Disclaimer

:: Declaration of images are the intellectual or personal property, image usage is strictly prohibited without the written consent the blog owner, Failing which may result in possible legal action against the involved party using the image::

sebarang penggunaan gambar atau entry peribadi di dalam blog ini tanpa keizinan untuk tujuan peiklanan atau jualan adalah dilarang sama sekali

Monday, August 21, 2017

ANAK OH...ANAK

Assalammualaikum w.b.t.

Apa khabar semua ?
Minggu ni terasa berlalu dengan pantas walaupun dengan bermacam-macam dugaan
Hari Khamis sampai Ahad Medina admitted disebabkan muntah-muntah dan berak-berak
Start dari minggu lepas sebenarnya...dari Marissa demam dan tekak penuh ulser.
Marissa dah ok , medina pulak demam dan tekak ada ulser
Kami bawa medina pergi check up hari Isnin sebab demam dan ulser.
Hari Rabu malam medina start muntah-muntah sampai ke pagi sampai lembik.
Pagi tu aku still hantar medina kat rumah pengasuh..tapi aku follow up keadaan medina..
Tak sampai hati tengok keadaan medina
So aku ambil cuti separuh hari bawak medina check up lagi.
Hari rabu doktor dah suruh medina masuk wad sebab dah dehidrate
tapi aku request nak monitor medina kat rumah dulu.
doktor cakap medina keracunan makanan
aku pun tak tahu la makanan apa..tak pasti ...

Hari Khamis pagi aku still hantar medina kat pengasuh..
tapi aku follow up dengan pengasuh jugak
aku nak settle kan kerja yang pending sikit..
Kerja tetap tanggungjawab...
sebab tu aku tetap hantar medina ke rumah pengasuh tolong monitor kan medina sementara aku settlekan apa yang patut.
Takde mak yang tak sayang anak ye..
memang dah fikir kalau medina teruk aku akan bawak dia jugak ke hospital hari tu jugak
tengahari pengasuh minta aku balik ambil medina.
Petang khamis tu aku bawa medina balik doktor paed dia..
doktor suruh terus masok wad 
selepas proses insurance  so pukul 6 petang kami dah "check in" hospital
peh bunyi macam lah bercuti huh
bercuti sangaattt
So bermula lah malam pertama di hospital.


medina tidur je hari khamis dan jumaat 
memang mudah je dia nak layan mata mungkin sebab ubat kot.

Petang tu papa marissa pick up marissa dari day care.(kakak medina)
Terus ke hospital
Barang-barang keperluan semua aku dah bawa siap-siap dah dalam bonet kereta
tinggal mintak papa nya angkut je.
mak-mak memang camtu kan..
bak kata laki aku semua kalau boleh nak angkut
tapi memang betul sangat

yang ni cerita marissa pulak
petang sampai hospital ok je..
cergas jek..
tertiba malam dia cakap nak muntah
ingat dia main-main
rupanya betul
sampai ke pagi dia tak boleh tidur lena sebab muntah sampai muntah kuning
sampai lembik
aku request laki aku dan marissa tidur sekali kat hospital malam tu.
sudahnya nurse cakap macam simpton rota virus jek.
nurse ambil sample poo poo medina tiap kali dia poo poo (paham2 jela ye huhu)
pagi jumaat tu mandikan budak berdua tu terus suruh laki aku bawa marissa balik tidur rehat kat rumah
aku pun dah macam orang sakit jugak
perut rasa xselesa je
medina tidur aku pun melepek tidur
sampai sabtu marissa lemah jek
saja tanya marissa nak ais krim? nak toys ? nak jajan?
semua tak nak..hehe
confirm !  tak sihat (^_^)
walau macam mana pun syukur bukan rota virus ...
result negatif
lega sangat


aku pulak... tak ingat nak makan..tak rasa lapar langsung masa ni
sabtu pagi aku dah meringkut sakit gastrik
bukan main-main woo sakit nya..
tak pasal-pasal aku jemput diri sendiri pergi turun bawah hospital tu jumpa doktor pakar gastrologi
sebab dah tahap nangis guling-guling atas katil medina
dengan baju tidur ,selipar jepun, muka sememeh pergi jumpa doktor huhu
dapat ubat telan pastu  tumbang sekali atas katil dengan medina
kebetulan masa tu marissa dan papa stay kat rumah
nurse pun confius siapa pesakit dorang sebenarnya huhu


kesian medina..dah berapa hari tak nak makan , tak nak susu
berat pun dah turun
tabah la wahai anak 

