Disclaimer

:: Declaration of images are the intellectual or personal property, image usage is strictly prohibited without the written consent the blog owner, Failing which may result in possible legal action against the involved party using the image::

sebarang penggunaan gambar atau entry peribadi di dalam blog ini tanpa keizinan untuk tujuan peiklanan atau jualan adalah dilarang sama sekali

Wednesday, October 25, 2017

BALIK KAMPUNG -DEEPAVALI HOLIDAY

Assalammualaikum readers



minggu sebelum cuti deepavali tu memang best
kerja isnin selasa je
rabu dah start cuti
company aku ambil cuti 2 hari sempena deepavali
aku extent cuti lagi 2 hari 
so aku cuti dari rabu sampai ahad
kami dah rancang memang nak balik kampung perlis belah suami aku
suami aku memang kemain sibuk jugak dengan projek kerja dia tu
tapi dia pun ambil cuti nak tengok mak ayah kat kampung
selalu nya kami gerak perlis waktu malam
tapi malam tu suami aku pun balik lewat
so kami gerak balik kampung waktu pagi
sempat lagi bersarapan dengan ayah dan keluarga tersayang sebelum bertolak

CABARAN

Ni kali pertama kami gerak waktu siang balik ke Perlis
yang penting waktu ni mind set
kena relax n bertenang (tenang kerrrr hahaha)
terutama bila nak kena handle anak-anak kecik
sebab waktu siang waktu dorang bermain
kalau waktu malam dorang boleh tidur
beza sangat cabaran nye
sebab marissa banyak kali tanya bila nak sampai papa ? 
kesian jugak tapi sampai penat nak jawab bila nak sampai huhu
lagi budak dua ni kadang naik boring dorang gaduh berebut handphone
akhirnye selepas kena lepuk sikit dengan aku medina nangis dan tidur dari Ipoh sampai ke Penang
marissa tidur kejap je dalam 1 jam camtu
dari subuh keluar sampai dah pukul 2 petang tak nak tidur mau tak letih kan
tapi budak-budak fikir nak main aje
trafik masa ni alhamdullilah takde jam teruk 
kami berhenti lama sikit masa sebelum masuk ipoh
sebab medina tiba-tiba muntah
maybe mabuk susu sebab banyak minum susu dan lagi tak reti diam dalam kereta
tukar pampers dah 3x sampai bocor-bocor
pelik pasal selalu tak camtu
terlebih minum susu agaknya
lebih kurang pukul 2 petang lepas berehat dan solat di ipoh kami teruskan perjalanan



Sampai kat Penang dalam pukul 4.30 petang 
kami singgah rumah adik ipar kat sana
siap-siap mandikan anak-anak 
kami gerak terus ke Perlis
lebih kurang pukul 8.30 malam kami pun sampai
pada aku ok jugak travel jauh ni waktu siang
at least sampai malam lepas tu boleh tidur macam biasa
kalau gerak malam sampai Perlis siang takdenye masing-masing nak tidur ke berehat
siang nak tidur lama-lama pun tak best jugak kan
marissa kalau asyik main je siang tak nak tidur sekejap
malam mesti dia tidur menangis kalau siang dia tak tidur sekejap

Selama 2 hari kat kampung dari hari rabu
hari jumaat lepas solat jumaat kami gerak pulang
tapi kami tak terus balik johor
kami singgah KL
Ke rumah adik-adik
adik-adik aku 2 orang tengah berpantang bersalin
pastu singgah umah abang ipar sekejap
Petang sabtu kami gerak balik ke Johor
Hajat di hati nak ajak singgah Melaka stay kat sana
tapi rasanya macam tak larat da nak singgah mana-mana
dah terkenang tilam kat rumah huhu
yela banyak kerja rumah nak buat ahad tu sebelum naik kerja hari isnin
Itu jelah cerita cuti deepavali
letih memang letih
tapi alhamdullilah seronok semua nya berjalan dengan baik
Ok lah sampai sini dulu ye



Salam Sayang
Sulinda




Tuesday, October 24, 2017

SAY HOORAY KARNIVAL SRI KAMARIAH KINDERGARTEN 20TH ANNIVERSARY

Assalammualaikum readers

nampak tak panjang benor tajuk tu hehehe
Saja nak kongsi 14/October /17 lepas family karnival sekolah marissa
kali ni sekolah buat event macam besar sikit lah banding tahun sebelum
lagi istimewa kali ni sempena sambut ulang tahun tadika dorang yang ke 20 tahun
kalau senior anak aku dah umur 20 tahun la camtu
event buat kat Educity Sports complex Nusajaya Johor bahru

sekolah ni "very the urban"  & hipster sikit lah
dari segi idea , persembahan dan kreativiti

marissa buat persembahan dengan kawan-kawan
medina dah meraung nak join sekali

Meh aku share gambar
gambar mostly ehsan dari FB tadika
sebab aku banyak ambil video masa event tu



