Disclaimer

:: Declaration of images are the intellectual or personal property, image usage is strictly prohibited without the written consent the blog owner, Failing which may result in possible legal action against the involved party using the image::

sebarang penggunaan gambar atau entry peribadi di dalam blog ini tanpa keizinan untuk tujuan peiklanan atau jualan adalah dilarang sama sekali

Monday, January 15, 2018

WELCOME 2018

Assalammualaikum readers



Selamat Tahun Baru 2018 
belum terlambat lagikan aku nak wish 
Di ambang tahun baru ni
Start dari cuti sabtu hari tu aku rasa tenang sangat
masa tu suami balik awal...pastu sabtu dia cuti sampai lah hari isnin dia cuti
mahu tak tenang ? rasa damai je sebab dapat bersama family
rasa happy,anak-anak pun happy mak apak dorang ada je depan mata sebab tak pergi kerja kan
mak nya pun dalam kepala macam-macam rencana nya
naseb baik dapat suami baik tak kisah melayan isteri & anak-anak
Sabtu tu kami just keluar makan-makan kat jusco tebrau ,petang kami singgah Ikea pulak sampai ke malam huhu 
misi nak mencari perabot nak deko bilik bacaan dengan buku-buku yang banyak tu
tapi kami dah terlalu letih kami tak beli hari tu jugak
Ahad tu kami pergi sekali lagi.
Gigih ke idok?
Dah lah hujan dah berapa hari lebat selebat nya lah
syok tengok hujan
mendamaikan jiwa lentok je mata

Cuti 3 hari ritu banyak misi.Tapi tak semua nya sukses hehe
Ada misi cari water heater , misi cari rak buku, barang deko ,baju swimming baru marissa,beg sekolah dia
Ni misi perabih duit ke apa huhu
takdelaaa...
semua nya ada masa-masanya
dah duduk lama pun baru nak pasang water heater
bukan masuk rumah baru semua nak ada kan

baru-baru masuk awal tahun ni
di duga dengan kesihatan marissa n medina
medina haritu batuk-batuk berjangkit marissa
marissa batuk tak baik-baik
on off on off
so hari sabtu hari tu dia mengadu sakit perut
bila petang dalam pukul 5 dia dah menjerit tak tahan
kami syak dia minum air teh O masa dinner kat luar malam tadi
kot angin ke kan..
tanya nak buang air besar ke
marissa cakap tak
ahad siang ok je
malam nak tidur dia cakap sakit lagi
sekejap bangun merengek sakit
pastu pukul 4 bangun batuk-batuk
aku dah macam zombi pergi kerja sebab tidur tak lena duk pantau keadaan marissa
doktor cakap perut dia ok..tapi doktor dengar dada dia ada asthma
so marissa kena ambik neb
perot dia maybe cramp ke lebih kurang camtulah

Baru-baru ni aku order essential oil young living
nak cuba other solution untuk family aku supaya sihat ,ceria n positif
nanti dah cuba any outcomes aku akan share kan dengan korang ye
I'm so excited ! (^_^)

Salam Sayang
Sulinda



Designed by UMIESUEstudio 2014