Disclaimer

:: Declaration of images are the intellectual or personal property, image usage is strictly prohibited without the written consent the blog owner, Failing which may result in possible legal action against the involved party using the image::

sebarang penggunaan gambar atau entry peribadi di dalam blog ini tanpa keizinan untuk tujuan peiklanan atau jualan adalah dilarang sama sekali

Monday, December 16, 2013

Nak Simpan Wang? Ketahui Rahsia Wang Sebenar

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Apa khabar pembaca sekalian? Saya harap anda sihat dan ceria adanya… maklumlah, kita baru melangkah ke tahun baru.
Ada buat matlamat tahun baru tak? Saya pasti anda ada matlamat tahun baru..
Adakah menyimpan wang merupakan salah satu daripada azam anda?
 Jika jawapan anda adalah Ya… tahniah!
Sebelum anda menyimpan wang, ada baiknya kita berkongsi maklumat tentang rahsia wang. Hehehehe… wang pun ada rahsianya… anda tau tak?
Kalau anda dah mengenali wang yang sebenarnya.. sudah pasti anda akan jatuh cinta dengannya :)
Well, artikel kali ini menyentuh tentang wang,
kalau dalam bahasa Inggerisnya = Money

Rakyat Malaysia dan Wang.

Bagi rakyat Malaysia, bila bercakap tentang wang, maka di dalam minda kita akan terbayang wang kertas Ringgit Malaysia (RM).
Betul tak?
maklumlah.. celik-celik mata ajer… wang kertas inilah yang kita gunakan hari-hari.
Kita sangkakan inilah wang yang sebenarnya… hmmm… betul ker?

Ringgit Malaysia – wang kertas kita
Tahukah anda, bila anda memahami tentang wang dan fungsi-fungsi wang, anda akan teperanjat!
Anda akan tahu apakah itu wang yang sebenarnya.
Adakah wang kertas yang kita gunakan merupakan wang yang benar-benar berfungsi sebagai wang?

Fungsi-Fungsi Wang.

Wang mempunyai 4 fungsi yang utama:
1. Sebagai unit nilai:
    Wang perlu berfungsi sebagai pengukur nilai bagi barangan dan perkhidmatan.
    Contohnya, kesemua barangan dan perkhidmatan di Malaysia dijual di dalam
    Ringgit Malaysia (RM). Unit nilai bagi negara kita ialah ringgit dan sen.
2. Media Pertukaran:
    Wang perlu berfungsi sebagai media pertukaran. Ia membolehkan kita menukarnya
    dengan barangan dan perkhidmatan yang diperlukan.
    Contoh, jika anda hendak ke pasar malam dan anda hendak membeli 10 barangan,
    anda cuma perlu membawa Ringgit Malaysia yang mencukupi.
    Anda tahu semua peniaga pasar malam menerima RM sebagai media pertukaran
    dengan barangan yang mereka jual.
3. Sebagai Piawai Bayaran Tertunda:
    Wang perlu memainkan berfungsi sebagai piawai bayaran tertunda.
    Ini membolehkan urusniaga secara kredit atau bayaran tertunda dilakukan.
   Contohnya, jika anda membuat pinjaman bank dengan kadar keuntungan sekian %,
   maka jumlah pembayaran pada masa hadapan boleh dikira dengan mudah.
4. Sebagai penyimpan nilai:
    Wang perlu menjadi penyimpan nilai yang unggul.
    Dengan kata lain kita boleh menyimpan wang dan menggunakannya pada masa
    hadapan/bila diperlukan tanpa perlu risau wang tersebut kehilangan nilainya.
    Sebab itulah benda-benda yang mudah rosak seperti buah-buahan tidak boleh
    menjadi penyimpan nilai yang baik.
Jika wang gagal memenuhi mana-mana fungsi ini, maka wang tersebut bukanlah merupakan wang terbaik.

Wang Fiat Ringgit Malaysia.

