Disclaimer

:: Declaration of images are the intellectual or personal property, image usage is strictly prohibited without the written consent the blog owner, Failing which may result in possible legal action against the involved party using the image::

sebarang penggunaan gambar atau entry peribadi di dalam blog ini tanpa keizinan untuk tujuan peiklanan atau jualan adalah dilarang sama sekali

Tuesday, August 10, 2021

KENALI PERLINDUNGAN TAKAFUL ANDA


Hai Assalamualaikum readers



Ok saya nak share sikit

Kenali perlindungan takaful anda:

Takaful ada 2 jenis :

1) Takaful Am

2) Takaful keluarga

Pilihan produk dalam takaful Keluarga:

a) Takaful Asas - menyediakan manfaat pampasan jika kematian, hilang upaya kekal disebabkan penyakit atau kemalangan.

b) Takaful perubatan - perlindungan terhadap kos perubatan akibat penyakit atau kemalangan.

c) Takaful pendidikan: menyediakan manfaat perlindungan simpanan pendidikan contoh simpanan pendidikan yang menyediakan perlindungan jika ayah tiada dapat secara tiba-tiba dapat pampasan untuk meneruskan pendidikan.

Sebagai contoh :Simpanan pendidikan di SSPN ada perlindungan takaful untuk penjaga

(Ayah atau ibu)

d) Takaful kemalangan (Personal Accident/PA)

Menyediakan perlindungan dan dapat pampasan kematian atau hilang upaya kekal HANYA untuk KEMALANGAN sahaja.


e) Takaful pelaburan ( investment link) , Pelan yang menggabungkan elemen perlindungan + pelaburan.

Yang ni kena faham betul-betul yang takaful adalah untuk melindungi.

Pulangan pelaburan adalah tiada jaminan.

Yang dijamin adalah pampasan kematian/ hilang upaya kekal.


Pilihan produk dalam Takaful Am


a) Takaful untuk kediaman atau bangunan - melindungi kediaman/ bangunan dan isi rumah daripada kerugian akibat contoh banjir,kecurian dan kebakaran.


b) Takaful untuk kenderaan- menyediakan perlindungan pihak ketiga atau menyeluruh merangkumi perlindungan terhadap kerosakan kenderaan akibat kemalangan.


c) Takaful pembiayaan - menyediakan perlindungan terhadap pinjaman bank dengan tujuan untuk melangsaikan hutang jika penghutang meninggal atau hilang upaya kekal.contoh perlindungan pinjaman perumahan (MRTT)

d ) Takaful perubatan kelompok- menyediakan perlindungan pekerja dengan kos perubatan di hospital.

Untuk pengetahuan,financial adviser representative (FAR) boleh tawarkan perkhidmatan dan produk-produk di atas.

Whatsapp saya untuk maklumat lanjut.

Jemput ke IG / FB saya untuk maklumat kewangan yang menarik

Sulinda

Financial Adviser representative (FAR)

http://wa.me/60197296063

https://www.facebook.com/su.linda.9

https://www.instagram.com/sulinda_sulihan?r=nametag



SIBUK KAN DIRI DI RUMAH DENGAN PERKARA BERMANFAAT

Hai Assalamualaikum readers.




Saya sedang siapkan table quotation ni, lepas tu nak siapkan dokumen tambahan client.


Settle je buatlah apa yang perlu, urus anak-anak pulak nak lunch,

urus yang mana yang mampu

Tak mau stress duduk rumah.


Sibukkan diri buat apa yang bermanfaat.

Lockdown ni entah sampai bila pun tak tahulah.


Ada urusan dan keperluan kerja saya akan keluar sekejap bila perlu.


Untuk konsultasi kewangan,review polisi,nak buat polisi takaful boleh whatsapp saya.


InsyaAllah saya dapat offer lebih pilihan yang berpatutan dan manfaat yang tinggi sesuai dengan perancangan kewangan anda.