ku fikir sabtu dah boleh discharge la
ahad boleh rehat kat rumah
ingat seronok ke stay hospital lama-lama
memang aku nak keluar...tapi pada aku biarlah medina betul-betul recover 
nanti sakit lagi nak bawak datang lagi kan
suami aku pon dah asyik tanye bila nak discharge
sekali tu pagi sabtu medina still demam 
doktor tak bagi keluar lagi
doktor cakap tengok ahad macam mana 
sabtu pagi lepas marissa n papa nya datang hospital
giliran aku balik rumah sekali dengan marissa 
papa nya jaga medina
jarak rumah dengan hospital dekat je dalam 10-15 minit
boleh la nk berulang alik
balik sebab nak basuh baju banyakkk
marissa pun kami tak nak dia stay lama sangat kat hospital
nak bagi dia rehat kat rumah
dia tidur je kat rumah 
nampak keletihan sangat sebab muntah-muntah
so petang baru kami datang hospital balik lepas dah settle kan kemas rumah,basuh baju,sementara baju siap basuh aku pergi tesco beli barang-barang keperluan rumah,balik baju siap sidai baju..
lepas settle baru pergi hospital balik.

lepas magrib marissa n papa balik rumah ...
aku pun stay hospital dengan medina
esok dengan harapan nak keluar ni
pukul 7.30 mlm sabtu medina mengigil2 biru mulut check suhu 38++
aku dah seriau call laki aku suruh datang
nurse wat rileks je masuk ubat buntut
medina tak boleh tido sangat malam tu..
meragam je
tak tahu lah apa yang tak kena
sampai pukul 1 lebih baru tido
aku sedar pukul 5 pagi badan dia panas
aku cepat-cepat panggil nurse
check suhu 39.9
ko rasa???
lagi nak balik ... lagi demam tinggi pulak
masuk ubat buntut lagi
dah risau nanti doktor tahan lagi
pukul 6.30 pagi..nurse pagi datang check belek-belek apa yang tak kena
tengok tangan medina yang tempat cucuk masuk air tu bengkak
nurse cakap mungkin ini yang buat dia demam
sakit kot...
terus nurse bukak...tunggu doktor cakap apa nanti bila doktor naik check up 
aku lega betul lagikan pulak medina
macam bebas betul rasa
terus medina mintak makan
sarapan belum sampai
aku bagitahu nurse nak bawa medina sarapan kat cafe bawah nak ambil fresh air


nak tahu x?
medina terus happy sangat
terus nak makan...nak minum..
nak main...nak senyum ketawa...
Oh My....Ummi so happy macam nak nangis
So dia demam dari malam kelmarin sebab tangan dia sakit ke???






Papa snap gambar dari jauh kami jalan-jalan kat taman kat luar cafe hospital
doktor cakap dah tak perlu masuk air lagi..
monitor lagi sampai petang kalau tak demam boleh balik
alhamdullilah petang dapat discharge

balik rumah dua-dua meragam...
masing-masing keletihan..
ye ummi tahu...
dua-dua ummi bagi susu 
medina masuk buai , marissa pon suruh tido..
tido la dua-dua...

keje aku masih belum selesai di situ
hajat di hati nak jugak berehat
tapi esok nya nak keje 
ada baju nak basuh...nak kemas barang-barang marissa n medina..
nak gosok baju,nak sidai baju...
sampai malam nak lelap pun tak boleh nak tido
medina nangis...tangan dia sakit..bengkak sikit
tu dia meragam
pukul 5 dah bangun medina nak susu..
dah bagi susu tak nak pulak..
aku fikir dia mungkin lapar
aku rebus telur tak nak,buat telur hancur tak nak,jemput-jemput tak nak
sudah nya aku masuk kan dalam buai dia tido...

Medina masih lagi dalam proses recover
mood swing sebab belum ada selera makan n minum
asyik nak dukung je
kadang dia nangis tak tahu dia nak apa
buat sementara ni mak aku ada jaga medina...
yela aku percaya mak aku boleh berikan perhatian pada medina sepenuhnya 
jadi aku boleh fokus dengan kerja
medina pon boleh manja-manja dengan nenek dia



Kadang-kadang kan bila dalam kehidupan seharian ni...
bila rasa tenang..bila takde apa yang nak di fikirkan sangat.. 
semua nya on track...semua nya rasa terurus, gembira, semua nya rasa OK...just nice
diam-diam aku mohon pada Allah..

Ya Allah...sekiranya engkau beri kami ketenangan jiwa , kekuatan..pada masa  kami rasa kehidupan kami bahagia....
Berikan lah juga kami lebih kekuatan,ketabahan,serta ketenangan jiwa ketika kami di Uji oleh Mu...
Limpahkan lah kasih sayang Mu kepada kami supaya kami lebih bersyukur dengan nikmat Mu.
Sesungguhnya Engkau menguji kami atas  kemampuan kami sendiri.


Salam Sayang
Sulinda










Designed by UMIESUEstudio 2014