Disclaimer

:: Declaration of images are the intellectual or personal property, image usage is strictly prohibited without the written consent the blog owner, Failing which may result in possible legal action against the involved party using the image::

sebarang penggunaan gambar atau entry peribadi di dalam blog ini tanpa keizinan untuk tujuan peiklanan atau jualan adalah dilarang sama sekali

Wednesday, April 24, 2019

AFTER 2 YEAR BRACES ON




Ini lah gigi aku sebelum braces.

terserlah gigi arnab aku kan

Yaaaa whatever hehehehe

So semalam aku balik dari appoinment kasi rapat kan gigi lagi
masih ada space yg gigi belakang atas bawah yang kena buat lagi

Tapi aku dah skip appointment dekat sebulan jugak.
sebab aku kesibukan dengan jadual dan kerja.

aku memang dah tak sabar-sabar nak braces off.
nak buat whitening treatment.
nak jaga gigi helok2.





Marissa pun dah darjah 1 dah.

huhu

Salam Sayang,
Sulinda




Tuesday, March 19, 2019

ESSENTIAL OIL AND STRESS



Essential oil dan tekanan 

Ramai yang pada awal nya agak skeptikal tentang keberkesanan essential oil (eo)
Kalau nak tahu of course la kena cuba dulu kan
saya lebih suka istilah essential oil digunakan untuk memberi sokongan kepada yang masalah2 yang kita hadapi dalam diri kita.


menariknya eo ni membantu ramai wanita , ibu-ibu  suri rumah dan yang bekerjaya 
dalam mengatasi masalah emosi yang di alami sepanjang proses menjadi seorang ibu.

ada yang guna eo untuk support anak2 selalu asthma
ada yang guna eo untuk support anak2 istimewa
ada yang guna eo untuk support anak2 mudah demam n selsema
ada yang guna eo untuk masalah emosi untuk support masalah awal trimester mengandung,fasa melahirkan dan fasa berpantang
ada yang guna eo untuk support emosi selepas keguguran anak
ada ibu yang tertekan dalam menangani anak yang ada masalah sakit kulit ekzema yang teruk 
ada yang guna eo untuk release tekanan selepas penceraian.


"Stress is real when you become a mother " bukan sekadar kata-kata 

Depression and enxiety is no joke!
Selalu marah2 ,  Hilang fokus , Rasa down dengan masalah ,hilang motivasi diri ,kemurungan  dan sebagai nya
Macam2 boleh jadi bila tekanan tidak di rawat.

Adik saya ika selalu cakap dia suka eo stress away ,dia rasa lebih tenang , tidur malam lebih lena. 
kerisauan ika menjaga awra yang eczema memang memberi tekanan pada ika.So dari situ lah dia mula menggunakan essential oil.
Awra anak ika ada eczema ,pun suka eo stress away,eczema ni merimaskan,gatal2 dan mesti rasa tak selesa kan.
orang dewasa kalau eczema pun rasa macam tekanan kan apatah lagi anak kecil ini.
Tapi awra boleh harungi nya.
She's amazing girl!  masa awra pergi birthday party.
awra nak makan apa2 pun kena pantang.
kesian sangat awra. Tapi awra such a strong girl ! She's a fighter !  Bila dia dapat pegang cup cake yang dia inginkan n mommy dia risau kalau2 dia nak makan.
Awra said " awra pegang je mommy,awra tak makan"  hati saya sedih sangat anak sekecil ini dapat mengawal perasaan untuk makan cup cake yang dia suka.
Alhamdullilah awra is getting recover , tapi awra still ada alergi yang teruk terhadap habuk.
Lets doakan awra akan terus recover dari eczema.



