Hai Assalamualaikum readers
Dah 2 hari almarhumah siti sarah telah pergi meninggalkan dunia ini.
Saya,kawan-kawan..malah 1 Malaysia sangat terasa sedih.
Apatah lagi memikirkan anak-anak yang masih memerlukan kasih sayang seorang ibu.
Seorang suami yang kehilangan teman sejati.
Pantang dengar lagu siti sarah je memang rasa sebak dalam jiwa ni.
Dari pagi saya nak mula bekerja tapi hati saya masih belum "move on" lagi
maka saya mengambil masa dengan melipat baju, menggosok sedikit tudung dan baju.
Sambil-sambil lipat baju tu saya panggil medina untuk dengar dia baca buku Peter & Jane.
Bak kata 2 in 1.
Sambil lipat baju sambil dengar anak membaca.
Selalunya lipat baju memang perkara paling malas saya nak buat.
Tapi di kala hati saya tak boleh tumpukan pada kerja, saya alihkan pada melipat baju.
Sedikit demi sedikit saya lipat baju sampai lah siap alhamdullilah lapang terasa.
Bila fikiran dan hati saya rasa sesak.
Saya mencari di mana saya boleh melapangkan fikiran saya.
Saya mulakan dengan lapangkan baju-baju yang bertimbun belum berlipat.
Mungkin itu juga terapi bagi saya.
Selepas ini saya redho tentang pemergian siti sarah.
Saya tahu dia bahagia di sana disamping amalan kebajikan yang dia dah buat sewaktu dia hidup.
Ramai yang mendoakan siti sarah di dunia.
Buat anak-anak siti sarah...
biar lah Allah yang menjaga dan melindungi mereka.
Sesungguh siti sarah dan kita semua adalah milik Allah.
Sampai masa kita juga akan pergi meninggal dunia ini.
membawa segala amalan ibadah,kebajikan,kebaikan yang kita buat ketika masih hidup.
Mari bersama kita mendoakan agar Almarhumah Siti Sarah dan seluruh umat Islam yang telah kembali kepada Yang Maha Pencipta mendapat keampunan dan rahmat Allah SWT. 🤲
إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
“Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepada-Nya kami dikembalikan.”
اَللهُمَّ اغْفِرْلَهَا وَارْحَمْهَا وَعَافِهَا وَاعْفُ عَنْهَا
Maksudnya: "Ya Allah, ampunilah, rahmatilah, kurniakanlah kesejahteraan untuknya dan ampunkanlah dia."
Moga dirimu dan semua ummat Islam yang telah kembali kepada Allah adalah dalam kalangan yang Shahid, sebagaimana sabda Nabi SAW :
قَتْلُ الْمُسْلِمِ شَهَادَةٌ وَالطَّاعُونُ شَهَادَةٌ وَالْبَطْنُ وَالْغَرَقُ وَالْمَرْأَةُ يَقْتُلُهَا وَلَدُهَا جَمْعَاءَ
Maksudnya: Seorang muslim yang terbunuh dikira sebagai seorang syahid, kematian akibat wabak taun juga dikira sebagai syahid, kematian karena sakit perut, mati lemas dan seorang wanita yang meninggal dunia kerana melahirkan anaknya dikira sebagai syahid.
Hadith Riwayat Ibn Kathir: (5869)
Ameen ya Rabbal Alamin