Ada banyak vendor-vendor yang join berniaga masa event ni
dengan pelbagai aktiviti kanak-kanak boleh sertai
booth haiwan peliharaan pun ada
makanan banyak pilihan
pembukaan persembahan dari Junno & hanna
ada "Talk session" dengan Fynn Jamal tentang kanak-kanak autisme




berlengas budak-budak lepas tu lah
apa tak nye masing-masing berlari ke sana ke sini nak main booth kesukaan dorang
mak apak pon turut berlengas dek kejar anak-anak huhuhu
nasib baik sebelum kami balik dapat mandikan marissa n medina
rasa selesa sikit kan
stadium memang tentu ada tempat mandi kan
tempat pun selesa sebab masih baru lagi
stadium indoor sejuk berhawa dingin
tahun ni marissa 5 tahun
so next year ada setahun lagi untuk persediaan sebelum ke alam persekolahan sebenar














event ni kalau ikut kan abes pukul 4.30 ptg sebab ada zumba
tapi bawak budak-budak memang tak lah kot nak stay huhuhu
lepas event kami ke jemputan kahwin kat kulai-kota tinggi
kawan sepejabat kahwin
keseluruhan event ni aku boleh cakap so far so good la 
not bad
Thanks to all teachers yang terlibat menjayakan event ini
kami sangat hargai nya
and we had so much fun!! (^_^)


Salam Sayang
Sulinda









Thursday, October 12, 2017

SOLAT AWAL WAKTU

Assalammualaikum readers..

Apa Khabar ...
Waktu ni macam tengah lapang sikit
So aku teringin nak berkongsi sedikit tips atau sedikit pengalaman sendiri 
Aku nk cerita pasal macam mana nak mengurus waktu solat awal waktu
terutama bagi ibu-ibu yang anak-anak masih kecil
yang sentiasa terlewat waktu solat kerana bekerja atau suri rumah tangga sepenuh masa
dan ketika kita keluar berjalan di pusat membeli belah atau bercuti ke mana sahaja



Point aku solat awal waktu
solat walau di mana kita berada
terlebih dahulu aku nak mintak maaf jika apa yang aku kongsi ni kalau ada yang tersilap
aku mintak maaf
aku menulis berdasarkan pengalaman sahaja


Ok

Bagaimana kita nak solat awal waktu?

Perkara asas mind set ,sikap kita terhadap solat yang wajib 
macam mana kita nak memotivasi kan diri kita terpulang pada diri kita sendiri.
bila kita dah biasa insyaAllah kita rasa solat awal waktu buat kita lebih banyak masa
sebab kita dah awalkan waktu solat yang wajib
biasa nya kita dah tahu dah masuk waktu solat
tapi kita fikir waktu solat panjang lagi so kita rasa boleh tunggu
tapi yang kita tahu Ajal memang takkan pernah tunggu kita
Lagi 1 kita fikir jika kita lewat kan waktu solat
kita sanggup tak Allah lewatkan urusan kita lepas kita meninggal dunia?
mesti kita tak nak kan?
Mohon pada Allah jika kita jaga solat awal waktu
mohon dipermudahkan urusan kita lepas kita meninggal
Alhamdullilah aku di keliling kawan-kawan yang sentiasa jaga solat
kawan-kawan yang baik
yang sentiasa menjaga solat
dulu aku tak paham atau meremehkan mungkin
contoh kalau waktu solat zuhur masuk zuhur pukul 1 ptg contoh..
tapi aku dah biasa set masa solat pukul 3 ptg
walaupun masih dalam waktu zuhur lagi 
tapi tetap di kira melewatkan waktu solat 
betul tak ?

