan masa dan selesa. 
  6. Susukan bayi sambil mengepam. Sebelah susukan bayi, sebelah lagi pam. Dengan cara ini anda juga boleh menyediakan stok susu dengan lebih banyak.
  7. Memahami konsep demand & supply. Semakin banyak anda mengosongkan payudara, semakin banyak susu akan dihasilakan.
  8. Disiplin.! Jika anda seorang ibu yg bekerja, pastikan anda mengepam susu setiap 3 jam. Andaikata hari tersebut anda terlalu sibuk, anda seharusnya menggantikan sesi mengepam pada sebelah malam.
  9. Minum air secukupnya, kerana 70% daripada kandungan susu ibu adalah air.

Sekiranya anda merupakan seorang ibu menyusu yang kekurangan stok susu, susu merudum, selalu skip makan akibat terlalu sibuk atau selalu letih dan berada dalam keadaan stress, anda patut mencuba dan rasai sendiri kelebihan set penyusuan ini. Kerana ia juga membantu anda kekal sihat dan cantik berseri.

Set Eu-Four Pack


Sejak dilancarkan Isnin lepas, alhamdulillah banyak pertanyaan dan order yang diterima. Ramai yang sukakan set ini, sebab  ada antara ibu-ibu yang anaknya alah dengan alfalfa . Apapun, jika ditanya set mana yang lebih bagus dan selamat antara set B dan Eu-Four Pack, saya akan cadangkan Eu-Four Pack. Ini kerana kalsium sangat diperlukan dalam proses penyusuan. Dan uniknya kalsium (Ostematrix) Shaklee ini, ia terdapat magnesium yang berfungsi meningkatkan penyerapan kalsium ke dalam badan kita secara efektif.



Apa Istimewanya Set Eu-Four Pack?

  • Sangat bagus diambil oleh ibu-ibu menyusu untuk meningkatkan penghasilan susu dengan lebih cepat dan banyak
  • Sangat bagus diambil oleh ibu-ibu mengandung bagi mengelakkan rasa kejang ketika hamil dan memenuhi keperluan kalsium harian
  • Sangat bagus untuk melegakan sakit-sakit sendi dan tulang, bisa-bisa yang dirasai di tangan atau kaki, sakit belakang dan sakit lutut
  • Sangat bagus diberikan kepada ibu bapa kita supaya hilanglah sakit-sakit lutut / sendi / tulang mereka
  • Sangat bagus diberi kepada suami / isteri untuk kesihatan dan memberi tenaga

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai set ini, jom kita tengok kandungannya:

1) Vitamin B Complex

Vitamin ini sangat penting untuk menukarkan makanan yang kita ambil kepada tenaga, meningkatkan pembentukan sel darah merah dan meningkatkan penghasilan susu. Ia membantu meningkatkan tenaga, mengurangkan kelesuan dan stress. Justeru,vitamin ini bertindak sebagai penenang dan meningkatkan fokus. B complex juga memelihara kulit dari dalam dan penting untuk kecantikkan, sesuai dengan namanya "B" for beauty.

2) Vitamin C

Membantu meningkatkan sistem pertahanan badan dan sangat penting untuk membentuk kolagen. Bertindak sebagai anti oksidan dan berperanan dalam membentuk kulit yang cantik. Membantu pembentukkan sel-sel baru, mempercepatkan proses penyembuhan luka dan demam serta berupaya mencegah penyakit barah.

3) Vitalea (Multivitamin)

Mengandungi vitamin dan galian yang diperlukan oleh tubuh badan manusia, formula lengkap dengan zat besi. Vita Lea adalah multivitamin dan multimineral, yang mengandungi 23 jenis vitamin mineral yang lengkap untuk keperluan harian. Membekalkan tubuh ibu dengan nutrient yang perlu agar ibu sentiasa sihat, cergas dan bertenaga. Dilengkapi dengan zat besi yang amat diperlukan oleh ibu yang menyusukan anak.

4) Kalsium

Kalsium sangat penting bagi ibu-ibu menyusu. Ini kerana susu ibu itu sendiri komponen utamanya ialah kalsium dan protein.Jika ibu tidak mengambil kalsium secukupnya,bagaimana badan ibu itu hendak menghasilkan susu yang banyak dan berkualiti? Disebabkan itu, ibu-ibu digalakkan minum susu secukupnya dan makan makanan yang kaya dengan kalsium seperti ikan bilis. Ada juga yang yang alah dan tidak suka minum susu, maka pilihan yang paling bijak ialah dengan mengambil Ostematrix (Kalsium) Shaklee. Ostematrix membekalkan 1000mg kalsium, jumlah kalsium yang diperlukan oleh badan. Dan telah terbukti,pengambilan kalsium dalam diet harian dapat membantu ibu menghasilkan susu dengan lebih cepat dan banyak, di samping menghilangkan sakit-sakit sendi dan tulang yang turut dirasai oleh kebanyakkan ibu-ibu yang baru lepas bersalin.

Kesemua vitamin ini berharga rm237 termasuk postage dan mampu bertahan untuk 4-5 bulan (kecuali kalsium hanya untuk sebulan). Namun begitu, jika anda ingin mencuba dahulu keberkesanan set ini, saya mengalu-alukan anda mencuba Mini Pack yang berharga RM 130 sahaja untuk kegunaan sebulan.

Sebagai tambahan untuk ibu-ibu bekerjaya yang menyusukan anak secara eksklusif, anda sangat-sangat digalakkan mengambil Energizing Soy Protein(ESP) untuk membantu penghasilan susu ibu yang banyak dan kesan yang maksimum.

Sustained Release Vita-C 500 mg



Sumber Vitamin C Semulajadi yang Disalurkan Berperingkat Jam demi Jam
Tubuh kita sering kehilangan vitamin C semasa melakukan aktiviti harian.  Vita C dengan pelepasan berperingkat dapat membantu dalam menyalurkan vitamin C berterusan. Vita-C 500mg yang semulajadi ini membantu menyediakan vitamin C yang diperlukan tubuh.  Ia juga membantu dalam menyokong tulang, gigi dan gusi yang sihat serta keseluruhan kesihatan tubuh badan.*
Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Designed by UMIESUEstudio 2014