Assalammualaikum readers
Dalam 3 minggu kebelakangan ni banyak dugaan
Raya ritu marissa & Medina kena demam influenza.
Tapi tak sampai kena warded la
Just kena kuarantin seminggu pastu consume ubat anti virus dari Regency Hospital.
Ward kanak-kanak full house katanya.
Dengan kes influenza n demam virus.
Simptom demam influenza ni kena pergi klinik atau hospital yang boleh buat test ni.
Antara simptom nya ialah demam panas berlarutan,batuk dan selsema,sakit kepala.
Seminggu lepas dorang pulih,sekolah area Pasir Gudang di arahkan tutup berikutan kes pencemaran udara lagi.
2 minggu tak sekolah.
Jadinya masa tu lah aku decide nak masukkan marissa tusyen disebabkan risau pelajaran dia ketinggalan.
Kemudian ayah masuk wad nak operate Lipoma dekat belakang bahu dia.
Lipoma dengan Lyphoma lain penyakit ye.
Mula-mula kami pun confuse jugak.
Pronounce dia lain begitu jugak penyakit dia lain-lain.
At 1st tu try apply ayah nya GL guna medical card dia yang pertama tapi declined atas sebab belum cukup waiting period.
Masa tu kitaorang pasrah nak kena stand by 20k untuk kos operation ayah.
Kesian kat ayah.
Pastu kami try pulak medical card kedua.
Tapi ada had limit la.
In case kalau lebih dari limit kami kena add on billing kos hospital.
Alhamdullilah GL approved.
Kalau ada medical card 1st option memang hospital swasta la kita nak pergi kan?
At least dapat privacy dan kalau GL approved terus boleh operation.
Alhamdullilah dalam segala proses GL medical card untuk ayah aku ni aku belajar jugak.
dan aku bersyukur dah sediakan medical card untuk adik2,ibu n anak2 medical card seumur hidup 100 tahun yang lebih murah.
Sedih nya start 1 July 2019 dah takde lagi dah plan ni.
Berbalik ayah aku dapatkan rawatan di private hospital.
Lepas 3 hari ayah aku discharge dari Penawar hospital.
malam nya ayah aku tersedak pulak sampai tak boleh bernafas.
terus kitaorang bawa dia hospital paling dekat iaitu Hospital KPJ Abd Samad.
Dekat dengan rumah ayah.
Ayah kena masuk Emergency room.
Ramai orang kat emergency room.
Wad kanak-kanak full house.Kesian juga.
So dari pukul 10 malam ayah masuk emergency room.
Pukul 3 pagi baru settle ayah kena masuk wad semula.
Alhamdullilah after 3 hari ayah dah boleh keluar
ayah mengadu sejak-sejak operate lipoma dia tu badan dia rasa lemah je
mudah letih,tak boleh lasak-lasak
Ayah dan ibu dah berumur.
Jadi kalau dorang masuk hospital mesti rasa risau
kita mesti nak dorang dapat rawatan yang segera dan selesa kan
ayah aku stay private hospital berapa hari dapatlah jugak privacy nya tu.
Mudah mudahan ayah terus sihat dan kuat
Salam Sayang
Sulinda