Lagi satu solat asar sebelum balik kerja pukul 5.30 ptg pastikan solat dulu
jangan tunggu-tunggu nak solat kat rumah lah pulak
sebab waktu solat asar dengan maghrib sangat dekat
kot jalam jammed ke...
anak meragam ke kan kita balik kerja memang selalu ke laut lah solat kita tu
terkumat kamit bacaan sebab dah nak masuk maghrib
paling teruk terlepas waktu solat


Kalau berjalan di pusat membeli belah
sentiasa alert dengan waktu solat
kita saling mengingatkan pasangan kita & anak-anak kita waktu solat
anak-anak kecil kalau dah main memang lama kan nak melayan
contoh antara waktu zuhur dan asar
kadang terlajak kan kalau dah pusing-pusing mall tu
maklumlah mall tu besar luas nak pusing 

antara sebab orang wanita tak solat
malas
melecehkan solat wajib / tunggu hidayah 
tak menjaga aurat
masalah kebersihan macam keputihan (ini nanti aku nak cerita lebih sikit)
alasan nak solat kat rumah lebih selesa katanya sebab konon sempat sampai rumah untuk kejar solat
make up tebal susah nak cuci make up atau sayang nak cuci make up
telekung kat surau tak bersih
apa lagi? diri kita je yang tahu apa masalah nye yang lain-lain tu

kalau malas solat memang tak dapat la nak tolong
semua nya bergantung kepada kita bagaimana kita nak pengakhiran hidup kita ni
syurga tu mahal 
sebab tu bukan mudah nak dapat syurga
melainkan dengan beriman ,beramal soleh serta rahmat dari Allah

Nak cerita pasal tadi tu
kalau yang jenis banyak keputihan tu 
pastikan pakai pantyliner atau bawak panties lebih lah dalam handbeg
kemudian pergi bersuci dulu sebelum wuduk


pastu yang tak selesa dengan telekung surau boleh bawak telekung travel 
sekarang ni banyak pilihan telekung travel
kalau make up lebih baik guna yang mesra wuduk
bawa kit pencuci muka , bedak dd cushion paling senang & praktikal nak guna lepas solat
ini bagi wanita yang memang suka make up
kalau jenis yang tak make up  lagi senang
takde alasan tak nak solat tanpa sebab

Pernah aku singgah makan di sebuah restoran
waktu tu waktu maghrib
so kami nak solat tapi surau kecik ada 1 bilik je kena share lelaki perempuan
pastu nak ambil wuduk kat tempat belakang
takde selipar basah
tempat nye gelap tak selesa tak berapa bersih
tapi kami tetap solat jugak
Telekung sendiri tak bawak jadi pakai telekung surau tu walaupon tak berapa bersih
Ini jadi pengajaran kami jugak
bawa telekung sendiri
pilih tempat solat yang sesuai
boleh pilih singgah masjid dulu sepatutnya

Bagi ibu yang bekerja balik petang ambil anak dari pengasuh
macam aku sampai rumah dah pukul 7 camtu
kalau mood anak-anak tengah baik
masuk waktu terus solat
macam aku anak-anak aku kat rumah memang manja
yang si kecik medina merengek nak kan perhatian
nak ummi...nak ummi
so bila mood dia tengah baik
dah masuk waktu aku bagitahu anak-anak "ummi nak solat ye "
Marissa n medina angguk paham
selesai solat nampak mood dorang ok aku teruskan dengan baca quran ke camtu
pastu baru aku duduk dengan anak-anak melayan dorang sebelum masak
sebelum2 ni aku balik sampai rumah aku fikir nak masak apa
masak dulu siap masak baru solat maghrib
tapi percaturan aku silap
so aku ubah masa aku mengikut keutamaan

begitu jugak isyak
sebelum ni aku solat isyak dalam keadaan terlalu letih ,mengantuk
sebab dah pukul 10 / 11 mlm baru nak solat isyak
dah settle masak,sediakan suami n anak2 maka,sidai baju,kemas umah,kemas dapur n macam2 keje mak2 lagikan
siang kerja office ,malam kerja rumah tangga semua guna tenaga
so aku cuba solat awal
jadi tenaga masih ada lagi masa tu



Ok nak cerita solat tahajjud ,solat taubat,solat-solat sunat
hari biasa memang belum mampu aku nak buat
aku tak boleh fokus lagi
tapi aku cuba buat setiap sabtu ahad
waktu cuti
anak-anak tengah tidur lena , aku bangun
orang lain mungkin boleh buat lebih baik lagi
tapi bagi aku yang masih bertatih aku rasa syukur mampu buat camni dulu




sebenarnya apa yang aku kongsi lebih kepada ibu-ibu atau wanita islam
sebab nya aku paham ibu-ibu memang banyak tanggungjawab nak diuruskan
rumahtangga,suami,anak-anak,kerja
tu kadang solat tak tentu masa
perkongsian ini bukan untuk mendabik dada
tapi aku masih bertatih lagi untuk istiqamah
sama-sama lah kita memperbaiki kekurangan kita
masalah kita sebenarnya pengurusan masa dan keutamaan

Syurga tu mahal , Rahmat Allah maha besar

Salam Sayang
Sulinda











Designed by UMIESUEstudio 2014