Disclaimer

:: Declaration of images are the intellectual or personal property, image usage is strictly prohibited without the written consent the blog owner, Failing which may result in possible legal action against the involved party using the image::

sebarang penggunaan gambar atau entry peribadi di dalam blog ini tanpa keizinan untuk tujuan peiklanan atau jualan adalah dilarang sama sekali

Friday, January 23, 2015

BAHAGIA ITU SUBJEKTIF

Assalammualaikum wbt.

Salam Jumaat..
Salam Barakah

Semoga hari ini lebih baik dari semalam

Seorang sahabat beritahu saya.
Dia cakap "Aku happy tengok kau happy"
Aku tengok hidup kau sekarang lebih bahagia..
Lebih teratur...Dari dulu..
Dulu...Kau selalu bersedih..banyak masalah...bla..bla..bla..


Bila aku baca aku senyum sendiri..
Jawab aku.."Alhamdullilah...aku bersyukur dengan nikmat ini"
Tapi jauh dalam sudut hati aku ni..
Aku rasa takut..
Takut dengan bahagia dan nikmat yang aku rasa ni hanya di dunia sahaja..
Dan hanya sementara
Hidup ini ada pasang surut nya..
Kat akhirat nanti bila urusan dunia dah selesai..
Urusan kat akhirat pula..
Nak menjawab dengan Allah tentang dosa-dosa kita..
Amalan2 hidup kita ni...
Cukup ke..Ya Allah..
Moga Allah masih beri kita peluang untuk bertaubat dan beribadat kepada Nya.

Pada Aku..
Bahagia itu sesuatu yang Subjektif
Kita boleh merasa bahagia dalam apa juga keadaan..
Apa jua dugaan dan halangan
Bila kita redha..
Kerana bila kita mengharapkan sesuatu atau seseorang itu akan membahagiakan kita
itu belum tentu lagi..
Sebab bahagia datang dengan izin Nya...
Apa yang kita harap tak semestinya yang terbaik buat kita..


Allah tak kan uji hamba Nya dengan Ujian yang sama...
Kita semua di uji dengan sesuatu yang berbeza.
Terpulang pada kita cara kita menghadapi nya..

Untuk kehidupan sekarang ni...
Aku bersyukur...
tipula kalau tiada dugaan dan cabaran...
Nama pun kehidupan...

Tiap-tiap hari yang di lalui adalah hari yang sangat penting
Tiap-tiap minggu bila hari cuti
Memang hari bersama keluarga sangat bermakna.
Jadi seorang isteri kepada suami,ummi kepada anak,
anak kepada ibu bapa,kakak kepada adik-adik juga bukan sesuatu yang mudah
Sebab kita manusia biasa..
Kita tidak sempurna..
Kita tak kan dapat memuaskan perasaan semua orang.
Kita cuma boleh usaha buat yang terbaik untuk beri kebahagiaan itu 




Cukup lah untuk kali ini...
Sekadar perkongsian yang sedikit..
Moga kita sentiasa menjadi insan yang bersyukur...
Untuk bahagia dan rezeki ini..
Alhamdullilah..Amin..


Salam Sayang...

Sulinda








Tuesday, January 13, 2015

CHILDHOOD MEMORIES


Assalammualaikum...

Salam Selasa..
Ha...? baru selasa..
bila nak hari Jumaat ni hehehe
Sekarang musim budak2  naik sekolah kan..
Ada yang 1st time sekolah
aku tahu betapa bangga dan terharu tengok anak membesar dan mula masuk sekolah.
Gheee marissa nak sekolah?
Ummi belum sedia lagi..
Jadilah budak kecik dulu...(>_<)
Ummi ngan papa tengah seronok tengok keletah awak yang gedik tu..huhu
Bila masa yang sesuai nak masuk kan anak sekolah?
Hmm aku macam nak masuk kan masa umur 3 tahun
Tapi macam awal sangat tak?
Tahun ni mudah mudahan marissa dapat adik keluaran 2015
memang nak tambah dah
Tapi belum ada rezeki lagi...