Salam Sayang,
Sulinda


TIME VALUE FOR MONEY



Time value of money
Kadang-kadang kita diberi masa yang sama 24 jam sehari tetapi kita melengah-lengah kan masa kita untuk ambil perlindungan diri dan keluarga
aku masih muda,masih panjang waktu lagi / servey bertahun2 /nanti2 lah UTAMA kan wishlist dulu lah 

Kadang-kadang ada wang tapi tak manfaat kan wang yang kita ada tu untuk digunakan perlindungan untuk diri sendri dan keluarga.

sampai waktu ,masa kita disia-sia kan dengan menunggu dengan nanti-nanti , tiba-tiba jatuh sakit duit habis beli ubat,bayar bil klinik,dah tak boleh bekerja lagi.

kemudian tiba-tiba meninggal dengan hutang yang banyak ,tapi takde takaful nak cover hutang-hutang tu.meninggal dah setahun harta faraid tak settle2 lagi ni.
apa kesan nya pada keluarga yang kita tinggalkan tu? 
bukan mudah bagi kami nak educate orang faham kepentingan takaful ni.

kalau kita cakap tak cukup duit , tengok balik apa kita buat dengan duit kita tu.

Oleh itu,takaful sangat penting .Ia berkait rapat dengan  masa dan wang.

kalau kita rasa tak penting,kita kata nanti dulu , kita kata belum cukup bajet. Fikirkan semula. 

sebab tu ada 5 perkara sebelum 5 perkara

Sihat sebelum sakit
Kaya sebelum miskin
Lapang sebelum sempit
Muda sebelum tua
Hidup sebelum mati



Salam Sayang,
Sulinda

Friday, March 1, 2019

AKU DAN ESSENTIAL OILS

Assalammualaikum w.b.t.








Dalam beberapa hari ni aku keep in touch dengan kawan lama
Aku keep in touch dengan kawan lama aku tu bukan sebab nak jual Takaful atau pun minyak
Tapi dia pernah jadi kawan baik masa study dulu
so kami keep sharing about kehidupan masing2
baru2 ni dia mula cerita yang dia dah berpisah dgn bekas suami dia
before that dia pernah buat operation fibriod
dia sendiri cakap sekian lama dia menjauhkan diri dari kawan2
sebab dia rasa rendah diri
Aku sendiri berusaha untuk dekat dengan dia sebelum2 ni 
sebab aku rindukan kawan baik aku
So masa tu dia whatsapp  aku cakap sorry dia tak dapat angkat call aku sbb dia sakit kepala sebab tekanan darah rendah

So aku pun mula buka cerita

Few years back, aku kerap ke doktor untuk sakit gastrik dan migrain

Keluar  masuk hospital
Bila check darah semua ok clear ,tekanan darah ok ,sinus takde blockage
kalau org tanye apa masalah aku sampai aku selalu sakit2?
aku pun tak tahu

kadang2 aku balik umah lepas balik kerja 

lepas ambil anak2 dari sekolah ,aku tak boleh bangun

kepala n pandangan akan berpusing2,aku jd lemah n hilang semangat
suami n anak2 elok aje..alhamdullilah
but my past time menghadapi parent yg divorce
masalah dengan family sendiri
Tu cabaran aku

suatu hari aku masuk hospital sebab sinus dan  akibatnya aku sakit kepala melampau
ibu datang jaga aku

masa tu aku menangis,ibu cakap ibu suruh aku jangan banyak fikir…

masa lepas aku banyak yang aku tanggung dan aku  simpan
malah ada memori yg aku tak nak ingat tapi orang lain boleh ingat
macam aku nk elak igt perkara tu
denial everything yang menyakitkan hati


dan pernah suatu hari aku pergi klinik 
sebab aku sakit kepala,sakit belakang
doktor tu seorang lelaki berumur
dia tengok aku dan dia cakap aku bukan nya sakit "fizikal"
dia mula tanya tentang pekerjaan aku ,background n so on
aku pelik jugak
bila doktor cakap awak kena rajin baca quran,solat tahajjud,zikir
aku  jawab " itu yg saya buat doktor "
doktor cakap awak kena banyak rehat,bertenang
kerja awak sangat stress

Tu la kali terakhir aku pergi ke klinik tu
dan doktor takde charge aku apa apa bayaran
dia bagi aku ubat untuk tidur n doktor consulted 
aku seorang selama 1 jam
aku masuk kereta ,aku  call suami aku dan beritahu  apa yg doktor  cakap tu





