Assalammualaikum w.b.t
Entry kali ni cerita balik hari raya
Raya tahun ni seminggu dapat cuti
tapi macam tak percaya masa berlalu dengan pantas
Kami gerak balik ke Perlis pada hari ahad petang
sampai ke Perlis lebih kurang pukul 3.30 am
dah boleh stand by untuk sahur
Jalan alhamdullilah memang tak jem..
rasa lapang dada sikit
kalau tak aku rasa stress lebih-lebih lagi kalau kat Perak tu
kalau jem boleh makan masa sampai 4-5 jam kat situ je
Raya tahun lepas kami balik beraya dengan flight
tahun ni kami balik dengan kereta pula
sebab nya banyak barang nak angkut hihi
faham-faham jela sindrom mak-mak nak angkut semua dalam almari
lagi pulak tahun ni cuti lama sikit
tahun lepas cuti terhad
Tahun lepas beraya di Johor dulu lepas tu petang raya pertama naik flight balik ke utara pulak
Berbalik tajuk asal
Oleh kerana kami gerak dalam pukul 6 petang
jadi aku sebagai co-pilot dah stand by air dan makanan berbuka siap-siap
kami tak berbuka makanan berat pun
kami cuma makan roti , kuih muih dan air putih sahaja
sebab nak jalan jauh biasa nya kami elak makanan berat supaya tak sakit perut huhuhu
tapi dalam pukul 12 pagi camtu kami berhenti di Perak (tak ingat perhentian mana)
kami anak-beranak makan mee hoon sup bagi alas perut
bagi anak-anak relax dulu panaskan badan baru kami teruskan perjalanan
happy sangat sebab masa ni jalan tak jem langsung (^_^)
waktu sahur baru kami makan berat untuk beri tenaga berpuasa
sejak-sejak ni aku kerap migrain..
sakit bukan kepalang,nak buat kerja pun terbatas
rasa macam nak pergi buat check up kat hospital.
doa-doa semua baik-baik aje.
Perjalanan kali ni marissa duduk depan sebelah papa dia
aku dengan medina dekat belakang
alhamdullilah medina tidur dengan lena dan selesa sepanjang perjalanan balik kampung
marissa punya celoteh buat papa dia tak sempat ngantuk
bagusla tu kan hehe
tapi bila marissa tidur dia ada sikit meragam sebab maybe dia selesa duduk depan
Balik ke johor lain pulak cerita
sebab medina tak berapa sihat
dia selsema,muka merah-merah,demam,tekak tak sedap
so dia meragam banyak sepanjang perjalanan balik tu
dia tak nak susu langsung.
marissa pulak tidur dengan lena sampai johor
mungkin dah kepenatan bermain kat kampung
Syukur juga sepanjang perjalanan tak jem
kami gerak balik johor masa ni raya kedua 9 malam dari Sungai Petani
sempat beraya sat kat umah cikgu kesayangan
Kesian jugak anak-anak sebab kecil-kecil dah redah utara selatan huhu
tapi nak buat macam mana nak....
ni la ketentuan Allah...(^_^)
takpela nanti kalau nak travel ke overseas jauh-jauh senang sikit la sebab dah faham
ayat nak sedapkan hati hihi
Ok sampai sini dulu buat kali ni
Salam Sayang
Sulinda
No comments:
Post a Comment