Wang kertas RM yang kita gunakan sekarang sebenarnya wang fiat.
Wang fiat merujuk kepada wang yang tidak disandarkan kepada sesuatu yang bernilai seperti emas dan perak, sebaliknya digunakan kerana arahan pemerintah.
Wang fiat mempunyai kelemahan yang sangat ketara:
1. Tidak mempunyai nilai intrinsik.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir dalam ucapan Hari Raya Aidilfitri 18/1/1999 telah mengakui bahawa wang kertas sebenarnya tidak berharga.
Ini adalah petikan daripada ucapan Tun Dr. Mahathir
11.   “Sebenarnya  matawang tidak berharga  melainkan  jika Kerajaan  memberi  nilai kepadanya.   Wang  kertas  RM1.00  bukan  bernilai RM1.00 daripada segi harga kertasnya.   Ia  bernilai  RM1.00 kerana itulah nilai yang ditetapkan  oleh  Kerajaan.  Jika Kerajaan mencetak angka lima atau  sepuluh  maka   nilai  kertasnya  tidak  naik  kepada  RM5.00  atau  RM10.00.   Hanya  pengakuan  dan  jaminan  Kerajaan   yang menjadikannya bernilai sebanyak mana yang ditentukan”  (petikannya di sini)
Nah, lihatlah pengakuan daripada bekas Perdana Menteri Malaysia. Sudah terang lagi bersuluh…
2. Wang kertas adalah penyimpan nilai yang lemah.
Satu fungsi utama wang yang gagal dimainkan oleh wang kertas adalah penyimpan nilai yang baik. Dengan kata lain, nilai wang kertas akan menyusut dalam jangka masa yang panjang. Inflasi akan memakan nilai wang anda, menyebabkan nilai wang kertas ditangan anda sekarang tidak akan sama dengan nilainya pada masa hadapan.
Contohnya amat mudah:
Katakan anda menyimpan wang kertas bernilai RM1000 di bawah bantal. 10 tahun akan datang, adakah nilai RM1000 tersebut boleh membeli barangan yang sama seperti sekarang? jawapannya, sudah pasti tak boleh.
Nilai wang kertas RM1000 itu akan menyusut akibat inflasi. Betul tak?
Jadi bagus ke tak bagus menyimpan wang kertas nie?
Memang sah tak bagus :(
Cuba bayangkan jika anda menyimpan emas bernilai RM1000 di bawah almari. 10 tahun dari sekarang, apa yang akan terjadi kepada nilai emas berkenaan? Sudah pasti nilainya akan naik.

Harga emas 10 tahun naik dari USD280 kepada USD842
Inilah yang dikatakan penyimpan nilai terunggul, terbaik dan tepat.
Tanpa perlu membuat sebarang pelaburan pun.

Emas sebagai penyimpan nilai terunggul:

Professor Roy W. Jastram, di dalam bukunya yang terkenal “The Golden Constant” yang diterbitkan pada tahun 1977 menyebut “Emas mengekalkan kuasa membeli dalam jangkamasa yang panjang, contohnya setengah abad”.
Di dalam buku tersebut, beliau telah mengkaji peranan emas sebagai pelindung inflasi dan deflasi dalam jangkamasa 400 tahun.

Kesimpulan:

Pembaca sekalian, emas adalah wang yang sebenarnya. Jika anda hendak menyimpan wang, simpanlah dalam bentuk emas.
Sejarah telah membuktikan bahawa emas adalah wang yang terunggul dan tiada bandingannya. Dulu..kini dan selamanya.. :)
Wang kertas gagal berfungsi sebagai wang. Ia mempunyai kelemahan yang sangat besar kerana tidak mempunyai nilai intrinsik yang tersendiri. Ia gagal menyimpan nilai untuk jangkamasa panjang dan akan merugikan penyimpannya. Musuh utama wang kertas ialah inflasi yang menghakis nilai wang kertas ini.
Menyimpan kekayaan di dalam bentuk emas akan memberikan ketenangan jiwa kepada penyimpannya. Kita tidak perlu takut kehilangan nilai dalam jangka masa panjang dan juga kita tidak perlu bergantung kepada pengakuan dan jaminan kerajaan mengenai nilai wang kita.
Jadi mulai hari ini, saya berharap anda semua belajar suatu perkara yang sangat penting
Wang =  Emas
Simpan wang = Simpan emas








Designed by UMIESUEstudio 2014