Aku beli PSK untuk anak2 aku yang ada asthma n mudah demam

Alhamdullilah baru aku perasan ,bila anak2 much better,
slowly aku  buka peluang pada diri sendiri untuk buat sesuatu yg aku tak suka
Aku mula bergaul dengan kawan2 yg aku tak kenal yg lebih positif,
Aku rasa lebih bersemangat nak hadapi semua cabaran untuk career enhancement
Aku ambil semua risiko yang ada
Aku nak hadapi dengan berani
Aku lebih open minded,
Aku  join banyak program untuk motivasikan diri sendiri



aku tak tahu eo tu bantu aku sekali
frankincen memang aku guna sentiasa
ketika itu aku belum mampu nak beli oils lain-lain tu macam eo release dan banyak lg eo
tapi aku usahakan juga sebab semua essential oils young living memang best

sebelum ni aku  guna sendiri dan agak skeptikal dengan keberkesanan essential oils.

Tapi sekarang persepsi aku berubah
Yes , aku perlukan essential oils
sebab aku sendiri dah rasa emotional aku dah much better
essential oil ni bukan merawat 
tak nak lah over claim
Tapi sesiapa yang dah guna akan rasa sendiri macam mana oils tu boleh  balancing kan emotional kita


Sebagai manusia banyak pengalaman hidup yang kita lalui kan
Manis,pahit,kelat,tawar ,masin semua dari kecil sampai sekarang kan
emosi yang tak best tu la kita nak release sebenarnya
selagi tak release banyak yang kita pendamkan dan lama2 jadi penyakit pulak



So dari cerita ni ,pelik eo boleh bantu kt release emotional n "sakit" kita tu secara kita tak sedar
tapi aku nak hidup dengan  positif , stay happy dan aku  nak sihat emotionally n physically




So kalau uolss berminat nak beli essential oils dengan aku boleh la whatsapp aku ye



http://www.wasap.my/60197296063



#younglivingpasirgudang #younglivingjohor #younglivingmalaysia #younglivingmasai #younglivingpermasjaya #younglivingjb #PSKyoungliving #Emotionalsupport #Healthsupport #emotionalrelease #eobysulin

Salam Sayang ,
Sulinda

Thursday, February 28, 2019

I CHOOSE TO CREATE MY OWN SUCCESS STORIES




Assalammualaikum w.b.t.



Apa khabar sahabat yang sudi membaca (^_^)

Hari ini aku saja je nak mengarang

Aku dah buat 1 keputusan besar dalam hidup aku

which is sebelum ni aku rasa tak boleh lagi,tak bersedia lagi,tak cukup lagi
aku takut nak ambil risiko 
bermacam2 ketakutan la dalam diri aku ni 
banyak lagi sekian2 macam2 limiting belief dalam kepala aku ni ha

Tapi tak tahu la Allah bagi aku kekuatan untuk aku melepaskan sesuatu yang sebelum ni aku rasa belum ready lagi

Dannnn aku legaaa sangat

Aku pilih untuk create cerita kejayaan aku sendiri
Sound over excited kan? takpela...judge me,i'm fine with that (^_^)
yeahh ni soal diri aku
kejayaan macam mana yang aku nak
Its up to me now


Ini adalah apa aku beritahu pada diri aku sendiri
I know Its not going to be an easy
But I will fight for it

    The 3 C's in life : Choice,Change,Chance.
You must make the Choice,
To take the Chance,
If you want anything in life to Change

Aku berdoa semoga aku kuat semangat, berjaya dan ada time freedom + financial freedom
Ada income yang besar untuk bantu orang lain pula
dapat bantu keluarga aku untuk kehidupan yang lebih baik
Jadi isteri dan ummi yang terbaik 

Kita kena PERCAYA BERJAYA sebelum BERJAYA

Sebelum ni aku cuma tengok je seronok nya jadi orang yang berjaya
Tapi sekarang aku nak jadi orang yang berjaya
aku nak rasai sendiri kebebasan menentukan hala tuju kejayaan hidup sendiri





