Disclaimer

:: Declaration of images are the intellectual or personal property, image usage is strictly prohibited without the written consent the blog owner, Failing which may result in possible legal action against the involved party using the image::

sebarang penggunaan gambar atau entry peribadi di dalam blog ini tanpa keizinan untuk tujuan peiklanan atau jualan adalah dilarang sama sekali

Thursday, May 16, 2019

SAKIT PENGHAPUS DOSA PART 1


Assalammualaikum w.b.t.


Malam ni terasa nak mengarang.
nak kasi release emosi aku ni.
Seminggu awal dari bulan May ni
Aku di uji dengan kesakitan.
Kali ni aku rasa macam hilang semangat disebabkan sakit yang aku rasai ni

So apa pun aku nak cerita dulu lah
baru nak cerita tentang apa perasaan aku 

Ahad sebelum puasa aku panggil kak ida yang biasa urut aku 
pasal sebelum-sebelum tu aku kerap rasa nak pitam
aku rasa tekanan darah aku menurun tu yang effect pitam
plus aku kebizian dengan kerja
so aku da start sakit-sakit belakang
Aku panggil kak ida datang urut.

Kali ni macam urut lain macam tang kat perut tu sengkak nya macam sakit sikit kak ida buat
tapi aku tahan kan jek
badan rasa ok ,best.cuma tang perut ada rasa tak selesa.


camni lah aku beberapa hari sakit tak tahu la kejap nak pitam
kejap migrain.

Lepas je kak ida urut dalam pukul  petang
settle dalam pukul 5
kemudian aku mandi-mandi bersiap nak ambil marissa balik sekolah
pastu pergi tesco nak beli barang-barang dapur
masa ni aku dah start rasa nak pitam rasa macam tak sihat sangat.
balik je rumah aku nak buang air besar sambil tu rasa nak pitam kat toilet
keluar toilet aku cakap dengan suami aku tolong ambilkan plastik 
sebab aku rasa loya
belum sempat plastik sampai
mencurah-curah aku muntah
sampai cramp perut aku
sampai lemah badan aku

berapa hari jugak la aku rasa tak berapa sihat
so hari khamis tu aku sedar pukul 3 pagi
masa tu hujan ribut kat luar
aku sakit perut 
so aku cirit birit sampai sakit perut sangat2 aku rasa
terguling-guling aku menahan sakit perut
dengan cirit nya lagi

serius rasa sampai letih nak nafas
aku sempat masak nasi untuk sahur
tapi kesian kat suami aku sampai tak sahur sebab aku dah tak dapat menahan sakit lagi dah.



Sebenarnya sampai part sini aku stop dulu masa tu

Sebabbb......


Aku sakit lagi lepas dah discharge dari Regency Hospital tu hari
Kat Regency doktor terus buat Ct scan kat perut aku tapi doc cakap nothing serious lah
so aku fikir kalau takde apa yang serius aku nak mintak discharge lah kan
Buat apa aku nak stay lama2 kalau doc cakap takde apa kan
Test najis pun doc cakap takde virus atau salah makan 
aku macam down jugak
serius aku rasa tak puas hati pasal sakit giler perut aku kot.
There must be something kan?
Hari pertama warded doc tak bagi makan langsung
Hari kedua baru boleh makan 

So aku discharge dari hospital dengan rasa sedih tak tahu apa yang tak kena 
Doc bagi aku 2 ubat jek
ubat tahan sakit dia takde bagi
actually doc yang treat aku tu katanya surgeon doc
bagus katanya
tapi dari segi konsultasi aku rasa macam tak puas hati jugak
doc tu chinese
so dia datang wad tekan2 perut then dia tanya linda you ok tak?
kalau ok fine you boleh discharge

ada sikit tak puas hati jugak lah
Sebab dia takde explain report ct scan yang dia buat tu
pastu set next appoinment 
duit lagi tu ,malas bangat aku
dengan doc tu just tanya ok ke tak ok pastu bayar RM200 consultation
rugi ahh


Owh nak tahu tak billing aku berapa ?

Around 3K +++ 
Kalau takde medical card camno lah kan
lagi2 nak raya ni .
Banyak nak pakai duit.

Nak aku buat part 2 ke ek??

Ok lah bersambung part 2 ye

Salam Sayang
Sulinda







No comments:

Post a Comment

Designed by UMIESUEstudio 2014