So apa kena mengena tajuk cerita tu?
Haha saja je...
Aku harap bila marissa dah besar nanti
dia mungkin tak berapa ingat memori masa zaman kecik2
So aku dah simpan gambar marissa lebih kurang 8k
dan video rekod adalah dalam 400 gitu
8k?betol ke tak betol? haha
Zaman kecik2 ummi tak dapat merasa macam marissa dapat sekarang ni
Ni rezeki kamu lah anak
Dan rezeki adik2 kamu yang akan lahir InsyaAllah
Nikmati lah saat2 ini sebelum kamu membesar dan berjuang untuk kehidupan
yang sangat mencabar.








































Perkara paling penting untuk anak2 adalah...
mendidik anak2 itu dengan didikan agama...
Menyediakan simpanan masa depan & pendidikan
Insurance...
Disiplin..
dan..banyak lagi..
semua untuk mu anak


Salam Sayang,
Sulinda


Wednesday, January 7, 2015

BALIK PERLIS



Assalammualaikum...

Minggu ni punya cerita takdela best sangat
saja nak update cerita balik kampung mertua (Perlis)
Last minute decision katanya
Petang balik kerja 
Rushing balik rumah kemas2 barang nak balik Perlis.
Kami bertolak pukul 9 malam lepas dinner
Lepas dah layan marissa main kat tesco Seri Alam
Sampai Perlis pukul 5 pagi
Believe it or not?
Yes,believe it !!
Should be kami sampai at least pukul 9 pagi
tapi kami sampai pukul 5 pagi
jalan masa tu clear
hubby redah punya laju
aku jadi JPJ reminder
laju je aku bunyi la..
"sayang...slow sikit " hehe
alhamdullilah cepat sampai hati pun lega
sebab kesian kan anak tido kat carseat 
tapi marissa tido all the way
 sampai kedah dia bangun kami berhenti rest kejap
baru gerak balik
smooth sangat perjalanan masa tu
bukan senang nak dapat jalan clear macam tu yer.
Sampai je kampung 
kami  pun dah tak larat.settlekan apa yang perlu
kami tidur dan rehat.
petang tu aku dah ajak adik ipar aku merempit pergi Padang besar
memang terhad sikit la nak shopping
pasal bawa motor kan
terhad2 pun banyak jugak aku angkut! hehehe
gasakla kan..











Sempat jugak la snap gambar pemandangan yang sesejuk perasaan ini huhu
bila berada kat perlis
aku rasa nyaman dan aman jauh dari hiruk pikuk 
tengok kawasan nan menghijau sangat menenangkan
sejak dulu aku study kat perlis tu
sampai sekarang aku rasa tenang sangat kalau kat perlis ni



Kami gerak jumaat malam sampai perlis pukul 5 pagi
Ahad esok nya kami gerak balik Johor pukul 3 petang 
sampai johor pukul 1 pagi.
Isnin nak kerja pulak tu (halfday je)
Haa...member kata balik perlis 2 ari macam balik kota tinggi johor jek
No komen (^_^)
Lepak memang lepak la
Tapi kami dah kebiasaan begitu
Kalau tak tiap bulan balik,2 bulan sekali balik la kampung.

Tengok pic char kuew tiaw tu aku makan kat berseri,perlis
Ipar aku belanja..
Sedap...tempat ni aku kira famous juga la
pasal datang2 je penuh orang
rezeki kami ada table kosong kat hujung nunnnn sana
Rasa nya memang sedap..
ada ketam..ada udang..
memang puas hati la
next time bleh pergi lagi 

Letih tak hilang lagi ni
jetlag katakan haha
balik kerja lepas makan malam
fikir nak baring-baring nak rehat & tidur je
asyik tidur awal je
tak sabar nak weekend lagi
nak cuti & rehat bersama keluarga

Ok..jumpa lagi next time

Salam Sayang,
Sulinda



Designed by UMIESUEstudio 2014