Salam Sayang,
Sulinda
        

Tuesday, January 8, 2019

1st DAY SCHOOL 2019


Assalammualaikum 

Hai readers 

Masuk hari ni dah hari ke 8 marissa sekolah
Syukur Alhamdullilah Allah hantar orang baik2 bantu permudahkan urusan ummi ngan papa 
Mama n papa husnina banyak tolong kita tau.
ayah husnina nak hantar marissa sekali dengan husnina ke sekolah rendah pukul 12.30 tghri
kalau tak..ikut plan kalau marissa naik van sekolah pkl 11.30 dah kena naik van ke sekolah
so sampai awal kena menunggu sampai waktu kelas bermula pukul 1 tengahari
lama betul marissa kena stay kat sekolah sementara nak tunggu pukul 1 sekolah sessi petang bermula





Marissa naik van ke sekolah agama pergi dan balik



Marissa dan husnina transit di Taska
2 hari pertama tu teacher transit dah suruh marissa n husnina bersiap pakai baju sekolah seawal pukul 11 pagi
sedang kan ayah husnina pick up dorang pukul 12.30 tengahari
so terlalu lama menunggu dorang dah bising tanye kenapa lambat sangat
kesian pun ye
So kami (aku n mama husnina) dah inform pengetua n teacher transit dia 
mintak jangan bersiap awal sangat
hari ke 3 sekolah lepas balik sekolah agama teacher transit suruh marissa n husnina tidur
sampai pukul 11 lebih
pastu bangun mandi n makan











1st day school ajak nenek ngan acik cukiyah dinner mcd
sambil2 tu masing2 tanya la marissa macam mana sekolah dia.

1st day of school medina tido pukul 8.30 pm
marissa pukul 9 malam huhuhu
kepenatan masing2
dah macam orang bekerja anak2 ni
Nanti saya sambung next entry ye
sampai sini dulu

Salam Sayang
Sulinda



Thursday, January 3, 2019

Marissa is turn 6

Assalammualaikum readers

Kali ni nak mintak maaf  pada marissa 
sebab ummi rasa serba salah entry perkembangan marissa yang ke 6 tahun ummi lambat update
dah hujung2 cuti n awal persekolahan ummi banyak perkara dalam kepala  nak fikir,nak buat..
Alhamdullilah marissa dah 6 tahun dah
Ummi masih ingat dalam ingatan moment melahirkan marissa ,memori marissa baby
ummi rindu sangat moment tu
because your the 1st baby in my life
marissa "guru" terbaik buat ummi dan papa
Anugerah terindah ummi n papa
anak sulung banyak komitmen ye marissa
itu normal
so sebagai anak sulung
peranan marissa besar sebab menjadi contoh pada adik



Masa ni otw nak hantar marissa pergi tadika
ada swimming class
mengantok sangat sebab tidur lewat 




Konvo day marissa
tanggal dah tudung masa ni 



Masa ni marissa enjoy dengan adik n cik cukiyah





































Perkembangan marissa 6 tahun
antara nya la marissa sangat rajin membantu ummi
sampai rumah je marissa akan offer nak bantu ummi angkat barang2 masuk ke rumah
kalau ummi dah start nak mengemas marissa akan tolong jugak ambil kain lap2 meja
kemas toys
memang nampak sangat marissa bertanggungjawab
kadang kalau ummi beli barang2 marissa offer nak tolong ummi
kata marissa kesian ummi
masa ni favourite kartun marissa monster inc,boss baby,brave,despicable me,upin ipin,little pony,monster house n banyak lagi
Tapi yang ummi rekod n marissa tengok ulang2 cerita ni la
Nanti marissa dah besar boleh baca ni ye.
Tahun 2018 ni marissa 6 tahun ,medina 3 tahun
Tapi ummi takde plan nak buat birthday party tahun ni
So ummi bagi hadiah tahun ni ummi masuk kan duit simpanan lebih sikit dari biasa dalam simpanan kamu ye

Ummi doakan marissa jadi anak yang baik yg solehah,yang dengar cakap ummi n papa
supaya marissa terang hati,berjaya dunia akhirat hendaknya
Aamiin

Salam Sayang
Sulinda


Designed by UMIESUEstudio 2014