Pilihan-pilihan dari pelbagai syarikat takaful untuk anda❤


Sulinda

Financial Adviser Rep.

http://wa.me/60197296063

https://www.facebook.com/su.linda.9

https://www.instagram.com/sulinda_sulihan?r=nametag


SITI SARAH DALAM INGATAN

 Hai Assalamualaikum readers


Dah 2 hari almarhumah siti sarah telah pergi meninggalkan dunia ini.

Saya,kawan-kawan..malah 1 Malaysia sangat terasa sedih.

Apatah lagi memikirkan anak-anak yang masih memerlukan kasih sayang seorang ibu.

Seorang suami yang kehilangan teman sejati.

Pantang dengar lagu siti sarah je memang rasa sebak dalam jiwa ni.

Dari pagi saya nak mula bekerja tapi hati saya masih belum "move on" lagi

maka saya mengambil masa dengan melipat baju, menggosok sedikit tudung dan baju.

Sambil-sambil lipat baju tu saya panggil medina untuk dengar dia baca buku Peter & Jane.

Bak kata 2 in 1.

Sambil lipat baju sambil dengar anak membaca.

Selalunya lipat baju memang perkara paling malas saya nak buat.

Tapi di kala hati saya tak boleh tumpukan pada kerja, saya alihkan pada melipat baju.


Sedikit demi sedikit saya lipat baju sampai lah siap alhamdullilah lapang terasa.

Bila fikiran dan hati saya rasa sesak.

Saya mencari di mana saya boleh melapangkan fikiran saya.

Saya mulakan dengan lapangkan baju-baju yang bertimbun belum berlipat.

Mungkin itu juga terapi bagi saya.

Selepas ini saya redho tentang pemergian siti sarah.

Saya tahu dia bahagia di sana disamping amalan kebajikan yang dia dah buat sewaktu dia hidup.

Ramai yang mendoakan siti sarah di dunia.

Buat anak-anak siti sarah...

biar lah Allah yang menjaga dan melindungi mereka.

Sesungguh siti sarah dan kita semua adalah milik Allah.

Sampai masa kita juga akan pergi meninggal dunia ini.

membawa segala amalan ibadah,kebajikan,kebaikan yang kita buat ketika masih hidup.

Mari bersama kita mendoakan agar Almarhumah Siti Sarah dan seluruh umat Islam yang telah kembali kepada Yang Maha Pencipta mendapat keampunan dan rahmat Allah SWT. 🤲

إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ 

“Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepada-Nya kami dikembalikan.”

اَللهُمَّ اغْفِرْلَهَا وَارْحَمْهَا وَعَافِهَا وَاعْفُ عَنْهَا 

Maksudnya: "Ya Allah, ampunilah, rahmatilah, kurniakanlah kesejahteraan untuknya dan ampunkanlah dia."

Moga dirimu dan semua ummat Islam yang telah kembali kepada Allah adalah dalam kalangan yang Shahid, sebagaimana sabda Nabi SAW :

قَتْلُ الْمُسْلِمِ شَهَادَةٌ وَالطَّاعُونُ شَهَادَةٌ وَالْبَطْنُ وَالْغَرَقُ وَالْمَرْأَةُ يَقْتُلُهَا وَلَدُهَا جَمْعَاءَ

Maksudnya: Seorang muslim yang terbunuh dikira sebagai seorang syahid, kematian akibat wabak taun juga dikira sebagai syahid, kematian karena sakit perut, mati lemas dan seorang wanita yang meninggal dunia kerana melahirkan anaknya dikira sebagai syahid.

Hadith Riwayat Ibn Kathir: (5869)

Ameen ya Rabbal Alamin







Monday, August 9, 2021

APA YANG TERJADI APABILA BERLAKU KEMATIAN DAN MASIH MEMPUNYAI BAKI CUKAI LHDN TERTUNGGAK?

Assalamualaikum readers 

 Jom baca sekejap😊


Seksyen 74 dan seksyen 1046 dalam akta cukai pendapatan 1967.


Tahukah anda?


