Disclaimer

:: Declaration of images are the intellectual or personal property, image usage is strictly prohibited without the written consent the blog owner, Failing which may result in possible legal action against the involved party using the image::

sebarang penggunaan gambar atau entry peribadi di dalam blog ini tanpa keizinan untuk tujuan peiklanan atau jualan adalah dilarang sama sekali

Tuesday, December 8, 2020

I am back!

 Hai readers,

Assalammualaikum,



Its been a while since February tak menulis.
Tahun ini banyak sangat yang berlaku.
So sebelum tahun baru bermula
Saya nak sharing sikit tahun ini punya pengalaman dan inspirasi.
Ada gembira,sedih,takut,kerisauan
semua nya bercampur baur.
Alhamdullilah,kita dah sampai ke penghujung tahun 2020
saya bukan lah blogger atau penulis yang tegar 
cuma saya suka ada tempat untuk meluahkan apa yang ada dalam fikiran dan berkongsi pengalaman hidup

Apa khabar korang semua?
Tahun ini tiada siapa sangka kita hidup dengan pandemik dan mask berbulan-bulan diluar
berita pandemik ini macam dah jadi rutin kehidupan kita sehari-hari kan
hidup perlu diteruskan.

For me,
Fasa-fasa kehidupan saya masih dalam nak mencapai impian hidup
Selain saya ingin menjadi seorang isteri yang taat kepada suami
Ummi yang terbaik kepada anak-anak saya
Anak yang membahagiakan ibu,ayah dan keluarga
Saya juga ada impian yang besar yang lain.

Apa impian saya?
Saya nak kaya sebelum saya bersara.
haha besarkan impian saya ini?
Apa impian korang pula?
Berapa besar impian korang?
Kaya banyak mana?
Bagi peluang saya berusaha dan buktikan dulu ya!

Terima kasih pada suami yang sentiasa memberi sokongan untuk saya menjadi wanita yang berdikari 
dan sentiasa mengizinkan saya explore potensi diri saya.
Kadang-kadang saya pun tak faham kenapa "DIRI" saya push untuk buat lagi dan buat lagi
sedangkan saya boleh pilih untuk jadi suri rumah sepenuh masa.
Tak perlu nak struggle.
Ada DESIRE dalam diri saya yang saya nak beri LEBIH lagi pada orang-orang yang saya sayang


Kalau di flash back semula
tahun ini banyak sangat cabaran pahit manis kehidupan
cuma selepas ini saya ada fokus saya

Since saya berhenti kerja tahun lepas 
selain  fokus utama saya adalah untuk keluarga, kehidupan, karier baru
sebenarnya saya banyak fokus pada PERSONAL DEVELOPMENT dan kuasai KNOWLEDGE saya dalam bidang kewangan.
saya banyak mencari mentor-mentor ,inspirasi, partner yang jujur 
untuk bersama-sama saya harungi bidang ini.

Saya upgrade diri saya dari agen takaful ke Licenced Financial Adviser (FAR) 
Lesen ni kena approved by BNM ya.
Percayalah ianya bukan perjalanan yang mudah bagi saya tapi saya redah je ,
Apa saya buat? 
Saya study untuk exam Shariah Registered Financial Planner berbulan-bulan
sambil buat sales dan marketing at the same time.

Dengan niat saya nak beri lebih kepuasan pada clients saya dan juga pada diri saya.
Saya nak beri LEBIH pilihan
Saya nak jadi pakar  dalam bidang terjun ini 
Bagi saya masa ya! 

Tahun ini,Allah uji mental dan fizikal saya
Allah hantar orang-orang untuk uji mental dan emosi saya
Ya saya hampir kecewa,sedih dan pernah merasakan saya sudah gagal

Tetapi percayalah,kita semua pasti akan melalui fasa-fasa itu dalam kehidupan kita. 
bila kita melangkah ke dalam bidang perniagaan takaful ini.
Persaingan sebenar adalah dengan diri kita sendiri.

So saya pun dah nak keluar ni nak hantar anak-anak ke taska
Lepas tu nak mulakan kerja saya ni.
Nak pergi menjala hehe

Nanti kita sambung lagi ya!

Salam Sayang
Sulinda 









No comments:

Post a Comment

Designed by UMIESUEstudio 2014