* LHDN mempunyai kuasa untuk menuntut baki cukai tertunggak daripada wasi atau pentadbir harta pusaka dari mana-mana individu yang meninggal dunia

( yang layak membayar cukai pendapatan)


* Wasi atau pentadbir harta pusaka hendaklah memastikan si mati tidak mempunyai sebarang tunggakan cukai pendapatan dengan LHDN sebelum harta pusaka di agih-agihkan kepada waris-waris sah si mati.


* Sekiranya wasi atau pentadbir harta pusaka sudah mengagihkan harta si mati kepada waris yang sah tanpa menjelaskan tunggakan cukai si mati , LHDN tetap akan menuntut baki cukai tertunggak tersebut melalui tindakan guaman sivil terhadap wasi atau pentadbir harta pusaka si mati.



Sulinda

Financial Adviser Rep.(FAR)

FINANCIAL ADVISER REPRESENTATIVE (FAR)




FAR dalam Malaysia ni tak ramai.


Sebagai FAR kami tawarkan khidmat nasihat kewangan, review polisi, membuat perbandingan manfaat secara menyeluruh dan membentang pilihan-pilihan yang terbaik untuk anda, supaya anda membuat pilihan sesuai dengan keperluan dan perancangan kewangan anda dan keluarga.


Pelanggan nak pilih mana-mana syarikat takaful yang kami tawarkan pun boleh, asalkan anda faham manfaat yang anda ambil.


Value for money.


Whatsapp saya untuk konsultasi.


Sulinda

Financial Adviser Rep.(FAR)

http://wa.me/60197296063 

Sunday, August 8, 2021

SAYA TAK JUAL TAKAFUL , TAPI SAYA ....




Puan jual takaful ye?

.
.
.
.
Saya tak jual takaful ,
saya jual perlindungan kewangan dan kasih sayang.

Jika anda kasih dan sayang kepada diri dan keluarga anda.
Anda faham bahawa takaful adalah salah satu komponen dalam perancangan kewangan bagi melindungi anda dan keluarga tersayang.
Merancang kewangan tidak lengkap tanpa komponen takaful.

Matlamat takaful adalah membantu mengurus risiko.

Apabila merancang kewangan, perlu ada "back up" plan jika berlaku pencetus peristiwa seperti penyakit, sakit kritikal,kematian,hilang upaya kekal disebabkan penyakit atau kemalangan.

Kenapa anda perlukan takaful?

* Anda adalah breadwinner (ketua keluarga)
Takaful hayat dapat menyediakan penggantian pendapatan maka jika berlaku musibah yang tidak diingini , keluarga anda masih perlu meneruskan membayar perbelanjaan harian.
Kehidupan keluarga anda perlu diteruskan,makanan masih perlu dihidang di atas meja,anak-anak masih perlu belajar.

* Berhutang
Hutang masih perlu diselesaikan walaupun berlaku hilang upaya kekal / terkena sakit kritikal / kematian.

* Pemilik perniagaan
Anda ada perancangan untuk mewariskan perniagaan anda kepada keluarga anda. Hutang-hutang dan aset-aset perniagaan anda dilindungi jika ada perlindungan takaful.

* Perlindungan kos rawatan hospital
Anda tidak perlu mengeluarkan duit simpanan untuk menanggung kos rawatan terutama yang melibatkan kos yang tinggi.

Takaful bukan lagi pilihan tetapi keperluan bagi anda yang ada ciri-ciri di atas ini ☝

Mudah-mudahan info ini dapat membantu anda.
Untuk maklumat lanjut boleh whatsapp saya.
Review polisi sedia ada atau nak apply takaful.

Saya adalah wakil anda memilih manfaat syarikat-syarikat takaful yang menawarkan perlindungan kewangan untuk anda dan keluarga anda yang tersayang.

Jemput ke FB / IG saya untuk maklumat lanjut  (^_^)

https://www.instagram.com/sulinda_sulihan/

Sulinda
Financial Adviser Rep.(FAR)
http://wa.me/60197296063

Tuesday, December 8, 2020

I am back!

 Hai readers,

Assalammualaikum,



Its been a while since February tak menulis.
Tahun ini banyak sangat yang berlaku.
So sebelum tahun baru bermula
Saya nak sharing sikit tahun ini punya pengalaman dan inspirasi.
Ada gembira,sedih,takut,kerisauan
semua nya bercampur baur.
Alhamdullilah,kita dah sampai ke penghujung tahun 2020
saya bukan lah blogger atau penulis yang tegar 
cuma saya suka ada tempat untuk meluahkan apa yang ada dalam fikiran dan berkongsi pengalaman hidup

Apa khabar korang semua?
Tahun ini tiada siapa sangka kita hidup dengan pandemik dan mask berbulan-bulan diluar
berita pandemik ini macam dah jadi rutin kehidupan kita sehari-hari kan
hidup perlu diteruskan.

For me,
Fasa-fasa kehidupan saya masih dalam nak mencapai impian hidup
Selain saya ingin menjadi seorang isteri yang taat kepada suami
Ummi yang terbaik kepada anak-anak saya
Anak yang membahagiakan ibu,ayah dan keluarga
Saya juga ada impian yang besar yang lain.

Apa impian saya?
Saya nak kaya sebelum saya bersara.
haha besarkan impian saya ini?
Apa impian korang pula?
Berapa besar impian korang?
Kaya banyak mana?
Bagi peluang saya berusaha dan buktikan dulu ya!

Terima kasih pada suami yang sentiasa memberi sokongan untuk saya menjadi wanita yang berdikari 
dan sentiasa mengizinkan saya explore potensi diri saya.
Kadang-kadang saya pun tak faham kenapa "DIRI" saya push untuk buat lagi dan buat lagi
sedangkan saya boleh pilih untuk jadi suri rumah sepenuh masa.
Tak perlu nak struggle.
Ada DESIRE dalam diri saya yang saya nak beri LEBIH lagi pada orang-orang yang saya sayang


Kalau di flash back semula
tahun ini banyak sangat cabaran pahit manis kehidupan
cuma selepas ini saya ada fokus saya

Since saya berhenti kerja tahun lepas 
selain  fokus utama saya adalah untuk keluarga, kehidupan, karier baru
sebenarnya saya banyak fokus pada PERSONAL DEVELOPMENT dan kuasai KNOWLEDGE saya dalam bidang kewangan.
saya banyak mencari mentor-mentor ,inspirasi, partner yang jujur 
untuk bersama-sama saya harungi bidang ini.

Saya upgrade diri saya dari agen takaful ke Licenced Financial Adviser (FAR) 
Lesen ni kena approved by BNM ya.
Percayalah ianya bukan perjalanan yang mudah bagi saya tapi saya redah je ,
Apa saya buat? 
Saya study untuk exam Shariah Registered Financial Planner berbulan-bulan
sambil buat sales dan marketing at the same time.

Dengan niat saya nak beri lebih kepuasan pada clients saya dan juga pada diri saya.
Saya nak beri LEBIH pilihan
Saya nak jadi pakar  dalam bidang terjun ini 
Bagi saya masa ya! 

Tahun ini,Allah uji mental dan fizikal saya
Allah hantar orang-orang untuk uji mental dan emosi saya
Ya saya hampir kecewa,sedih dan pernah merasakan saya sudah gagal

Tetapi percayalah,kita semua pasti akan melalui fasa-fasa itu dalam kehidupan kita. 
bila kita melangkah ke dalam bidang perniagaan takaful ini.
Persaingan sebenar adalah dengan diri kita sendiri.

So saya pun dah nak keluar ni nak hantar anak-anak ke taska
Lepas tu nak mulakan kerja saya ni.
Nak pergi menjala hehe

Nanti kita sambung lagi ya!

Salam Sayang
Sulinda 









Designed by UMIESUEstudio 2014